" Sampai bila... Dewi Mawar mahu biarkan Dewi Mawar menjadi hamba kepada Dewa Sarno." Laksamana Merak berkata sambil memandang wajah Dewi Mawar. " Itu bukan hak Laksamana Merak untuk bertanyakan hal itu." Jawap Dewi Mawar dingin. " Dewi Mawar lihatlah.diluar sana. Mendung. Semendung perasaan Dewi Mawar. Kasihan rakyat kerajaan bumi... Kerajaan air... Bilakah akan ada sinar matahari untuk mereka?" Desak Laksamana Merak. Dewi Mawar membisu. Dewi Mawar bangun dan masuk kamar beradu. Laksamana Merak mengeluh. Laksamana Merak memegang dadanya. Kecantikan Dewi Mawar telah mencuri segala ruang hati Laksamana Merak, melihat Dewi Mawar sedih membuat hati Laksamana Merak sakit. Namun, tidak mungkin Dewi Mawar akan dimiliki kerana Dewi Mawar adalah milik Dewa Sarno dan Dewi Mawar adalah Permaisuri muda kerajaan Kayangan kerana itu, Dewi Mawar mempunyai kuasa untuk menentukan cuaca.
Dewi Mawar,
Mawar putih seputih hati Dewi Mawar, pemberian ikhlas dari Laksamana Merak,
Mawar putih sebersih hati Dewi Mawar, harum mekar tidak ubah seperti Dewi Mawar. Kalau Laksamana Merak diberi pilihan antara Mawar putih dan Dewi Mawar akan Laksamana Merak pilih Dewi Mawar kerana Dewi Mawar adalah bidadari cantik jauh lebih indah dari Mawar putih yang mencuri hati Laksamana Merak. Laksamana Merak tidak mempunyai apa-apa harta, Laksamana Merak hanya mampu berikan cinta buat Dewi Mawar.Laksamana Merak
Dewi Mawar menekup mulutnya. Tidak menyangka yang Laksamana Merak berani mengutus surat yang penuh dengan kata-kata indah untuk Dewi Mawar. Surat tersebut dilipat. Bunga Mawar itu disimpan dalam pasu kecik . Pen bulu burung Merak dari kerajaan bumi diambil. Dengan rasa degupan dijantung, Dewi Mawar menulis sesuatu di kertas dengan perlahan. Dewi Mawar tidak mahu Dewa Sarno tahu tentang surat yang diberi oleh Laksamana Merak.
Laksamana Merak,
Mawar putih mungkin tidak berharga setanding emas, namun Mawar putih ini adalah harta yang paling mahal Dewi Mawar ada sekarang. Dewi Mawar tidak ubah seperti burung merpati. Dipenjara dalam istana besar ini. Biarpun Laksamana Merak tidak mempunyai sebarang harta, kalau cinta sahaja yang mampu Laksamana Merak berikan, seluruh hati Dewi Mawar tadahkan.
Dewi Mawar
Dewi Mawar keluar dari kamar dan mengemgam surat di tangannya. Sebaik Dewi Mawar nampak Laksamana Merak bersendirian. Dewi Mawar serahkan surat tersebut ke dalam tangan Laksamana Merak. Dewi Mawar cepat-cepat pergi meninggalkan Laksamana Merak kerana tidak mahu sesiapa nampak apa yang Dewi Mawar berikan. Tidak lama hari semakin senja, cuaca juga semakin cerah semula. " Permaisuri Dewi Mawar... Dewa Sarno sedang menunggu Dewi Mawar dikamar tidur. Dewi Mawar menelan air liur. Kali ini Dewi Mawar tidak dapat lari. Adalah kewajipan Dewi Mawar untuk melayan Dewa Sarno kerana Dewi Mawar adalah Permaisuri muda. Sudah lama Dewa Sarno tidak beradu di kamar Dewi Mawar, kerana Dewa Sarno selalu beradu bersama Dewi Dalelai.
" Dewi Mawar.... Sungguh Dewa Sarno merindui Dewi Mawar.... Malam ini... Dewa Sarno akan beradu bersama Dewi Mawar.... Dewa Sarno mahu melepaskan segala kerinduan dan rasa cinta Dewa Sarno kepada Dewi Mawar...." Dewi Mawar diam, tanpa sebarang riak. Dewa Sarno menarik Dewi Mawar ke katil dimana mereka akan bermadu asmara. Tanpa membantah Dewi Mawar menurut segala permintaan Dewa Sarno, walaupun hati Dewi Mawar tidak rela. Bibir Dewi Mawar dikucup dengan begitu ghairah, namun bagi Dewi Mawar sentuhan itu tidak seindah diawal perkahwinan mereka. Dewi Mawar baring dan melayan sahaja, Dewa Sarno kerana sudah lama Dewa Sarno tidak dibelai oleh Dewi Mawar.Diluar kamar beradu Dewi Mawar, Laksamana Merak sedang menahan hati yang iri. Dalam rasa marah, Laksamana Merak tahu Dewi Mawar terpaksa melayan kehendak Dewa Sarno. Laksamana Merak menahan hati mendengar setiap desahan Dewi Mawar dan Dewa Sarno. Laksamana Merak kembali ke kamar, dan membuka surat Dewi Mawar. Surat itu kemudian dikeronyok dan dibuang. ' Arghhh!!!! Hati Laksamana Merak Sakit!!!' Laksamana Merak jerit dalam hati apabila mengenangkan Dewa Sarno seronok dilayan oleh Dewi Mawar. Surat itu dikutip semula dan disimpan dalam laci. Laksamana Merak cuba melelapkan mata untuk membuang segala keresahan dihati.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasiDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...