Chapter 15

454 74 127
                                    

---

"Ahh.. ahh!!"

Sehingga terangkat kedua-dua belah bahu Junhoe gara-gara terperanjat mendengar suara Jinhwan yang tiba-tiba sahaja semakin meninggi di dalam bilik air itu.

Junhoe yang sedang mencari tuala lebihan di dalam almari kembali mendapatkan Jinhwan.

Mungkin dia masih boleh bertolak ansur tentang barang-barang yang lain. Tetapi tidak bagi tuala , sikat , serta barang-barang peribadinya. Pantang disentuh , pasti sahaja melenting.

Lelaki bertubuh genit yang masih berada di dalam tab mandi itu dilihat sedang menutupi sebelah matanya seolah-olah dalam keadaan kesakitan. Dan Jinhwan pada detik itu juga kelihatan cemas.

Melihat buih-buih syampu yang telah turun ke dahi Jinhwan , yakinlah Junhoe bahawa mata kanan lelaki itu sudah dimasuki buih-buih sabun.

Junhoe segera membasahkan tangannya di sinki bilik air tersebut. Tangan Jinhwan dialihkan dari mata kanannya sebelum Junhoe membersihkan ia dengan air.

Dengan lembut , dia kemudiannya mengelap mata kanan Jinhwan dengan baju yang dipakainya pada ketika itu. Jinhwan dilihat kembali tenang.

"Buka mata.."

Jinhwan takut-takut untuk membuka matanya. Suara Junhoe yang mendatar ternyata menakutkan si kecil itu. Entah mengapa , Jinhwan mula berfikiran bahawa Junhoe akan memarahinya kerana bermain dengan buih-buih sabun itu sehingga menyakiti dirinya sendiri. Hampir menangis Jinhwan kerana takut dipersalahkan. Entah apa pula yang menyebabkannya berfikiran sejauh itu.

Memandangkan langsung tiada respon daripada lelaki itu , Junhoe menggerakkan jari-jemarinya pada mata kanan Jinhwan. Kelopak matanya diangkat Junhoe perlahan.

Matanya yang memerah gara-gara dimasuki buih sabun itu kemudiannya ditiup lembut. Pandangan mata kanan Jinhwan yang pada awalnya kabur kini semakin jelas.

Tengkuk jinjang milik Junhoe yang begitu rapat dengannya membuatkan Jinhwan bernafas perlahan. Dadanya berdetak kencang. Ia meneguk liur yang tersekat di kerongkong tekaknya. Jinhwan mengamati pemandangan indah leher tuannya itu.

"Rasa lebih baik?"

Lamunan Jinhwan terhenti tatkala Junhoe semakin menjauh darinya. Ia mengangguk perlahan sebagai jawapan.

"Aku suruh kau cuci semua sabun atas badan dan rambut kau tu dengan air. Bukan main dengan buih-buih tu."

Junhoe memeluk tubuh. Jinhwan hanya tersengih. Hujung kedua-dua belah jari telunjuknya dipertemukan.

"Ehehe. Buih ni comel lah. Kalau cucuk je mesti meletup. Ada bunyi. Pop! Pop!"

Junhoe tersenyum geli hati.

Aduhai , Jinhwan.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang