Bab 15

301 10 0
                                    

                       Dewi Rohaiyu sudah kembali ke Istana Dewa Sinonghim. Dewa Sinonghim sudah dimaklumkan tentang perpisahan Dewa Putra dan Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaiyu tampak tenang sahaja. Dewa Sarno juga mengatakan bahawa Dewa Rafiki akan menjadi bakal pemerintah selepasnya. Dewa Putra sudah melepaskan haknya. " Dewa Rafiki, hidupmu sudah berubah. Dewa Rafiki akan menjadi bakal ketua kerajaan Kayangan. Ayahanda telah memilih Dewi Aulia untuk menjadi Dewimu." Dewa Rafiki membatukan diri. Sekali lagi permainan sama yang bermula. Dewi Rohaiyu rasa bersalah terhadap Dewa Rafiki kerana Dewa Rafiki sudah terbeban dengan masalah ini.

             Dewi Rohaiyu sekali lagi turun ke kerajaan bumi tanpa pengetahuan Dewa Sarno dan Dewi Teratai. Adip sudah turun ke sawah dan kebunnya, Adip meninggalkan beberapa jenis sayur di dapur dan juga ayam. Dewi Rohaiyu memulakan rutin biasanya mencuci pakaian di sungai. Selepas itu dia mengemas pondok itu dan kemudian masak makan tengahari. Hari ini Adip balik lebih awal dari biasa kerana terlalu rindu menatap wajah bidadari yang telah mencuri hatinya. " Dewi Rohaiyu, Adip sudah jatuh cinta dengan Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaiyu, kalau Dewi Rohaiyu rasa perasaan yang sama, Dewi Rohaiyu tinggallah di sini dengan Adip. Adip akan berusaha membahagiakan Dewi Rohaiyu." Perasaan Dewi Rohaiyu berbunga dengan luahan hati pemuda itu. Dewoi Rohaiyu sudah menangis dengan perasaan terharu.

                  Lama Dewi Rohaiyu dalam pelukan Adip. Adip mencium bibir Dewi Rohaiyu dengan begitu ghairah. Petang itu Adip tidak ke sawah kerana sepanjang petang itu  Adip bersama dengan Dewi Rohaiyu di rumah. Buat pertama kalinya Dewi Rohaiyu merasa belaian yang lebih dari seorang lelaki. Belaian yang dia patut dapat dari Dewa Putra duhulu tetapi tidak pernah berlaku. "Dewi Rohaiyu terima kasih untuk semuanya.... '' Adip berkata. "Adip, Dewi Rohaiyu harus pulang dulu. Esok Dewi Rohaiyu kembali ke sini." Dewi Rohaiyu berkata. Dewi Rohaiyu terus melepaskan diri dari pelukan Adip dan terus bangun. Gaun berwarna putih dikenakan kembali ke tubuhnya. Buat pertama kalinya tadi Dewi Rohaiyu menatap wajah Adip sepenuhnya, tidak ada topi cokletnya lagi. Sebelum Dewi Rohaiyu pergi Adip memeluk Dewi Rohaiyu dengan erat. " Adip mencintaimu Dewi Rohaiyu."

            Hari demi hari terus berlalu. Rutin Dewi Rohaiyu seperti biasa, sudah sebulan Dewi Rohaiyu berulang alik dari kerajaan bumi dan alam kayangan. Sukar benar Dewi Rohaiyu hendak mengaku kepada Dewa Sinonghim dan Dewi Teratai. Sehingga suatu petang Dewa Sinonghim sudah mula curiga. " Dewi Rohaiyu kemana sahaja Dewi Rohaiyu, ayahanda tidak pernah nampak Dewi Rohaiyu sepanjang hari." Dewi Rohaiyu akhirnya terpaksa jujur. Satu tamparan hebat hinggap di pipi Dewi Rohaiyu "Pergilah Dewi Rohaiyu dan jangan kembali ke sini." Itu sahaja kata-kata akhir dari Dewa Sinonghim. Dewi Rohaiyu ingatkan dia boleh mengubah Dewa Sinonghim tetapi tetap sama. Sebelum Dewi Rohaiyu pergi Dewi Teratai, Dewi Rohaini dan Dewa Rafiki memeluk Dewi Rohaiyu dengan erat.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now