Chapter 48

367 59 14
                                    

---

"Jinhwan.."

Figura yang kelihatan begitu riang bermain buih-buih sabun di dalam tab mandi itu terus mengangkat wajah apabila namanya dipanggil Junhoe.

"Macam mana kau boleh jadi manusia semula?"

Junhoe melunjurkan kakinya ke hadapan. Masih ada baki sejam sebelum dia ke sekolah. Jadi , tidak hairanlah jika masa itu dimanfaatkannya untuk mandi bersama Jinhwan di dalam satu tab mandi.

"Kehendak Jinhwan sendiri. Sebab tu boleh jadi manusia atau kucing bila-bila masa je."

Jinhwan tersenyum. Seronok nampaknya dia meniup-niup buih tersebut ke arah Junhoe.

Selesai mandi , Junhoe mengeringkan tubuh Jinhwan dengan tualanya. Jinhwan turun ke aras bawah terlebih dahulu sejurus selepas menyarungkan pakaiannya. Segan pula rasanya apabila melihat Junhoe memakai pakaian seragam sekolah. Segak , katanya.

"Aku pergi dulu."

Junhoe memegang bahagian belakang kepala Jinhwan. Dahinya dikucup lembut. Tanpa sesekalipun meleraikannya , bibir Junhoe perlahan-lahan turun ke batang hidung Jinhwan . Kepalanya disengetkan sedikit sebelum kembali mengucup bibir munggil lelaki itu.

"Hati-hati.."

Jinhwan melambaikan tangannya apabila Junhoe semakin jauh dari pandangan.

---

Esok sekolah.....

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang