Chapter 56

324 62 18
                                    

---

Senyuman lebar penuh keterujaan kian menguntum di bibir merah jambunya tatkala berdiri betul-betul di hadapan kafe , tempatnya ingin mencuba nasib.

Jinhwan amat menggemari persekitaran kafe ini. Salah satu sebabnya tentu sekali kerana kafe ini menempatkan pelbagai jenis kucing.

Jinhwan telah nekad untuk tidak lagi membuang masanya. Dia juga perlu lakukan sesuatu dan bukan hanya duduk di rumah Junhoe tanpa berbuat apa-apa.

Jinhwan tidak mahu terus bergantung pada manusia. Untuk terus hidup dalam keadaan fizikal seperti ini , Jinhwan perlu bertindak dan berfikiran seperti manusia.

Manusia perlukan duit untuk terus hidup.

"Nak bahagiakan Junhoe , aku kena ada duit. Tak banyak pun tak apa. Asalkan aku tak terlalu bergantung pada dia. Junhoe masih belajar.  Jadi aku tak nak susahkan dia. Biarlah kali ni , aku usaha sendiri."

Suasana di dalam sepertinya masih lengang. Barangkali kerana kafe itu dibuka lebih awal pada hari ini. Jinhwan cuba menolak kaca di hadapannya. Namun , gagal.

"Aik? Kunci ke?"

Seorang pelanggan menolak pintu di sebelah kiri Jinhwan dari dalam. Terkebil-kebil Jinhwan melihat pelanggan tersebut meninggalkan kafe. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Pintu di sini rupanya."

Jinhwan menarik pintu kaca tersebut lalu menjejakkan kaki ke dalam. Pemilik kafe itu dicari-cari.

"Cari siapa?"

Seorang gadis datang menegurnya dari belakang. Jinhwan memalingkan tubuhnya , menghadap gadis itu.

"Oh , awak rupanya. Saya belum keluarkan kucing lagi."

Jinhwan menggeleng.

"Jinhwan bukan nak main dengan kucing. Jinhwan nak kerja."

Gadis itu tersenyum.

"Oh , kebetulan saya perlukan seseorang untuk uruskan kucing-kucing tu memandangkan saya sibuk di kaunter. Tapi tak apa ke kalau awak kena bersihkan bulu dan najis mereka nanti?"

Jinhwan menggeleng laju.

"Jinhwan tak kesah."

"Kalau macam tu , hari ni pun Jinhwan boleh mula kerja."

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang