Bab 24

257 7 0
                                    

                           Muram sahaja Dayang Dalelai memandang keluar jendela. " Bonda.... Dayang Satriya rindu sama Dewi Aulia." Dayang Satriya meluah perasaan yang terbuku dihatinya. Dayang Dalelai mengelap air mata yang berlinangan di pipinya. " Dewi Aulia juga merana merindui Bonda, Dayang Satriya dan Dayang Marlia."  Dayang Satriya makin sedih mendengar apa yang Dayang Dalelai katakan. Dayang Marlia yang sedang nyenyak tidur terjaga dari tidurnya yang lena. "Bonda... Dayang Marlia mimpi...mimpi Dewi Aulia... Dewi Aulia dalam bahaya." Dayang Dalelai terkejut akan apa yang dikatakan Dayang Marlia.

                     "Maaf Dayang Dalelai, Dayang Dalelai tidak dibenarkan masuk." Salah satu pengawal istana berkata dengan tegas kepada Dayang Dalelai. Dayang Dalelai bergegas ke Istana besar sebaik sahaja mendengar ramalan dari Dayang Marlia. " Dayang Dalelai tidak layak pijak istana besar ini!" Sungguh lantang dan bongkak suara Dewa Sarno. "Dayang Dalelai hanya ingin berjumpa dengan Dewi Aulia. Tolonglah. Dewi Aulia dalam bahaya." Dayang Dalelai merayu dengan tangisan. "Pergi dari sini. Dewi Aulia bukan anakmu lagi. Pergi!!!! Dewi Aulia adalah kaum kerabat seperti Dewa Sarno. Dayang Dalelai sudah tiada kuasa lagi disini. Pergi!!!"

                 Dewi Aulia dapat dengar bunyi riuh di luar Istana. " Bonda!!!!!"
Dewi Aulia menjerit sekuat hati. Pengawal Dewa Sarno sudah menahan Dewi Aulia untuk keluar dari Istana. "Dewi Aulia... Dewi Aulia.... " sayup-sayup sahaja suara Dayang Dalelai. Dewi Aulia meraung sekuat hati. Sekali lagi Dewi Aulia dikunci dalam kamar beradunya. "Bonda.... Dewi Aulia..  Rindu bonda.... Dewi Aulia tiada siapa-siapa di sini bonda." Dewa Rafiki terkedu mendengar keluhan Dewi Aulia. "Dewi Aulia, Dewa Rafiki janji Dewa Rafiki akan membantu Dewi Aulia untuk mencari Bonda Dewi Aulia." Dewa Rafiki berkata dengan lembut berusaha memujuk Dewi Aulia.

                  Air mata yang masih bersisa di pipi gebu Dewi Aulia, Dewa Rafiki mengelap menggunakan tangannya. "Dewi Aulia... Tolonglah... Jangan begini." Dewa Rafiki cuba memujuk Dewi Aulia. Dewi Aulia sekali lagi mogok untuk tidak menyentuh apa-apa makanan. Dewi Aulia menolak tangan Dewa Rafiki dengan kasar. " Jangan paksa Dewi Aulia. Dewa Rafiki tidak tahu apa yang Dewi Aulia rasa. Kalau saja Dewa Putra dan Dewi Rohaiyu tetap bersama Dewi Aulia tidak perlu melalui semua ini. Dewa Putra tamak. Dewi Aulia benci Dewa Putra!!!!" Semua barang di Meja solek di buang ke lantai. Dewa Rafiki cuba menahan tetapi Dewi Aulia masih meronta. "Dewi Aulia tolonglah tenangkan diri Dewi Aulia. Ini bukan salah Dewi Rohaiyu dan Dewa Putra. Dewi Aulia yang salah itu Ayahanda Dewi Aulia. Lihat Dewi Aulia dipisahkan dengan bonda Dewi Aulia oleh ayahanda Dewi Aulia. Dewi Aulia, Dewa Rafiki janji Dewa Rafiki akan membantu Dewi Aulia. Tetapi Dewi Aulia juga harus ikut semua perancangan Dewa Rafiki. Dewa Rafiki juga kehilangan seorang abang dan seorang kakak. Jangan bilang Dewa Rafiki tidak tahu apa erti kehilangan. Dewa Rafiki juga rasa kehilangan seperti Dewi Aulia." kelu lidah Dewi Aulia untuk menjawap Dewa Rafiki.

              "Maafkan Dewi Aulia..." Dewa Rafiki memeluk Dewi Aulia dengan erat. Dewi Aulia kaget dengan tindakan Dewa Rafiki dan Dewi Aulia membalas pelukan Dewa Rafiki. Ada perasaan yang aneh yang menjalar hati Dewi Aulia dan juga Dewa Rafiki. "Dewi Aulia... Dewa Rafiki janji... Walau apapun terjadi, Dewa Rafiki tetap akan melindungi Dewi Aulia. Dewa Rafiki hendak menyingkirkan Dewi Mawar demi Dewi Aulia, Bonda Dewi Aulia, Dewa Putra, Dewi Rohaiyu, Dewa Rahamad dan adik-adik Dewi Aulia. " Apa Dewi Aulia harus buat?" Dewa Rafiki tersenyum melihat mata bundar Dewi Aulia yang begitu bersinar. "Yakinkan Dewa Sarno Dewi Aulia layak menjadi seorang permaisuri Kerajaan kayangan dan Dewa Rafiki akan meyakinkan Dewa Sarno yang Dewa Rafiki layak menjadi seorang raja." Dewi Aulia menganguk setuju.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now