Bab 3

488 13 0
                                    

                        Dewi Rohaini perasan yang orang tuanya sibuk, jadi dia mengambil kesempatan untuk turun ke Bumi dia selalu bertemu dengan kawan-kawannya di kerajaan Bumi. "Kakanda hendak ke mana?" Dewa Rafiki menyoal kakaknya. Dewi Rohaini mengusap lembut pipi adiknya. "Jom ikut kakanda. Tapi jangan bagitahu Bonda dan ayahanda ya." Dewa Rafiki mengangguk laju. Dewi Rohaini memegang kuat tangan Dewa Rafiki secara perlahan-lahan mereka turun ke kerajaan bumi. "Kakanda, begitu cantik sekali kerajaan bumi, ada pokok hijau. Dari makanan kita semuanya datang dari sini?" ujar Dewa Rafiki dengan nada yang sangat teruja.

                   Wani dan Sakina sudah melambai-lambai kearah Dewi Rohaini. Wajah Aqualia terus cemberut. Dia tidak suka dengan orang kerajaan kayangan kerana mereka begitu sombong. Mereka hanya datang ke kerajaan bumi dan kerajaan air bila memerlukan sesuatu. Mereka terlalu seronok dengan kedudukan mereka di atas sehingga tidak sudi bergaul dengan rakyat kerajaan lain. Dewa Rafiki berjabat tangan dengan wani dan Sakina. Aqualia dan adik kecilnya Aqaira pula tidak menghiraukan Dewi Rohaini dan Dewa Rafiki. "Aqualia, Kenapa Aqualia tak suka dengan Dewi Rohaini?" Dewi Rohaini berkata tiba-tiba. " Aqualia tidak suka dengan kerajaan kayangan. Kerajaan kalian begitu bongkak dan sombong. Kenapa tiba-tiba hendak bergaul dengan kami." Aquali Berkata tanpa memandang Dewi Rohaini. Dewi Rohaini menundukkan wajahnya begitu juga dengan Dewa Rafiki.

               Sakina dan Wani pula serba salah melihat Dewi Rohaini dan Puteri Aqualia bertengkar. "Aqualia, Dewi Rohaini minta maaf atas kebongkakkan Ketua kerajaan Kayangan. Dewi Rohaini sama sekali bukan seperti mereka. Harap Aqualia sudi menjadi Kawan Dewi Rohaini. Dewi Rohaini menghulurkan tangannya ke arah Aqualia dengan berat hati Aqualia menyambut huluran tangan Dewi Rohaini. Sekali Aqualia memangan tangan Dewi Rohaini dia merasa sesuatu terus mereka lepas. Dewi Rohaini mempunyai kealjaiban luar biasa kerana dia boleh melihat masa depan orang tertentu. Apabila dia pegang tangan Aqualia dia, dia nampak wajah Dewa Putra kekasih Dewi Rohaiyu.

               Puteri Aqualia juga mempunyai magik luar biasa, dia boleh merasa perasaan seseorang. Dewi Rohaini ikhlas untuk berkawan dengan Aqualia.  "Dewi Rohaini maafkan saya kerana terlalu bongkak." Dewi Rohaini dan Dewa Rafiki tersenyum senang. Sakina dan Wani sudah bertepuk tangan.  Lama mereka mandi di air terjun di antara kerajaan bumi dan kerajaan air.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now