Flashback
Dewa Sarno rasa begitu sedih, walaupun dendamnya masih bersisa namun rasa rindu terhadap keluarganya yang dulu kini membuak-buak kerana ego yang tinggi, Dewa Sarno telah membuang keluarganya, membuang segala kebahagiaannya. Hari ini Dewa Putra akan menikah. Pada awalnya ingin sahaja Dewa Sarno menghantar tenteranya untuk merosakkan majlis itu. Namun akhirnya Dewa Sarno menarik balik rancangannya itu. 'Biarlah Dewa Putra mencari kebahagiaannya.' bisik hati Dewa Sarno.
"Ayahanda..." lembut sahaja Dewi Aulia menegur Dewa Sarno. "Dewi Aulia.... Mahu...." Dewa Sarno memandang Dewi Aulia. " Pergilah Dewi Aulia... Ayahanda benarkan. Ayahanda telah menyuruh tentera ayahanda membuka pagar kerajaan kayangan agar semua rakyat jelata boleh hadir ke pernikahan Dewa Putra. Dewi Aulia... Kotak diatas meja itu... Bawalah untuk Dewa Putra. Hadiah dari ayahanda." Itu sahaja dikatakan Dewa Sarno. " Ayahanda... Marilah ke majlis Dewa Putra dengan Dewi Aulia... Dewi Aulia yakin Dewa Putra akan memaafkan ayahanda... Mungkin bila ayahanda hadir majlis tersebut akan lebih bermakna bagi Dewa Putra..." Dewa Sarno masih membatukan diri. Memikirkan apa yang dikatakan Dewi Aulia. " Baiklah Dewi Aulia... Kita akan pergi ke majlisnya Dewa Putra." Dewi Aulia tersenyum puas.
'Bonda... Akhirnya Ayahanda tewas. Bonda... Dewi Aulia tidak sabar jumpa bonda. Dewi Aulia rindu bonda.' bisik hati Dewi Aulia. Dewi Mawar hanya menjeling. Geram pula Dewa Sarno sudah mula berlembut hati dengan Dewa Putra. " Dewi Aulia.... Maafkan ayahanda selama ini... Jikalau Dewi Aulia ingin pergi hari ini... Berjumpa dengan Dewa Putra... Bonda... Dewi Satriya... Dan Dewi Marlia.... Pergilah...." Dewi Aulia terkejut dan teruja, bercampur baur perasaannya. "Ayahanda... Tidak mengapa... Dewi Aulia temankan ayahanda esok. Kita sama-sama pergi Ayahanda...." lembut bicara Dewi Aulia. Hati Dewa Sarno yang dahulunya ketas kini semakin cair. Tidak sangka Dewi Aulia tidak sedikit pun berdendam terhadapnya. "Baiklah...Deei Aulia... Dewi Aulia... Pergilah berehat dahulu..." Deea Sarno berkata. Dewi Aulia terus meninggalkan Dewa Sarno.
"Dewi Mawar tidak mahu pergi..." Dewi Mawar berkata dengan agak sinis. Dewa Sarno memandang Dewi Mawar dengan wajah yang sayu. "Dewi Mawar..." tutur Dewa Sarno dengan lembut tidak mahu bertengkar. "Dewa Sarno!!! Kenapa Dewa Sarno benarkan Dewi Aulia ke kerajaan bumi. Dewi Mawar tak faham lansung!" kasar sahaja Dewi Mawar. "Dewi Mawar... Sudahlah...Dewa Sarno tidak mahu bermusuh lagi dengan keluarga Dewa Sarno sendiri." Dewa Sarno berkata. Hati Dewa Sarno pedih. Dewi Mawar semakin berani melawannya. " Dewa Sarno... Esok Dewi Mawar tinggal disini sahaja. Dewi Mawar tidak mahu pergi..." Dewa Sarno memandang Dewi Mawar dengan sayu. "Baiklah Dewi Mawar... Dewa Sarno pergi dengan Dewi Aulia dan Dewa Rafiki." Dewi Mawar terus keluar dari bilik peraduan mereka.
Dewi Aulia menahan lengan Dewi Mawar. " Sudahlah Dewi Mawar... Jangan marah lagi dengan Ayahanda Dewi Aulia. Jika Dewi Mawar masih mahu menjadi permaisuri dan masih mahu tinggal disini jangan buat ayahanda Dewi Aulia begitu." Dewi Mawar menepis tangan Dewi Aulia. " Tolonglah... Jangan ganggu Dewi Mawar. Dewi Mawar penat. Penat kerana ditendang macam bola." Dewi Mawar terus meninggalkan Dewi Aulia disitu dan menghilang tanpa arah tuju.
" Dewa Rafiki... Dewi Aulia ada berita gembira..." Dewa Rafiki terus memeluk leher Dewi Aulia. "Dewi Aulia berjaya memujuk Ayahanda?" Dewa Rafiki bertanya kerana dia boleh agak apa yang ingin disampaikan Dewi Aulia. Dewi Aulia menganguk dan memeluk Dewa Rafiki. Sungguh Dewi Aulia berasa semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Cuma Dewi Aulia tidak pasti adakah Bondanya akan pulang ke kerajaan kayangan. " Dewi Aulia... Dewa Rafiki harap selepas semua ini selesai... Kita kekalkan pernikahan ini... Sebab Dewa Rafiki sudah terlanjur mencintai Dewi Aulia." Dewi Aulia memandang ke dalam mata Dewa Rafiki. " Dewi Aulia juga cintakan Dewa Rafiki. Dewi Aulia harap Dewa Rafiki tidak tinggalkan Dewi Aulia." Dewa Rafiki memeluk Dewi Aulia dengan lebih erat lagi.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
פנטזיהDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...