Chapter 77

306 54 6
                                    

---

"June-yahh , bukalah pintu ni..."

Bunyi barang-barang kepunyaan Junhoe yang jatuh satu-persatu menimpa lantai bilik tidurnya semakin jelas kedengaran ㅡ menakutkan lagi Jinhwan yang sedang berada di sebalik pintu.

Tombol pintu cuba dipulas sekali lagi. Masih gagal. Jinhwan terus merintih.

"June , tolonglah jangan macam ni. Percayalah , Jinhwan tak buat semua tu. Jinhwan sayang June!"

Bunyi sesuatu mengenai permukaan pintu membuatkan Jinhwan secara refleks berundur ke belakang.

"Diam! Atau aku akan halau kau keluar dari rumah ni!"

Jinhwan bersandar pada pintu bilik sejurus selepas mendengar kenyataan Junhoe yang berbaur ugutan itu. Cukuplah dia sudah dibenci Junhoe , dia tidak mahu berjauhan dengan tuannya.

Jinhwan berjalan ke ruang tamu. Semakin dia gigih menyeka sisa air mata yang membasahi pipinya itu , semakin banyak pula cecair jernih yang mengalir turun.

Emosi Jinhwan semakin tidak stabil. Keletihan mendorongnya untuk tidur seketika tanpa dia sendiri sedari.

Junhoe meninggalkan biliknya. Dia ingin keluar untuk menenangkan diri. Hanya satu tempat sahaja yang akan ditujuinya pada saat ini.

---

Lena Jinhwan mulai terganggu apabila gegendang telinganya menangkap bunyian bising yang  bertalu-talu daripada pintu utama.

Teringatkan Junhoe , Jinhwan segera mengemaskan penampilannya. Anggota badannya yang sudah berasa lenguh gara-gara tertidur dalam postur duduk di sofa tamu dipicit lembut.

Seperti yang dijangka , Junhoe pulang juga tengah malam itu. Jinhwan amat pasti Junhoe telahpun meninggalkan rumah sewaktu dia sedang tidur tengah hari tadi. Itu pun pada awalnya dirasakan Jinhwan hanyalah mimpi.

Sebaik sahaja pintu dikuak , jasad seseorang hampir tunbang ke arah Jinhwan. Segera dia menahan dada Junhoe dengan kedua-dua belah tangan lalu didakap.

Ternyata Jinhwan mengalami kesukaran untuk cuba menstabilkan keadaan lelaki itu berikutan tubuhnya yang terlalu kecil.

"Junhoe.."

Jinhwan menghidu pakaian Junhoe. Dia tidak pasti dari mana datangnya bau tersebut. Apa yang dia tahu , dia kurang senang dengan bau tersebut.

Lengan Jinhwan tiba-tiba sahaja dicengkam lalu ditarik ke bilik tidur Junhoe. Jinhwan yang naif hanya mengikut.

Pakaian Jinhwan ditanggalkan Junhoe tanpa suara. Jinhwan sama sekali tidak terkejut. Bahkan , hanya membiarkan tindakan Junhoe itu.

Jika dengan cara ini Junhoe akan memaafkannya , maka Jinhwan sanggup.

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang