Bab 12

310 10 0
                                    

                       Puteri Aqualia sedang mengelamun jauh sambil memandang keluar istana dari biliknya. "Aqualia, tolong toncang rambut Aqaira." Puteri Aqaira mengejutkan lamunan Puteri Aqualia. "Marilah..." Puteri Aqualia menjawap ringkas. Puteri Amanda dan Puteri Amelia berenang kearah Puteri Aqualia. "Aqualia, Amanda nak anyam rambut." Puteri Aqualia hanya menganguk sahaja. "Amelia pun mau..." manja saja Amelia berbicara. Puteri Aqualia berpuas hati dengan hasil kerjanya.

                 Puteri Aqualia begitu rindu sekali dengan Dewa Putra, tetapi Puteria Aqualia tetap berusaha untuk teruskan hidupnya tanpa Dewa Putra. Dalam masa dua hari sahaja mereka kenal dan jatuh cinta sehingga kini Puteri Aqualia belum dapat memadamkan Dewa Putra dari pemikirannya. Puteri Aqualia memeluk Permaisuri Suriyati. "Ibu, Aqaulia rindu sangat dengan dia Ibu. Tetapi dia sudah jadi suami Dewi Rohaiyu." Permasuri Suriyati memandang anaknya dengan sayu. "Aqualia, jika Dewa Putra adalah jodohmu yang sebenar dia tidak akan kemana." Permaisuri Suriyati mengusap pipi anak sulungnya.

                "Esok, kita pergi Istana Alantica." Wajah Aqualia masih kosong. Biasanya mereka adik-beradik seronok bila mereka pergi ke Istana Alantica. Di alam kerajaan air, Raja Barahman mempunyai beberapa daerah untuk diperintah dan disetiap daerah dia mempunyai Istana. Di Istana Alantica pemandangannya begitu cantik dan tidak jauh dari Alantica ada sebuah pulau dan di pulau itu ada beberapa teman Aqualia dan adik-adiknya.

               Aqualia mengemas barang-barangan untuk dibawa ke Alantica. Puteri Amanda, Puteri Amelia, Putera Abraham dan Putera Arnold sedang seronok bermain di Istana walaiya. " Armand, tolong panggil Mazfiki untuk angkat barang-barang ini kedalam pengangkutan kita nanti."Aqualia berkata kepada Putera Armand yang sedang duduk di hujung bilik sambil makan rumpai laut. Dengan malas Putera Armand keluar dari kamar tidur dan mencari Mazfiki.

            Mazfiki datang bersama Putera Armand dan mula mengankat beg-beg Putera dan Puteri yang tinggal di istana itu. Sesudah itu, Aqualia meninggalkan adik-adiknya di kamar tidur dan dia berenang ke air sungai jernih yang mempunyai air terjun. Puteri Aqualia duduk diatas batu sambil main rambutnya. "Puteri Aqualia.... " Puteri Aqualia pusing ke arah suara tersebut. "Wani, lama kita tidak berjumpa, apa khabar?" Puteri Aqualia bertanya. " Khabar baik... Puteri Aqualia. Puteri Aqualia memberi batu karang yang boleh dimakan kepada Wani. "Marilah, Puteri Aqualia bawa wani ke kerajaan air. Batu karang ini bisa buat kamu bernafas di dalam air.

            Wani seronok melihat keindahan di kerajaan air. "Wani esok kami akan ke Istana Alantica. Suatu hari nanti saya janji akan bawa kamu dab Sakina kesana. Kami akan berada di Alantica untuk sebulan. Dan seterusnya kami akan kembali ke sini." Mata Wani bersinar mendengar apa yang di katakan Puteri Aqualia. " Puteri Aqualia, sepertinya ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu?" Wani bertanya. Puteri Aqualia tersenyum kelat dan hanya menggeleng. Puteri Aqualia belum bersedia untuk mengkongsi masalahnya kepada Wani. Puteri Aqualia menghantar Wani balik sebelum Puteri Aqualia kembali ke Istana.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now