Bab 33

217 7 0
                                    

                     Dewa Putra memeluk Dayang Dalelai dengan begitu erat. Dayang Marlia dan Dayang Satriya juga memeluk Dewa Putra. Mereka semua menangis semahu-mahunya. "Dewi Aulia... Mana Dewi Aulia...." Dewa Putra berkata dalam tangisan. " Dewi Aulia sudah berkahwin dengan Dewa Rafiki... Dan Dewi Aulia tinggal di kerajaan kayangan." Dayang Dalelai berkata dengan nada sedih. Hati Dewa Putra berombak. " Bonda... Izinkan Dewa Putra ke alam kayangan dan selamatkan Dewi Aulia. "Dewa Putra... Jangan... Esok hari pernikahan Dewa Putra. Bonda sudah mengutus surat kepada Dewi Aulia. Dewi Aulia selamat disana Dewa Putra tidak perlu risau." Dewa Putra memeluk Dayang Dalelai dengan erat sekali lagi.

                 Aqualia menyalam dan memeluk Dewi Dalelai. "Aqualia... Cantik sekali... " Dayang Satriya berkata sambil tersenyum manis kearah aqualia. " Dewi Marlia.. Dan Dewi Satriya juga cantik sekali..." Aqualia memuji dengan ikhlas. Dayang Dalelai, Dayang Marlia dan Dayang Satriya sudahpun makan batu mutiara aljaib yang membolehkan mereka berubah jadi Duyung. "Permaisuri Suriati... Sahabat sejatiku..." Dayang Dalelai berkata sambil memeluk Permaisuri Suriyati.  "Akhirnya kita ketemu Dayang Dalelai... Ayuh... Dayang Dalelai... Bilik Dayang Dalelai disana." Permaisuri Suriyati mengambil alih untuk menjemput tetamu istimewa kaum kerabat kerajaan air.

                    Dewa Putra memeluk leher Puteri Aqualia. " Aqualia... Terima kasih kerana melayan bonda Dewa Putra dengan baik sekali..." Aqualia tersenyum malu sambil mengusap pipi Dewa Putra. "Dewa Putra... Bonda Dewa Putra... Adalah Bonda Aqualia juga... Aqualia sayang dengan Bonda Dewa Putra..." Dewa Putra terharu mendengar jaeapan Aqualia dan terus memeluk Aqualia dengan erat. Jelas sekali kebahagiaan dimata mereka.

               "Aqualia.... Najja panggil Aqualia ke Dewan utama..." Puteri Aqaira berkata. Dewa Putra melepaskan pelukan Aqualia perlahan-lahan. Aqualia berenang ke Dewan Utama sambil memimpin Dewa Putra. Aqaira memandang kearah Puteri Aqualia. Ada rasa iri dihatinya melihat kebahagiaan Puteri Aqualia. " Aqaira kenapa menunggu disitu... Marilah... " Raja Barahman berkata. Aqaira terkejut dari lamunannya terus mengekori Raja Barahman ke Dewan utama.

           Najja dan rakan-rakannya membawa barang perhiasan untuk dipakai Puteri Aqualia dan Dewa Putra keesokkan hari. " Najja.. Sudah berbincang dengan Sani, kawasan majlis iaitu di Air terjun gunung Agungan sudah dihias indah dan kita akan berangkat esok awal pagi. Najja juga telah menguruskann gaun pengantin Aqualia dan pakai pahlawan lelaki yang akan dibuat oleh Wati. " Aqualia, Dewa Putra, Raha Barahman dan Aqaira tekun mendengar penjelassan Najja.

           " Pada sebelah malamnya pesta akan diadakan di sini." Najja Tambah lagi. " Baiklah Najja... Untuk perhiasan Dewan Utama ini Aqualia... Aqualia nak bunga-bunga mawar dari kerajaan bumi... Dan gaun pengantin akan diperhias dengan mutiara kecil." Najja mengangguk mendengar permintaan Aqualia. " Satu lagj Najja... Aqualia nak Najja siapkan satu gaun khas untuk Puteri Aqaira... Kerana Aqualia nak Puteri Aqaira jadi pengapit Aqualia." Aqaira memandang Aqualia dengan wajah terkejut. "Aqualia... Bukan kah... Amanda dan Amelia sudah menjadi pengapit..." Aqaira berkata. "Aqaira... Aqualia nak Aqaira juga menjadi pengapitnya Aqualia... Aqualia harap... Aqaira tidak menolak..." Aqaira memganguk. Sedikit sebanyak hati Aqaira sudah mula sejuk. Aqualia pandai sangat mengambil hati Aqaira. Walaupun semua rakyat kerajaan air sibuk dengan perkahwinan Puteri Aqualia tetapi Aqualia selalu cuba memujuk hati Aqaira yang keras.

                   Tidak lama kemudian Najja membawa gaun untuk Aqaira. Aqaira rasa agak sebak melihat keindahan gaun tersebut. Aqualia terus memeluk Aqaira dari belakang. " Aqaira... Aqualia... Nak sangat Aqaira disamping Aqualia esok. Aqaira... Aqualia rindu sangat dengan Aqaira. Aqaira... tiap hari Aqualia selalu harap kita bersama." Aqaira makin terharu dan membalas pelukan kakak sulungnya. "Aqualia... Aqaira juga rindu keluarga kita..  Aqualia...  Esok... Aqaira akan jadi pengapit Aqualia..." Aqaira berkata sambil mengelap air matanya yang mengalir kerana terharu. Sekarang Aqaira rasa tenang, tiada dendam dan tiada rasa sakit hati.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now