Chapter 44

356 61 28
                                    

---

Hanbin menolak perlahan dedaun pintu bilik stor yang dimasuki lelaki tersebut di awal tadi. Kunci yang masih dipegang Hanbin disimpan terlebih dahulu ke dalam kocek blazer yang dipakai olehnya.

Hanbin menjenguk ke dalam ruangan gelap tersebut. Pada awalnya , dia telah bersungguh-sungguh untuk sekadar mengabaikan perasaan tidak senang yang semakin membelenggu di hati.

Namun jika difikirkan semula , tidak salah untuk dia mendapatkan kepastian.

Hanbin melangkah masuk ke dalam ruangan gelap itu tanpa ragu-ragu.

Memandangkan sudut lain di dalam bilik itu kosong , perhatian Hanbin hanya tertumpu pada susunan kotak yang diangkat oleh dia dan Jiwon sebentar radi.

Satu-persatu kotak tersebut gigih dialihkan. Usaha Hanbin menemukannya dengan seekor kucing yang terkulai lemah di bawah beberapa palang besi yang menimpanya.

"Ya Tuhan.. macam mana boleh ada kucing di sini?"

Hanbin mengalihkan palang besi yang hampir berkarat itu daripada tubuh kecil Jinhwan. Bulu kucing yang dikotori habuk tersebut dibersihkannya dengan usapan manja.

"Meow~"

Jinhwan mengiau apabila Hanbin menggaru perut dan bawah lehernya.

"Eh? Ingatkan dah pengsan ke apa tadi. Manja betul."

Hanbin kembali mengunci bilik stor tersebut sebelum membawa Jinhwan bersamanya ke kantin.

Mujurlah pas keluar kelas turut dibawa bersama. Sekurang-kurangnya dia tidak akan dianggap ponteng kelas pada waktu tersebut.

Hanbin membeli beberapa potongan sandwich daging lalu berjalan menuju mejanya. Jinhwan yang setia menunggunya di meja tersebut ligat berpusing-pusing mengejar ekornya sendiri.

"Comel lah awak ni.."

Hanbin tersenyum geli hati. Jinhwan kembali duduk. Ekornya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Matanya merenung sahaja sandwich daging di tangan Hanbin.

"Tentu awak lapar , kan?"

Hanbin mengeluarkan kepingan daging dari sandwich tersebut lalu diberikan kepada Jinhwan. Gembira lelaki itu tatkala melihat Jinhwan berselera mengunyah makanannya.

Jinhwan mengiau sekali lagi. Apabila dilihat , kepingan daging tadi sudahpun licin.

"Alahai.. saya dah tak ada daging lagi untuk awak."

Hanbin mencebik. Jinhwan gigih mencapai jari-jemari Hanbin. Sehingga terbaring anak kucing itu di atas meja kantin tersebut. Jari Hanbin yang terdapat kesan mayonnaise dijilatnya. Tidak cukup dengan itu , jari Hanbin digigit.

"Yalah , yalah... Hanbin beli lagi.."

---

So , Binhwan or Junhwan?

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang