Bab 30

205 10 0
                                    

                           Dewi Rohaini tersenyum memandang Dewi Rohaiyu. Wajah Dewi Rohaiyu lebih berseri semasa mengandung. Adip pula berada di rumah Dewa Rahamad dan Nafiki, mereka sedang membuat rumah yang lebih besar untuk mereka semua. "Dewi Rohaini.... Minumlah..."  Dewi Rohaiyu menghulur secawan air kopi  kepada Dewi Rohaini. "Dewi Rohaiyu... Dewi Rohaini tidak boleh lama ke sini. Dewi Rohaini risau kalau Dewa Sarno tahu Dewi Rohaini melawat Dewi Rohaiyu." Dewi Rohaiyu menundukkan wajahnya. "Ayahanda dan Dewa Sarno terlalu kejam. Rakyat kerajaan bumi dan kerajaan air mempunyai silaturahim yang kuat. Malah ramai yang nikah lagi." Dewi Rohaini memeluk Dewi Rohaiyu dengan erat. Perut Dewi Rohaiyu sudah agak besar. Hanya menunggu bila-bila sahaja untuk bersalin.

              Dewi Rohaiyu memegang perutnya. "Dewi Rohaini...." Dewi Rohaini terus memapah Dewi Rohaiyu ke bilik dan membaringkan Dewi Rohaiyu. "Dewi Rohaiyu... Baring dulu... Nanti Dewi Rohaini pergi panggil Nafiki dan Mak Liza." Dewi Rohaini terus ke rumah Dewa Rahamad untuk memanggil Nafiki. Sebaik sahaja Nafiki menerima berita yang Dewi Rohaiyu bakal melahirkan, Dewa Rahamad, Adip,Nafiki dan Mak Liza terus pergi kerumah Adip.

             "Adip... Mari sini..." Mak Liza berkata sebaik sahaja memeriksa Dewi Rohaiyu. Adip berasa berdebar menanti apa yang bakal dikatakan Mak Liza. " Adip... Dewi Rohaiyu hamil kembar. Mak Liza cuma risau Dewi Rohaiyu ada komplikasi. Anak pertama mungkin selamat tetapi anak kedua... Mungkin akan lemas." Adip berasa lemah mendengar apa yang dikatakan Mak Liza. "Adip... Mak Liza harap Adip bersabar yah..." Adip mengangguk perlahan. "Mak Liza... Izinkan Adip berjumpa Dewi Rohaiyu dahulu..." Mak Liza memandang wajah Adip yang agak sedih. "Pergilah Nak adip... Tetapi lebih baik jangan wajah sunggul begini. Nanti Dewi Rohaiyu kurang semangat untuk melahirkan bayi kelak." Mak Liza berkata sambil mengusap bahu Adip.

             Adip membuka pintu bilik dimana Dewi Rohaiyu sedang baring dan menahan sakit. "Ayu... Ayu... Harus kuat tahu... Kalau lah roh kita boleh bertukar dengan jasad orang lain. Adip ingin sekali menanggung kesakitan ini daripada membiarkan Ayu menahan segalanya. Maafkan Adip...Ayu..." Adip sudah lama memanggil Dewi Rohaiyu dengan panggilan 'ayu' sahaja. "Adip... Ayu rasa sakit sekali... Adip.... Ayu takut kalau terjadi apa-apa dengan Ayu. Ayu....." belum sempat Dewi Rohaiyu menghabiskan ayatnya. "Semuanya akan baik-baik sahaja Ayu..." potong Adip. " Adip... Mak Liza nak periksa Dewi Rohaiyu dahulu..." Adip menganguk dan keluar dari bilik dan membiarkan Mak Liza memeriksa Dewi Rohaiyu. "Mak...Li..za... Kalau.. A..yu... Ayu... Selamatkan anak Ayu.... Dua..dua... Anak Ayu..." Mak Liza terdiam. Keberatan hendak berjanji dengan Dewi Rohaiyu.

             "Ayu sudah bincang dengan Adip?" Mak Liza berkata dengan nada sebak. Dewi Rohaiyu mengangguk, namun Mak Liza tahu yang Dewi Rohaiyu berbohong. "Selamatkan anak Dewi Rohaiyu.... Janji Mak Liza." Mak Liza masih diam tidak terkutik. "Ayu sudah bersedia untuk meneran. Mak Liza yakin Ayu boleh melahirkan kedua-dua anak ini dengan selamat. Adip berasa sebak mendengar suara Dewi Rohaiyu berusaha meneran. Dewi Rohaini memeluk tubuh mendengar suara Dewi Rohaiyu, hati Dewi Rohaini tidak sedap. Suara bayi memenuhi rumah kecil Adip. Dewi Rohaini merasa lega. "Kenapa hanya satu bayi saja yang menangis..." Adip berkata dengan lemah. Adip berusaha membuka pintu tetapi masih dikunci dari dalam. Dewi Rohaiyu meneran sekali lagi, dan akhirnya senyap. Adip sudah panik. Tiada lansung bunyi dari Dewi Rohaiyu dan juga bayi yang kedua. Adip sudah semakin resah.

              "Mak Liza.... Mak Liza....." Adip berkata sambil mengetuk pintu bilik. Pintu bilik terbuka perlahan. "Ayu....Ayu...." Mak Liza berkata dengan suara bergeletar. Dewi Rohaini memegang dadanya, sebak sungguh. "Kenapa dengan Ayu... Mak Liza... " soal Adip dengan tidak sabar lagi "Ayu.. Selamat melahirkan anak-anaknya... Tapi Ayu terlalu lemah." Dewi Rohaini terus menerpa masuk ke dalam bilik Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaini memeluk Dewi Rohaiyu dengan kuat. Tidak lama kemudian Dewi Rohaiyu membuka mata perlahan-lahan. "Dewi Rohaini... Macam mana Dewi Rohaini... " Adip berkata dengan nada terharu. " Dewi Rohaiyu kembar Dewi Rohaini. Jadi... Dewi Rohaini mempunyai kuasa untuk memberi kekuatan kepada kembar Dewi Rohaini.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now