Bab 32

221 12 0
                                    

                      Adip memegang bayi pertamanya sambil menghadiahkan kucupan di dahi bayi tersebut. " Anak ayah comel sekali...." Adip berkata. Adip terlalu terharu sehingga dia menangis dengan penuh kegembiraan. Mak Liza menyerahkan bayi kedua kepada Dewi Rohaini. Dewi Rohaini bersyukur Dewi Rohaiyu dan anak kembarnya selamat. "Adip.... Ayu nak air..." lemah sahaja suara Dewi Rohaiyu. Adip menyerahkan anak pertamanya kepada Mak Liza dan berlalu ke dapur.

              Adip mencium pipi anak sulungnya berkali-kali. " Iman Ismail.... Anak ayah yang comel..." Dewi Rohaiyu tersenyum memandang Adip. Dewi Rohaiyu sibuk menyusu puteri mereka pula. " Adip... Bagilah Iman kepada Ayu... Adip mainlah dengan puteri Adip ni... " Adip menyerahkan Iman kepada Dewi Rohaiyu dan mengambil puteri mereka pula. "Ibu nak bagi nama apa ya dengan puteri cantik ayah ni???" Adip berkata sambil membelai kepala bayi perempuan itu. "Intan..." Lemah sahaja suara Dewi Rohaiyu. " Intan Izaara anak ayah. Ayah sayang Intan Izaara." Adip berkata sambil mencium dahi Intan. Dewi Rohaiyu tersenyum melihat gelagat Adip.

                 "Adip... Biarlah Dewi Rohaiyu rehat dahulu. Iman dan Intan juga sama." Mak Liza berkata sambil mengambil Intan dari Adip. Adip mengusap pipi Dewi Rohaiyu. " Ayu... Adip ada diluar. Kalau Ayu nak apa-apa panggil saja Adip. Nanti Adip minta Dewi Rohaini pulang dulu takut ayah Ayu dan Dewi Rohaini marah." Adip berbisik ke telinga Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaiyu tersenyum sambil mengangguk sebelum Adip angkat dan melangkah keluar dari bilik itu, Adip sempat menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Dewi Rohaiyu. Apabila Adip hilang dari pandangan Dewi Rohaiyu rasa sebak. Sampai begitu sekali Adip sayangkan dirinya. Dewi Rohaiyu sungguh terharu.

                "Adip... Dewi Rohaini pulang dulu ya. Nanti Ayahanda Dewi Rohaini tahu Dewi Rohaini ke sini kalau Dewi Rohaini lama-lama disini." Adip menganguk dan tersenyum. "Terima kasih Dewi Rohaini kerana sudi menyelamatkan nyawa Dewi Rohaiyu. Adip... Terhutang budi kepada Dewi Rohaini." Adip berkata sambil menundukkan wajahnya." Dewi Rohaini hanya tersenyum simpul. "Adip jangan rasa terhutang budi dengan Dewi Rohaini. Dewi Rohaini kembar Dewi Rohaiyu. Walaupun jasad kami berlainan namun jiwa kami tetap sama. Kalau Dewi Rohaiyu sakit, Dewi Rohaiyu turut rasa sakit. Adip... Terima kasih sebab bahagiakan Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaini tidak pasti bila lagi Dewi Rohaini boleh ke sini lagi. Adip pesan dengan Dewi Rohaiyu, Dewi Rohaini sayang sangat dengan Dewi Rohaiyu. Dewi Rohaini pergi dulu." Dewi Rohaini berjabat tangan dengan Adip. "Sebelum Dewi Rohaini terlupa.... Untuk Iman dan Intan."  Dewi Rohaini memberi sebuah kotak dibalut indah. "Terima kasih Dewi Rohaini. Hati-hati." Adip berkata. Sayap putih indah Dewi Rohaini terkeluar dan akhirnya Dewi Rohaini hilang dari pandangan mata Adip.

             Adip masuk ke dalam sambil membawa hadiah yang diberikan Dewi Rohaini. Kotak hadia tersebut dibuka. Dua kalung emas dari kerajaan kayangan. Adip rasa terharu. Sekurang-kurangnya anak yang baru lahir itu ada harta. "Ayah janji akan menggumpul harta yang banyak untuk Iman dan Intan." Adip meletak hadiah tersebut ke dalam  laci dan mengkunci laci tersebut. "Adip... Ayu haus Adip... Boleh Adip bawa air untuk Ayu..." Dewi Rohaiyu berkata dari dalam bilik. Tidak lama kemudian Adip datang membawa segelas air untuk Dewi Rohaiyu. Iman dan Intan seronok sangat beradu. Tidak banyak ragam memudahkan Dewi Rohaiyu untuk menjaga mereka.

             "Adip... Ayu... Ada dirumah???" suara Dewa Rahamad di luar. Adip bergegas untuk membuka pintu. Dewa Rahamad, Nafiki bersama bayi mereka Dewi Kemboja sudah terpacak dihadapan pintu pondok kecil Adip. " Ayu... Selamat melahirkan bayi kembar... Iman Ismail dan Intan Izaara." Adip berkata sebaik sahaja mengajak Mereka masuk. "Tahniah Adip... Adip seharusnya kita siapkan rumah kita secepat mungkin. Biar anak-anak kita lebih selesa. Nafiki dan Ayu boleh jaga anak-anak bersama." Dewa Rahamad berkata. Nafiki terus memeluk Dewi Rohaiyu dan mencium pipi Iman dan Intan. Walaupun Dewi Rohaiyu dan Dewa Rahamad sudah dibuang keluarga, mereka tetap bahagia dengan keluarga kecil mereka. Kasih sayang dari mereka sahaja sudah cukup untuk Dewi Kemboja, Iman dan Intan.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now