Chapter 30

425 64 28
                                    

---

Jinhwan menguap luas. Matanya digosok perlahan sebelum turun dari katil milik Junhoe. Badan kecil lelaki itu sudah terasa sedikit segar berbanding malam sebelumnya.

Tidak lama kemudian , kornea matanya tertancap pada susuk tubuh Junhoe yang masih membuta di atas sofa yang terletak di salah satu sudut bilik itu.

Jinhwan mencapai comforter tebal yang menutupi tubuhnya sepanjang malam tadi sebelum dibawa ke arah Junhoe. Badan tuannya diselimutkan sehingga ke paras bahu.

Bibir Junhoe dikucup lembut. Jinhwan tersenyum gembira.

"I love you too , June-ahh.."

Jinhwan segera meninggalkan bilik tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu menghilang , Junhoe membuka mata. Bibirnya yang terasa lembap itu disentuh lembut dengan hujung jari.

"Betul ke apa yang aku dengar tadi?"

Lain pula ceritanya di dapur , Chanwoo sedang menyediakan sarapan sambil berlagu riang disapa suara Jinhwan. Seperti kanak-kanak yang gembira melihat bapanya pulang dari kerja , Jinhwan berlari ke dalam pelukan Chanwoo.

"Amboi.. lajunya lari. Dah sihat ke ni?"

Jinhwan mengangkat wajahnya bagi menatap Chanwoo yang sedang tersenyum. Jinhwan mengangguk laju.

"Baguslah macam tu."

Jinhwan tersenyum lebar. Tubuh tinggi lampai Chanwoo masih tidak dilepaskan.

"Gembira semacam je Chanwoo tengok? Ni mesti ada sesuatu , kan? Ceritalah.."

Jinhwan meleraikan pelukan mesra itu sambil tersengih kambing.

"Oh , ni mesti sebab Junhoe dah baca sticky note tu , kan?"

Chanwoo cuba meneka.

"Nae! Chan rasa June dah maafkan Jinhwan ke?"

Chanwoo tersenyum mendengar soalan Jinhwan. Rambut lelaki bertubuh genit itu diusap.

"Mestilah.. Jinhwan kan comel. Mustahil June tak maafkan."

Pipi Jinhwan mula merona merah. Gembira sungguh hatinya apabila dipuji sebegitu.

"Chanwoo.. nanti teman aku keluar?"

Perhatian kedua-dua lelaki itu beralih pada Junhoe yang sedang menuruni anak tangga.

"Okay."

"Nak ikut!"

Jinhwan tiba-tiba bersuara. Junhoe mengangkat wajah lalu memandang Jinhwan. Kepalanya ditundukkan semula.

"Tak perlulah. Nanti kau hilang lagi."

Jinhwan mencebik. Laju kakinya dihentakkan seperti anak kecil di atas tangga menuju ke bilik Junhoe. Chanwoo menggeleng perlahan.

"Oh , ya. Aku lupa pula yang aku ada date dengan Yunhyeong tengah hari ni. Sorry , June. Lain kali , ya? Kalau kau nak peneman , pergi pujuk Jinhwan tu."

Chanwoo menjuihkan bibir ke aras atas rumah banglo itu. Junhoe menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'Ah , sudah.. kenalah aku pujuk si cengeng tu.'

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang