Dewa Sarno memeluk erat Dewi Mawar. Rindu dengan permaisuri mudanya. Sepanjang hari Dewi Mawar hilang entah kemana. Nasib baik Dewa Sarno sibuk melayan Dewa Putra dan Puteri Aqualia semasa mereka datang melawat tadi. Semua keluarga kaum kerabat alam kayangan bergumpul di taman indah alam kayangan sambil menikmati masa bersama. Disebabkan semua terpisah ikut haluan sendiri, sekali dalam seminggu mereka akan bergumpul bersama. Dewi Aulia sudah ada seorang Dewi. Baru sahaja diumamkan Dewi Aulia dan Dewa Rafiki akan ada seorang Dewa atau Dewi kedua. Dewi Rohaini juga tidak lama lagi akan melahirkan seorang Dewa atau Dewi. Begitu juga dengan Puteri Aqualia, yang tidak lama lagi akan melahirkan seseorang Dewa atau Dewi. Dewa Sarno mengharapkan seorang Dewa, agar boleh menjadi pemerintah kerajaan kayangan seterusnya. Dalam kebahagian kaum kerabat, Dewi Mawar rasa sunyi dan tersisih. Geram. Sehingga kini belum ada tanda-tanda Dewi Mawar mengandung. Dewi Mawar memandang mereka yang tengah bahagia. Dewi Mawar derita didalam bahagia mereka. Mahu lari tertapi Dewi Mawar terikat. Siapakah akan menyelamatkan Dewi Mawar dari istana sengsara ini? Tidak pasti. Dewi Mawar mengeluh dan melangkah keluar ke taman belakang untuk menikmati pemandangan indah di alam kayangan. " Dewa Sarno... Dewi Mawar tidak mampu lagi hidup begini... Lepaskan Dewi Mawar... Dewi Mawar tidak mahu hancurkan kebahagiaan Dewi Dalelai lagi..." kata-kata Dewi Mawar hanya terluah sampai sana sahaja.
Dewi Mawar memandang bunga mawar putih yang masih tertutup rapat. Apabila Dewi Mawar memegang bunya tersebut tiba-tiba bunga tersebut mengembang dengan cantik. Dewi Mawar ligat memikirkan sesuatu. Akhirnya Dewi Mawar memutuskan untuk turun ke kerajaan bumi, kerana mahu bermandi di tasik atas bukit gunung Agungan. Pernah Dewi Mawar dengar daripada Puteri Aqualia yang tasik diatas bukit agungan sangat aljaib kerana boleh menyerlahkan keserian seseorang dan menghilangkan segala rasa resah dan tekanan dihati. Dewi Mawar terus terbang ke bawah sampai sahaja di kerajaan bumi sayap Dewi Mawar hilang.Dewi Mawar membuka gaunnya yang berwarna hijau sebelum terjun ke dalam tasik gunung agungan. " Duhai... Tasik agungan... Dengarlah rintihan hati ini.... Hilangkan segala kelukaan... Dan Dewi Mawar mohon bahagia akan kembali kepada Dewi Mawar... Kuatkan hati Dewi Mawar untuk menghadapi hari-hari akan datang." Lama Dewi Mawar bermandi manda di tasik bukit agungan. Hari semakin senja Dewi Mawar keluar dari tasik gungung Agungan dan mengenakan gaun hijaunya semula. Sayap Dewi Mawar muncul semula. Berat hati Dewi Mawar mahu pulang ke alam kayangan.
" Nak... Nak... Dewi Mawar...." Jantung Dewi Mawar berdegup kencang. Dewi Mawar pusing dan di belakangnya seorang nenek tua bertongkat sedang memerhatikannya. " Macam mana nenek tahu nama Dewi Mawar..." Nenek itu tersenyum. " Dewi Mawar permaisuri kedua alam kayangan... Nenek ni... Penjaga gunung Agungan ini... Kalau Dewi Mawar keberatan mahu pulang ke alam kayangan... Nginap dulu... Di rumah nenek... Nenek mungkin saja boleh tolong Dewi Mawar...." Dewi Mawar masih teragak-agak. " Nenek ni... Tinggal dimana... " Nenek itu menunjukkan kearah sebuah batu. " Rumah nenek disana... Dewi Mawar jangan takut... Nenek tahu apa yang boleh bantu Dewi Mawar...." Dewi Mawar tersenyum.
Nenek tua itu mengetuk tongkatnya keatas batu yang tidak jauh dari tasik tersebut, batu tersebut tiba-tiba buka dan terdapat sebuah lorong gelap. Tongkat nenek tua itu tiba-tiba bernyala dengan api. " Marilah Nak... Jangan takut... Nenek tidak akan apa-apakan Dewi Mawar...." Dewi Mawar mengikut langkah Nenek tua itu dengan perlahan. " Nek.. nek seorang sahaja tinggal sini?" Tanya Dewi Mawar, ada juga rasa takut terbit dihatinya. " Nenek dan Suami nenek sahaja..." Selepas itu mereka tiba di sebuah tempat yang sangat jndah.
" Duduk dulu ya... Dewi Mawar.... Nenek sediakan air...." Dewi Mawar hanya menurut. Tidak lama nenek tua itu keluar. " Dewi Mawar jemput minum... Teh ini... Boleh melepaskan segala rasa sedih dihati Dewi Mawar..." Dewi Mawar menyambut cawan yang diperbuat daripada buluh. Ruang tamu nenek tua itu begitu cantik dengan pokok menghijau dan sebuah air terjun kecil. " Dewi Dalelai... Sebenarnya baik orangnya... Cuma Dewi Dalelai berat menerima kehadiran Dewi Mawar kerana Dewi Mawar telah mengambil tempatnya dahulu.... Dewi Mawar sementara ini... Dewi Mawar akan hadapi pelbagai dugaan... Tidak lama lagi Dewa Sarno akan membenci Dewi Mawar... Tetapi.... Dewi Mawar akan ketemu seseorang yang mencintai Dewi Mawar seadanya...Dewa Sarno memang cintakan Dewi Mawar... Malah lebih lagi dari Dewi Dalelai... Tapi jika Dewi Mawar tidak tinggalkan Dewa Sarni... Dewi Mawar akan merampas bahagia Dewi Dalelai... Nenek tahu... Dewi Mawar orang yang baik..." Dewi Mawar memandang Nenek tua itu. " Nenek... Dewi Mawar terkejut kerana nenek seperti tahu masa depan Dewi Mawar " Dewi Mawar tanya setakat itu kerana agak terkejut nenek tua itu boleh meramal masa depan Dewi Mawar. Tetapi Dewi Mawar keliru dalam masa yang sama.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasyDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...