" Dewi Dalelai...." Dewa Sarno memanggil Dewi Dalelai. Dewi Dalelai membantukan diri. " Dewi Dalelai... Maafkan Dewa Sarno... Dewa Sarno salah...." sebaik sahaja majlis selesai, Dewa Sarno mencari Dewi Dalelai. " Dayang Dalelai. Ingat. Dewa Sarno sudah buang Dayang Dalelai." dingin sahaja suara Dewi Dalelai. " Dewa Sarno salah Dewi Dalelai. Maafkan Dewa Sarno." Dewi Dalelai memusingkan badannya dan memandang Dewa Sarno. " Dewa Sarno sanggup buang Dayang Dalelai... Buang Dayang Satriya dan Dayang Marlia. Dewa Sarno tahu kami sangat merana. Kami terlalu rindu Dewi Aulia. Sampai hati Dewa Sarno buat kami begini." Dewi Dalelai sudah hilang rasa sabar. Dewa Sarno menundukkan wajahnya.
"Dewi Dalelai... Kembalilah ke istana bersama. Dewa Sarno... Dewi Aulia... Dewa Sarno rindu dengan Dewi Dalelai... Dewi Marlia dan Dewi Satriya. " Dewa Sarno berkata sambil memegang kedua-dua tangan Dewi Dalelai. "Baiklah... Selesai majlis DeWa Putra kita kembali ke alam kayangan." Dewi Dalelai mengalah. Dewa Sarno berasa lega. Dewa Sarno tahu Dewi Dalelai belum menerimanya sepenuhnya tetapi Dewa Sarno sudah bertekad untuk berusaha memujuk Dewi Dalelai. Dewi Satriya terus berlari dan memeluk Dewa Sarno. "Ayahanda... Dayang Satriya rindu ayahanda... " terluah segala yang terbuku di hati Dewi Satriya. Dewi Marlia masih berdiri ditempat yang sama. Ego Dewi Marlia agak tinggi.
Dewa Sarno menarik Dewi Marlia dalam pelukannya. "Dewi Aulia..." Dewi Marlia berkata sebaik sahaja Dewi Aulia muncul bersama Dewa Rafiki. Dewi Dalelai memeluk Dewi Aulia dengan begitu erat. Dewi Satriya dan Dewi Marlia juga terus mendapatkan Dewi Aulia. " Dewi Marlia rindu Dewi Aulia..." Dewi Marlia berkata. Semua mereka menangis tanda kegembiraan. " Esok kita pulang yah...'' Dewi Aulia berkata penuh berharap. "Baiklah Dewi Aulia..." Dewi Satriya berkata.
"Ayahanda ini batuan mutiara, ayahanda makan batuan ini... Nanti ayahanda boleh bernafas di kerajaan air. Kaki ayahanda akan bertukar menjadi ekor duyung.. Sayap ayahanda akan ghaib." Dewa Putra berkata kepada Dewa Sarno. Puteri Aqualia menghulur dua lagi batu mutiara kepada Dewi Aulia dan Dewa Rafiki. "Aqualia tidak lupa untuk Dewi Aulia dan Dewa Rafiki juga..." Dewi Aulia menghadiahkan senyuman manis kepada Puteri Aqualia sambil mengambil mutiara tersebut. Dewa Rafiki mengambil mutiara tersebut dari Dewi Aulia.
Pesta majlis perkahwinan Dewa Putra dan Puteri Aqualia di kerajaan air pada malam itu begitu meriah sekali. Semua yang hadir seronok menikmati makanan mewah yang disediakan dan juga menari di dewan yang besar dan luas. Dewa Sarno juga tidak terkecuali dalam majlis itu. Dewa Sarno dan Raja Barahman khusyuk berkongsi cerita, Dewi Dalelai dan Permaisuri Suriati juga sibuk berbual. Dewa Sarno sudah membuang sikap bongkaknya. Dewi Aulia menghampiri Aqaira. " Puteri Aqaira... Dewi Aulia penat sekali. Dimanakah Dewi Aulia boleh menumpang beradu malam ini." Sopan sahaja suara Dewi Aulia. "Marilah... Aqaira hantarkan Dewi Aulia ke kamar Aqaira. Dewi Aulia boleh tidur disana malam ini..."
Dewi Aulia melabuhkan badannya ke tilam yang diperbuat daripada rumpai laut. " Puteri Aqaira... Bagaimana rasanya menjadi Puteri di kerajaan air? "Dewi Aulia bertanya. Aqaira berenang mendekati Dewi Aulia. " Aqaira membesar jauh dari keluarga Aqaira. Kerana Aqaira ditanggungjawabkan menjaga Daerah lain bersama Datuk dan Nenek Aqaira. Aqaira rindu keluarga Aqaira disini." Aqaira meluah apa yang terbuku dihatinya. "Dewi Aulia... Terpaksa berpisah dengan Bonda Dewi Aulia. Dipaksa bernikah dengan Dewa Rafiki kerana kami bakal pemerintah kerajaan kayangan. Dewi Aulia tidak mahu menjadi Permaisuri. Dewi Aulia mahu keluarga Dewi Aulia." Aqaira memeluk bahu Dewi Aulia. " Bonda Dewi Aulia tidak mahu kembali ke alam kayangan. Dewi Aulia terpaksa berpisah dengan Bonda Dewi Aulia." Aqaira memandang wajah sedih Dewi Aulia. " Dewi Aulia... Aqaira pasti Bonda Dewi Aulia akan buat yang terbaik untuk Dewi Aulia. Kalau Dewi Aulia rindu bonda Dewi Aulia. Dewi Aulia datanglah ketemu bersama bonda Dewi Aulia. " Aqaira memujuk Dewi Aulia. " Aqaira selalu rasa marah.. Kerana Ayah dan ibu Aqaira menghantar Aqaira tinggal bersama Nenek dan Datuk. Sekarang Aqaira sedar bertapa Ayah dan ibu Aqaira sayang Aqaira. Nenek dan Datuk juga sangat sayang dengan Aqaira. Dewi Aulia... Aqaira kembali ke pesta dulu ya...." Dewi Aulia menganguk sebaik sahaja Aqaira meminta diri.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasyDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...