Chapter 32

452 66 34
                                    

---

Bagai sedang menunggu sang pengantin perempuan selesai menyalin pakaian , Junhoe bermundar-mandir di luar bilik persalinan. Di ruang fikiran Junhoe mula membayangkan bagaimana rupa Jinhwan selepas mengenakan pakaian yang telah dipilihnya sebentar tadi.

Dedaun pintu bilik persalinan itu kemudiannya perlahan-lahan dikuak dari sebelah dalam. Dengan penuh rendah diri , Jinhwan melangkah keluar dari bilik kecil itu.

Melihat bagaimana turtleneck sweater putih bersaiz besar yang dipilih Junhoe dikenakan pada Jinhwan , tubuh badan lelaki itu kelihatan dua kali ganda lebih kecil daripada saiz asalnya.

Tambahan pula , baju itu berfabrik tebal dan agak labuh pada Jinhwan. Sehingga hampir tidak kelihatan seluar pendek yang telah dipakainya dari rumah tadi.

Beanie berwarna merah jambu lembut yang tersarung pada kepalanya pula membuatkan Jinhwan tampak lebih feminin.

Beanie berwarna merah jambu lembut yang tersarung pada kepalanya pula membuatkan Jinhwan tampak lebih feminin

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Rahang Junhoe hampir jatuh. Jinhwan menundukkan pandangannya. Sebelah lengannya digosok-gosok untuk menghilangkan rasa malu yang semakin menebal dalam diri.

"Kau... comel."

Kedua-dua belah pipi Jinhwan merona merah. Dalam diam , dia tersenyum sendirian.

"Aku dah pilih beberapa pasang baju untuk kau. Tak perlu tukar pakaian lagi. Pakai je baju ni."

Jinhwan mengangguk perlahan.

---

Selepas hampir seharian meluangkan masa berdua-duaan , Junhoe dan Jinhwan berjalan pulang pada lewat petang itu. Junhoe mula menggosok-gosok tapak tangannya yang semakin kesejukan.

Oleh kerana pakaian yang dikenakannya pada hari itu berfabrik nipis , angin senja dengan mudah sahaja menembusi bajunya.

Jinhwan juga perasan tentang ketidakselesaan Junhoe di sisinya. Jika diikutkan hati , mahu sahaja dia memeluk Junhoe pada saat ini.

Jinhwan mencapai tangan Junhoe lalu digenggam erat dengan harapan agar haba darinya sampai ke tangan Junhoe.

Akhirnya , kedua-dua mereka berjalan sambil berpegangan tangan. Tidak lama selepas itu , nyalakkan anjing kian kedengaran. Jinhwan bersembunyi di sebalik tubuh Junhoe.

Seekor anjing baka husky duduk tidak jauh dari tempat Jinhwan dan Junhoe sedang berdiri. Anak anjing itu menggoyang-goyangkan ekornya.

Semakin ia cuba mendekati mereka , Jinhwan menggenggam erat baju Junhoe.

"Junhoe..."

Jinhwan menggigil. Dengan itu , tahulah Junhoe bahawa Jinhwan takut dengan anjing. Junhoe mula merancang untuk menakut-nakutkan lelaki itu. Satu-persatu langkahnya dibuka ke hadapan.

Jinhwan terus memeluk erat tubuh Junhoe dari belakang. Bersungguh-sungguh Jinhwan menghalang Junhoe dari bertindak berani. Lelaki itu menyembamkan wajahnya pada belakang badan Junhoe.

"Hey , Jinhwan. Anjing tu dah pergi."

Jinhwan segera meleraikan pelukan itu walaupun masih takut-takut. Junhoe memalingkan tubuhnya lalu ketawa berdekah-dekah.

"Kau memang takut dengan anjing ya? Oh , baru aku ingat. Kau kan anak kucing."

Jinhwan memasamkan muka.

"Tak perlulah ketawakan Jinhwan sampai macam tu."

Junhoe masih mentertawakan Jinhwan tanpa mempedulikan perasaan lelaki itu. Anjing tadi mula mengingatkan Jinhwan tentang ibunya yang selalu diserang haiwan tersebut sehingga tercedera.

"Jinhwan takkan takut kalau mereka tak cederakan omma masa dia masih hidup.."

Mendengar kenyataan itu , Junhoe terdiam.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang