Chapter 87

278 46 80
                                    

---

"Noona.. Hanbin.. macam mana ni? Tangan Jinhwan gatal. Tak boleh nak garu.."

Jinhwan merengek manja. Punggung yang tadinya terduduk elok di atas kerusi ruangan menunggu itu kini semakin melorot ke bawah.

Jika diikutkan hati , mahu sahaja Jinhwan menghentakkan lengan kirinya ke dinding sehingga simen itu tertanggal , tercabut atau apa-apa sahajalah! Dia sudah tidak tahan lagi!

Sudahlah jari telunjuk dan jari hantu pada tangan kanannya turut disimen.

Hanbin yang setia di sisi Jinhwan hanya mampu ketawa. Mujurlah perlahan sahaja. Nak ketawa lebih-lebih nanti panjang pula muncung Jinhwan.

"Tunggulah sekejap. Doktor pun dah cakap yang dia akan tanggalkan simen ni dari lengan dan jari Jinhwan." Pujuk Hanbin.

Jinhwan hanya mampu pasrah.

"Ah , omma call. Jinhwan tunggu di sini dengan Hanbin , ya?"

Seiyeon berlalu pergi. Jinhwan dan Hanbin ditinggalkan berdua-duaan.

"Seiyeon noona ada beritahu Hanbin yang dia akan pindah ke luar negara. Jinhwan pun ikut sekali ke?"

Jinhwan menunduk sedikit. Kepalanya diangguk perlahan.

"Noona dah siapkan barang-barang penting yang Jinhwan kena bawa bersama."

Jinhwan memerhati dua jarinya yang masih disimen. Sedih pula rasanya hendak tinggalkan tempat ini. Hanbin , Donghyuk , Chanwoo dan juga Junhoe. Sungguh banyak kenangan manis yang tersimpan di bumi Korea ini.

"Macam mana dengan Junhoe? Jinhwan tak mahu jumpa dia sebelum flight pagi esok?"

Jinhwan mengeluh halus. Dia benar-benar keberatan untuk berhadapan dengan lelaki itu.

"Jinhwan pelik. Hanbin pernah anggap Jinhwan lebih dari seorang kawan , kan? Jadi kenapa Hanbin asyik ungkit pasal Junhoe? Hanbin tau tak? Jinhwan rasa serba salah. Serba salah sebab tak pernah pun bagi peluang pada Hanbin."

Jinhwan akhirnya melepaskan juga beban yang sudah lama terbuku di hatinya. Air mata lelaki bertubuh genit itu turut mengalir bersama rasa serba salah yang sedang dirasai.

"Hanbin dah lama terima kenyataan yang Jinhwan bukan untuk Hanbin. Junhoe pun lebih sayangkan Jinhwan. Dia cuma tak pandai luahkan. Apa yang buat Jinhwan gembira , Hanbin akan sokong. Selama ni mungkin Hanbin terlalu berharap yang perasaan Hanbin terhadap Jinhwan akan terbalas. Tapi sekarang tak. Hanbin lebih suka tengok Jinhwan bahagia dengan Junhoe."

Hanbin memeluk bahu Jinhwan. Serentak dagunya direhatkan di atas kepala lelaki itu.

"Janjilah dengan Hanbin yang Jinhwan akan berbaik semula dengan Junhoe."

Jinhwan mengangguk laju.

---

Junhoe berlari di dalam bangunan lapangan terbang itu tanpa hala tuju. Susuk tubuh Jinhwan gigih dicari di serata tempat.

Malam tadi , Junhoe mendapat teks pesanan ringkas daripada Hanbin yang menyatakan Jinhwan bakal berada di sini. Junhoe meneruskan pencariannya.

"Jinhwan.."

Usahanya berlari di dalam bangunan itu kini membuahkan hasil. Jinhwan segera menoleh apabila terdengar namanya dipanggil seseorang.

"Junhoe.."

Kebetulan , pada ketika itu Seiyeon sedang membeli minuman untuk kedua-dua mereka yang bakal berlepas setengah jam lagi. Jinhwan yang hanya dilihat berseorangan dihampiri.

"Aku tahu. Kau tentu masih marahkan aku sebab dah tuduh kau buat perkara yang bukan-bukan. Perkataan maaf pun tak cukup , kan?"

Tubuh Junhoe dipeluk Jinhwan. Semakin lama , semakin erat. Wajahnya turut disembam pada dada lelaki itu. Perlahan-lahan tangan Junhoe dinaikkan ㅡ mengusap belakang kepala Jinhwan yang sudah lama dirinduinya.

"Jinhwan tak pernah marah June sebab hal tu. June tak perlu risau. Jinhwan dah lama maafkan June."

Pelukan lama itu terlerai seketika. Bibir Jinhwan dikucup lembut.

"Ehmm.. tempat public ni.."

Kedua-dua mereka dikejutkan dengan kehadiran Hanbin. Cincin yang pernah Jinhwan berikan kepada Hanbin diserahkan kembali kepada Junhoe dengan senyuman manis.

Cincin itu disarungkan pada jari manis Jinhwan.

"Simpan cincin ni baik-baik. Jangan hilangkan. Dan ini.."

Junhoe menyerahkan kembali telefon lamanya kepada lelaki itu. Jinhwan mengangguk faham. Mereka kembali berpelukan.

"Dah kena pergi?"

Jinhwan mengangguk.

"Kita jumpa lagi ya , Junhoe?"

---




Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang