Puteri Aqualia tersenyum manis setelah Mei dan Runi membersihkan ekornya, ekornya berkilau cantik. Tiara yang berkilau dikenakan di kepalanya untuk menaikan seri wajahnya. " Cantiknya puteri Papa hari ini. Nak kemana ya." Puteri Aqualia memandang Raja Barahman. "Hai papa, hari ini Aqualia nak pergi bermain dengan Wani dan Sakina." Raja Barahman kenal benar dengan Wani dan Sakina kawan Aqualia dari kerajaan bumi. Dia tidak pernah menghalang anak gadisnya untuk mengembara. Dia kenal sangat anaknyA ikut jejak siapa. Sedangkan mama Aqualia Permaisuri Suriyati merupakan orang dari kerajaan bumi. Hanya dengan magic bila Permaisuri Suriyati ingin melawat ibu bapanya dia akan mendapat kakinya kembali dan bila Permaisuri Suriyati ingin pulang ke kerajaan air kakinya akan bertukar menjadi ekor.
Sejak perkahwinan diantara Raja Barahman dan Permaisuri Suriyati mereka dikurniakan tujuh cahaya mata. Puteri Aqualia, Putera Armand, Putera Arnold, Puteri Aqaira, Putera Abraham, Puteri Amanda dan Puteri Amelia. Mereka sangat menginginkan Puteri Aqualia untuk memerintah kerajaan Air tetapi anak gadis mereka tidak berminat langsung jadi anak mereka Putera Armand akan memerintah seluruh kerajaan air.
Anak-anak kacukan kerajaan bumi dan kerajaan air mereka boleh menjadi duyung atau manusia bila-bila masa sahaja. Ibu bapa permaisuri Suriyati adalah mengusaha ladang, tetapi anak-anak Permaisuri Suriyati tinggal di kerajaan air. Puteri Amanda dan Puteri Amelia selalu tinggal dengan nenek dan datuk mereka.
" Puteri Aqualia, umurmu sudah genap. Ayah dan Ibu memberi kebebasan untuk Puteri Aqualia memilih jodohmu sendiri." Raja Barahman berkata. Puteri Aqualia terdiam seketika. "Kahwin??? " Teman lelaki pun Puteri Aqualia tidak ada bagaimana pula hendak berkahwin. Puteri Aqualia membelai rambutnya. Bau dari shampoo rumpai laut amat menyenang hati Puteri Aqualia yang sedang gundah.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasiDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...