Chapter 45

343 56 24
                                    

---

"Ini bukan kali pertama kamu ponteng kelas , Koo Junhoe. Saya dapat banyak aduan tentang kamu baru-baru ni. Apa masalahnya , Junhoe?"

Junhoe sekadar menunduk di hadapan Pengetua Kim. Gara-gara tidak mahu digantung mahupun dibuang sekolah , dia sama sekali tidak berani membantah.

"Peperiksaan akhir tahun dah dekat. Tahun depan kamu akan hadiri majlis graduasi. Takkan kamu nak tinggalkan sekolah dalam keadaan macam ni?"

Junhoe mengeluh halus. Dia akui , sebelum kehadiran Jinhwan lagi hidupnya sudah tunggang-langgang. Tambahan pula , dia juga yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan diri sendiri.

"Saya tahu awak dah tunjukkan prestasi yang cukup baik dalam pelajaran. Tapi jangan sampai masalah disiplin awak ni mempengaruhi keputusan awak nanti."

Pengetua Kim mengeluarkan sesuatu daripada fail hitam miliknya.

"Awak antara pelajar yang terpilih untuk sambung pelajaran ke institut pengajian tinggi. Jangan sampai masalah disiplin awak buat mereka tarik balik tawaran ni , Junhoe. Saya harap awak fikir baik-baik apa yang saya bebelkan tadi."

Beberapa helaian kertas di tangan lelaki separuh abad itu diserahkan kepada Junhoe. Keluar sahaja daripada pejabat pengetua itu , Junhoe merenung kertasnya dalam perjalanan kembali ke kelas.

"Sekarang ni pun diri aku tak terurus. Kalau aku terima tawaran ni , siapa nak jaga Jinhwan nanti?"

---

Junhoe segera pulang ke rumahnya sebaik sahaja selesai membeli daging dari pasaraya. Dari tadi hatinya gusar memikirkan tentang Jinhwan.

"Jinhwan?"

Agak terkejut Junhoe melihat Jinhwan yang sedang duduk bersantai di sofa ruang tamu. Terkebil-kebil dia memandang Jinhwan yang sudah kembali dalam bentuk manusia.

Jinhwan memalingkan wajahnya ala-ala sedang merajuk dengan tuannya yang tinggi lampai itu. Tidak cukup dengan itu , Jinhwan turut berpeluk tubuh.

"Kau ni kenapa monyok je? Aku ada belikan daging untuk kita makan malam nanti."

Jinhwan tidak menjawab , sebaliknya terus beredar ke bilik. Junhoe menggaru kepalanya yang entah sudah berkutu itu.

"Lambat sangat ke aku balik sampai dia nak merajuk macam tu?"

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang