Chapter 91

279 45 50
                                    

---

"Yahh.. hajima!"

Hanbin yakin , masih terlalu awal untuk dia mengalah. Dia hanya perlu terus berlari biarpun tiada apa-apa yang perlu dikejarnya.

Tetapi , itu bukanlah persoalannya sekarang kerana dialah yang sebenarnya sedang dikejar!

"Janganlah gigit!"

Hanbin semakin tidak keruan apabila seluar pendek yang dipakai lelaki itu hampir terlucut sehingga dapat dilihat dengan jelas seluar dalam kepunyaannya.

Jiwon menggoyangkan punggungnya persis seekor anjing lalu menolak tubuh Hanbin sehingga terbaring di atas sofa tamu kediamannya itu.

Ketika kedua-dua mereka saling bercumbuan pula , kedengaran seolah-olah pagar di luar rumah Hanbin diketuk seseorang.

Namun , dengan keupayaan Jiwon untuk mendengar dengan tajam , sememangnya ada seseorang yang sedang menunggu mereka di hadapan rumah tersebut.

"Hanbin... ada orang di luar."

Hanbin sempat mengambil peluang untuk memperbetulkan semula seluarnya yang hampir-hampir terlucut gara-gara digigit Jiwon.

"Betul ke ni? Kan sekarang tengah hujan lebat. Mustahil ada orang di luar."

Hanbin menahan tangan Jiwon daripada terus berjalan menghampiri pintu. Jiwon meramas lembut tangan kekasihnya.

"Tak apa. Kita pergi sama-sama. Ambilkan payung tu."

Hanbin meraih payung hitam yang disandarkan di sisi rak kasut miliknya. Jiwon membuka pintu.

Kedua-dua mereka saling berpegangan tangan ketika Hanbin berjalan di hadapan. Dia tahu mengapa Jiwon bertindak sedemikian.

Jiwon takut akan guruh.

"Tadi berani sangat."

Hanbin ketawa mengejek sementara Jiwon pula memuncungkan bibirnya. Sengaja Jiwon mencubit daging punggung Hanbin sebagai balasan kerana mentertawakannya.

Hanbin menolak perlahan pagar rumahnya. Sesekali kepalanya menjenguk ke luar. Apabila pagar rumahnya ditolak lebih luas , seakan-akan ada sesuatu yang menghalang pagar tersebut daripada terbuka.

Terkejut bukan kepalang Hanbin melihat sekujur tubuh yang sedang kehujanan di kakinya.

"Jinhwan!"

---

"Macam mana keadaan Jinhwan sekarang?"

Jiwon membawa bersama segelas air di tangannya ke dalam bilik itu. Gelas kaca tersebut kemudiannya diletakkan ke atas meja yang berada di sisi katil.

"Dia demam panas ni.."

Hanbin memandang sayu wajah pucat rakan lama yang pernah dianggapnya begitu istimewa 3 tahun lepas.

"Aku rasa aku ada nombor telefon Junhoe. Nak aku call?"

Jiwon sudah bersiap sedia dengan telefon di tangannya. Membahasakan diri sebagai 'kau' dan 'aku' adalah perkara biasa bagi pasangan ini. Mereka cukup selesa selagi panggilan manja masih diungkapkan.

Hanbin menggeleng. Belakang tapak tangan Jiwon diramas jari-jemarinya.

"Rasanya Jinhwan ada sebab kenapa dia datang ke sini."

Pasangan itu saling berpandangan.

"Sebab Junhoe dah bertunang."

Kini baru Jiwon faham mengapa Jinhwan terus menuju ke sini. Mereka turut menerima undangan ke majlis perkahwinan Junhoe bersama tunangnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Tentu dia kecewa , kan? Yalah , dah 3 tahun mereka terpisah jauh. Bila dapat tahu yang Junhoe dah bertunang , tentu dia bertambah kecewa."

Tiada sesiapa pun yang dapat menggambarkan bagaimana kekecewaan yang tentunya sedang melanda diri Jinhwan pada ketika ini.

"Sudahlah , kita biarkan Jinhwan berehat dulu."

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang