Dewi Mawar rasa sangat keliru. Siapakah yang harus menjadi pilihan Dewi Mawar. Dewa Sarno dan Dewi Mawar sama-sama beriringan ke ruang makan. Jelas sekali wajah Dewi Marlia dan Dewi Satriya yang tidak menyukai Dewi Mawar. Dewi Mawar hanya menjamah sedikit sahaja, sebelum meminta diri. Dewi Mawar selalu cuba mengasingkan dirinya daripada keluarga Dewa Sarno. " Dewi Mawar.... Janganlah pergi dulu... " Dewa Sarno menegah. " Dewi Mawar mahu rehat... Dewi Mawar minta diri..." Dewi Mawar berkeras. Sebaik sahaja tiba dipintu kamar, Laksamana Merak berada di pintu kamar. Muka Laksamana Merak nampak tegang. " Laksamana Merak buat apa disini? Dewi Mawar tidak mahu Dewa Sarno mengesyaki apa-apa.". Dewi Mawar berkata sambil memandanv kiri kanan. Laksamana Merak memberi sepucuk surat kepada Dewi Mawar. Dewi Mawar kemudian masuk ke dalam kamar.
Dewi Mawar,
Sakit hati ini mendengar keghairahan Dewi Mawar bersama Dewa Sarno. Hati ini hancur seperti kaca yang pecah. Tega sekali Dewi Mawar khianati cinta kita dan bermadu asmara dengan Dewa Sarno. Siapa Laksamana Merak dihati Dewi Mawar? Dewi Mawar harus pilih. Dewa Sarno atau Laksamana Merak.
Dewi Mawar mengeluh perlahan. Air mata menitis dipipi Dewi Mawar.
Laksamana Merak,
Ampunkan Dewi Mawar, sungguh itu semua kepuraan Dewi Mawar. Dewi Mawar hanya mahukan Laksamana Merak. Namun, Dewi Mawar tidak boleh menolak untuk melayan Dewa Sarno. Dewi Mawar dipenjara, Dewi Mawar mahu bebas dan hidup bersama Laksamana Merak. Namun itu semua tetap mustahil kerana Dewa Sarno enggan lepaskan Dewi Mawar. Terpulanglah kepada Laksamana Merak, jikalau Laksamana Merak ingin tinggalkan Dewi Mawar, Dewi Mawar tidak kisah kerana harapan bersama Dewi Mawar terlalu tipis. Jika Dewa Sarno tahu, Laksamana Merak akan dibunuh. Dewi Mawar sanggup berpisah dengan Laksamana Merak, kerana Dewi Mawar tidak sanggup Laksamana Merak dibunuh dengan kejam.
Dewi Mawar
Dewi Mawar keluar dari kamar beradu dan menyerahkan surat kepada Laksamana Merak. Laksamana Merak masih nampak marah dengan Dewi Mawar. " Dewi Mawar..." Dewi Mawar terkejut apabila Dewi Mawar disapa oleh Dewa Sarno. Nasib baik Dewa Sarno tidak melihat apa yang Dewi Mawar serahkan kepada Laksamana Merak. " Dewi Mawar minta Laksamana Merak untuk pergi ke kerajaan bumi dan mengambil bunga Mawar warna merah. Dewi Mawar mahu bersiram dengan kelopak Mawar Merah. " Dewi Mawar menipu. " Baiklah Laksamana Merak, pergilah ke kerajaan bumi dan ambil apa yanb diminta permaisuri muda. Marilah Dewi Mawar, Dewi Mawar kena ikut Dewa Sarno ke daerah Kayangan Maladewa selepas itu Dewa sarno mahu bawa Dewi Mawar ke pulau Maladewa, pulau Maladewa adalah sempadan diantara kerajaan air di daerah Maladewa dan kerajaan kayangan Maladewa." Kali ini Dewi Mawar tiada pilihan melainkan menurut perintah Dewa Sarno. " Dewi Mawar pergi ke kamar untuk bersiap sebelum pergi." Dewi Mawar berkata dan masuk ke dalam kamar.
Sebuah surat, muncut dibawah pintu. Dewi Mawar cepat-cepat mengambil surat itu sebelum Dewa Sarno nampak surat itu. Dewi Mawar mengunci pintu kamar dan surat dibuka perlahan.
Dewi Mawar,
Ampunkan sikap Laksamana Merak yang bersikap dingin. Laksamana Merak tidak sanggup melihat kemesraan Dewi Mawar dengan Dewa Sarno. Laksamana Merak akan tunggu, Laksamana Merak berjanji akan bawa Dewi Mawar pergi dari penjara ini. Beri Laksamana Merak masa, pasti ada caranya. Akan tibanya masa kita harus pergi dari sini bersama... Laksamana Merak cintakan Dewi Mawar.
Laksamana Merak
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasíaDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...