Bab 21

247 7 0
                                    

                         Di kerajaan kayangan hari agak mendung sama seperti perasaan Dewa Sarno. Sakit hati bila Dewa Putra berjaya melepaskan diri. Dewi Dalelai pula yang membantu Dewa Putra untuk melepaskan diri. " Dewi Aulia! Ingat! Dewi Aulia sahaja hatapan ayahanda. Kalai Dewi Aulia menghancurkan harapan ayahanda Dewi Aulia akan masuk penjara! Ayahanda tidak akan benarkan sesiapa lagi terlepas dan tinggal di kerajaan bumi." lantang sungguh suara Dewa Sarno. Dewi Aulia menundukkan wajah ke lantai. Istana ini sudah tidak berseri seperti dahulu.

                      "Kenapa harus kasar dengan Dewi Aulia? Anak-anak seharusnya tidak dipaksa." Dewi Dalelai memberanikan diri untuk bersuara. Dewa Sarno yang marah terus menapar Dewi Dalelai. "Ini semua salah Dewi Dalelai kalau Dewi Dalelai tidak menyuruh anak Dewi Dalelai melarikan diri, semua ini tidak akan terjadi. Lepas ini terimalah pembalasannya Dewi Dalelai " Marah Dewa Sarno. Dewi Dalelai mengusap pipinya yang perit dek ditampar suaminya. Dewa Sarno pergi meninggalkan Dewi Dalelai dan Dewi Aulia disitu.

                  Semua rakyat kerajaan kayangan pada sebelah petang itu terkejut kerana dipanggil untuk bergumpul di istana besar. Berita kehilangan Dewa Putra semua rakyat kerajaan kayangan sudah tahu. Namun mereka hairan apa lagi pengunguman yang bakal diumunkan oleh Dewa Sarno. Mungkin Dewi Aulia dan Dewa Rafiki akan berkahwin. Itu sahaja andaian rakyat kerajaan kayangan ketika ini.

                  Dewi Dalelai, Dewi Aulia, Dewi Satriya dan Dewi Marlia duduk ditaktha masing-masing yang berwarna emas khas untuk kaum kerabat semasa rakyat kerajaan kayangan datang berhimpun di Istana besar. Semua terdiam apabila Dewa Sarno sudah berdiri dan memandang keseluruh rakyat kerajaan kayangan. " Salam sejahtera seluruh rakyat kerajaan kayangan. Pertama, anak saya Dewi Aulia pada petang ini akan bernikah dengan Dewa Rafiki. Kedua, mulai hari ini kerajaan kayangan akan mempunyai permaisuri baharu tetapi permaisuri itu bukan Dewi Aulia.... Dayang Mawar... Marilah kesini...." semua rakyat kerajaan kayangan keliru dan tertanya-tanya. Bagaimana Dayang Mawar akan menjadi permaisuri kalau Dayang Mawar tidak berkahwin dengan Dewa Putra atau Dewa Rafiki.

              Dewi Dalelai sudah agak ada sesuatu yang sudah tidak kena. "Bersaksikan semua rakyat kerajaan kayangan Dayang Mawar akan menjadi Dewi Mawar mulai hari ini dan sekaligus sudah menjadi ahli kaum kerabat. Dewi Mawar sudah bersetuju untuk menjadi permaisuri Dewa Sarno. Dewi Mawar sudah diberi tanggungjawab untuk memberi Dewa Sarno seorang Dewa untuk memerintah kerajaan kayangan suatu hari kelak. Maka dengan itu, kerajaan kayangan hanya boleh ada seorang permaisuri jadi Dewi Dalelai mulai hari ini sudah diturunkan dari takthanya dan juga mulai hari ini Dewi Dalelai akan menjadi Dayang Dalelai malah Dayang Dalelai bukanlah kaum kerabat kerajaan kayangan lagi." semua rakyat kerajaan kayangan terkejut dengan keputusan yang dibicarakan Dewa Sarno.

           "Sampai hati Dewa Sarno buat Dewi Dalelai begini...." marah Dewi Dalelai sebaik sahaja Dewa Sarno masuk keistana beriringan dengan Dayang Mawar atau sekarang dikenali sebagai Dewi Mawar. "Semuanya salah Dayang Dalelai. Dayang Dalelai sanggup untuk membantu Dewa Putra melepaskan diri. Dayang Dalelai tidak mampu memberikan lebih ramai Dewa berbanding Dewi kepada Dewa Sarno." Angkuh sekali nada Dewa Sarno. "Dewi Aulia!!!! Sekarang cepat bersiap untuk majlis Dewi Aulia dan Dewa Rafiki." Dewi Aulia begitu lemah mendengar perintah Dewa Sarno. Kejam sekali Dewa Sarno menghukum keluarganya.

                Majlis pernikahan Dewa Rafiki dan Dewi Aulia berjalan dengan lancar. Dewi Rohaini memeluk Dewa Rafiki, sedih kerana Dewa Rafiki dan Dewi Aulia telah diatur untuk hidup bersama. "Dewi Rohaini, Dewa Rafiki belum bersedia untuk menerima Dewi Aulia." Dewi Rohaini membelai rambut Dewa Rafiki. "Lama-lama Dewa Rafiki akan terima Dewi Aulia. Dewi Aulia itu baik." Dewa Rafiki terdiam membatukan diri.

               "Bonda... Janganlah pergi meninggalkan Dewi Aulia...." Dewi Aulia sudah sedih kerana Dayang Dalelai harus keluar dari Istana besar. "Dewi Aulia tidak boleh ikut bonda...." Dayang Dalelai berkata dengan rasa sedih yang mendalam. "Bonda.... Dewi Marlia dan Dewi Satriya ikut bonda sekali???" Dewi Aulia bertanya. Kerana Dewi Aulia nampak barang Dewi Marlia dan Dewi Satriya sekali. "Maafkan bonda... Dewi Aulia...  Ayahanda Dewi Aulia sudah buang Bonda. Mulai hari ini adinda Dewi Aulia sudah menjadi Dayang Satriya dan Dayang Marlia." Dewi Aulia menggeleng kepalanya susah menerima kenyataan. "Bonda tinggal dimana selepas ini... Dewi Aulia janji akan selalu datang melawat bonda, Dewi Marlia dan Dewi Satriya. " Deei Aulia masih enggan menukar gelaran adik-adiknya.

                  Dayang Dalelai memeluk Dewi Aulia dengan erat. "Ayahanda Dewi Aulia tidak benarkan Dewi Aulia jumpa bonda lagi. Dewi Aulia harus kuat. Sampainya waktu Bonda harus kembali ke mana asal bonda." Dewi Aulia sudah meraung Dayang Marlia dan Dayang Satriya memeluk kekanda mereka untuk kali yang terakhir sebelum pergi meninggalkan istana besar bersama bonda mereka. Dewi Aulia terus dibawa masuk kedalam kamar beradu oleh Dewa Sarno dan Dewa Sarno menyuruh Dewa  Rafiki masuk sekali dengan Dewi Aulia. Akhirnya Dewi Aulia penat meraung akhirnya Dewi Aulia tertidur.

                 

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now