Bab 9

332 9 0
                                    

                           Dewi Rohaini masuk ke kamar Dewi Rohaiyu tetapi Dewi Rohaiyu hilang. Dengan secepat mungkin Dewi Rohaini memberitahu Dewa Sinonghim ayahandanya. Tidak lama berita kehilangan Dewi Rohaiyu tersebar keseluruh kerajaan Kayangan. Dewa Putra juga mengetuai salah satu kumpulan untuk mencari Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaini begitu risau, Dewi Rohaini boleh merasa sesuatu yang tidak baik berlaku kerana Dewi Rohaini melihat Dewi Rohaiyu dalam angan-angannya memberi sesuatu kepada Puteri Aqualia sehingga Puteri Aqualia jatuh sakit.

              Dewi Rohaiyu menangis di tepi tasik, hatinya begitu hancur. Dalam tangan Dewi Rohaiyu terdapat sebotol kecil yang mempunyai cairan hijau. Dewi Rohaiyu membuka botol cairan tersebut. Baru sahaja dia ingin menuang botol tersebut Dewi Rohaiyu ditarik kuat. "Tunggu!!!!" Seorang pemuda berkata. Botol cairan tersebut jatuh ke tanah. "Apa kamu buat ni!!!!" marah Dewi Rohaiyu.

              "Maaf... Saya tak sengaja. Saya selalu menjala ikan disini. Nanti kalau kamu tuang cairan itu semua ikan akan mati dan saya tidak akan mempunyai makanan. Seluruh keluarga saya akan kebuluran." pemuda itu berkata. Dewi Rohaiyu tidak dapat melihat wajah pemuda itu kerana dilindungi oleh topi. Dewi Rohaiyu rasa bersalah. " Dewi Rohaiyu minta maaf."

              Pemuda itu memandang Dewi Rohaiyu. "Dewi Rohaiyu, sepertinya Dewi Rohaiyu adalah peri cantik yang turun dari kayangan." Pemuda itu berkata tanpa sedar. Dewi Rohaiyu diam. "Dewi Rohaiyu mahu balik? Mari ke rumah saya dahulu." ajak pemuda itu. " Dewi Rohaiyu tidak mahu pulang dulu." Dewi Rohaiyu berkata dengan wajah polos. "Marilah ke rumah saya. Tidak jauh. Ibuku pasti senang kalau Dewi Rohaiyu tumpang di rumah kami sementara." Dewi Rohaiyu begitu terharu dengan kebaikan pemuda itu. "Kamu kenal Puteri Aqualia?" Dewi Rohaiyu bertanya tiba-tiba. "Puteri Aqualia, anak sulung Raja Barahman dan Permaisuri Suriyati. Kenal. Dewi Rohaiyu juga hampir membunuh mereka semua." Pemuda itu berkata dengan jujur. Dewi Rohaiyu menundukkan wajah kerana rasa bersalah.

                Bila pemuda itu sampai di sebuah pondok kecil dia memanggil ibunya. Seorang perempuan tua keluar dan menyapa mereka. Perempuan tua tersebut begitu tertawan dengan Peri cantik yang turun dari kayangan itu. Perempuan tua itu dengan senang hati menyambut Dewi Rohaiyu malah menyuruh Dewi Rohaiyu untuk menginap disini sementara sehingga dia bersedia untuk pulang ke kayangan.

                "Dewi Rohaini perkenalkan kakak saya. Nafiki." Dewi Rohaiyu begitu kenal dengan nama yang disebutkan oleh pemuda yang bertopi besar warna cokolet. Kakak pemuda itu sangat cantik dan Abang Dewi Rohaiyu juga sangat beruntung. Perut Nafiki sudah memboyot. "Dewi Rohaiyu...." tegur Dewa Rahamad. Dewi Rohaiyu berlari dan terus memeluk abangnya. "Kekanda, adinda rindu kekanda." Pemuda bertopi itu menahan senyuman kerana agak lucu mendengar cara penuturan Dewa Rahamad dan Dewi Rohaiyu.

                   " Adindaku Dewi Rohaiyu, pulanglah ke kerajaan kayangan. Jangan membuat silap seperti apa yang kekanda buat. Dewi Rohaiyu, Kekanda tidak mahu adinda di buang ayahanda. Tolonglah Dewi Rohaiyu." Dewa Rahamad berkata sampil mengusap pipi Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaiyu sudah menceritakan masalahnya kepada Dewa Rahamad tetapi Dewa Rahamad menyuruh Dewi Rohaiyu pulang. "Kekanda, haruskah Dewi Rohaiyu teruskan perkahwinan Dewi Rohaiyu?" Dewa Rahamad terdiam tanpa sebarang bicara. Pemuda bertopi itu menundukkan wajah. Kecewa sebenarnya kerana peri cantik dari kayangan akan berkahwin. Dengan langkah yang longlai Dewi Rohaiyu melangkah pergi dan kembali ke kerajaan Kayangan.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now