---
Terlopong luas mulut Junhoe tatkala melihat Jinhwan dalam pakaian tidur yang belum pernah dilihatnya lagi. Pasti pakaian tidur itu dihadiahkan oleh Donghyuk kepada Jinhwan.
"Meow~"
Jinhwan memeluk Junhoe dari sisi lalu menggeselkan pipinya pada lengan lelaki itu. Matanya tidak lepas-lepas daripada memandang tepat ke dalam mata Junhoe.
"Kenapa... kau.."
Jinhwan segera meletakkan jari telunjuk kecilnya pada bibir Junhoe. Bibirnya turut dimuncungkan ke hadapan.
Lelaki itu ditolak Jinhwan sehingga terduduk di atas katilnya sendiri. Junhoe berbaring pula apabila Jinhwan menolak dadanya.
Lelaki bertubuh genit itu kemudiannya baring di sisi Junhoe. Selimut ditarik menutupi badan kedua-dua mereka. Jinhwan merapati tuannya. Junhoe semakin tidak selesa.
"Apa hal ni?"
Sebelah tangan Jinhwan melingkar di atas pinggang Junhoe. Kepalanya turut didongak untuk meneliti air wajah lelaki tersebut.
Perlahan-lahan dia bangun. Kini , Jinhwan berada betul-betul di atas badan Junhoe.
"A-apa yang kau cuba buat ni , Jinhwan?"
Junhoe meneguk perit liurnya.
"Boleh kita mengawan sekarang?"
---
Cliffhanger ehehe..
KAMU SEDANG MEMBACA
Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔
FanfictionKoo Junhoe ㅡ lelaki bertubuh lampai yang amat dikenali dengan sikap panas barannya tidak kiralah terhadap setiap jenis objek mahupun hidupan bernyawa di sekelilingnya. Namun , hanya satu sahaja hidupan istimewa yang mampu merasai sifat penyayang di...