Dewi Mawar terjaga dari tidur yang lena. Dewi Mawar sudah memaklumkan bahawa dia tidak akan ke majlis Dewa Putra dan Puteri Aqualia. Seluruh istana sunyi ketika ini.Dewi Mawar berjalan menuju ke cermin. "Cermin sakti... Dewi Mawar menyeru... Dewi Mawar hendak lihat kerajaan air.." cermin tersebut tetap berdiam. "Cermin sakti... Dewi Mawar mahu melihat kerajaan air..." Cermin sakti tersebut tidak memjawab. Dengan perasaan yang membara Dewi Mawar keluat dari kamar tidur dan menuju ke pondok Dok Uk Kun.
Dok Uk Kun sujud menyembah sebaik sahaja Dewi Mawar masuk. " Cermin Sakti tidak memjawab Dewi Mawar lagi." Dengan perasaan geram Dewi Mawar melepaskan kemarahannya. Dok Uk kun menyentuh tangan Dewi Mawar. Lama. "Permaisuri Dewi Mawar. Kuasa Dewi Mawar tidah sekuat dahulu. Buanglah segala dendam dan kebencian maka kuasamu akan kembali." Dewi Mawar cepat - cepat menarik tangannya dari pegangan Dok Uk Kun. "Permaisuri Dewi Mawar.... Maafkan Raja Dewa Sarno.... Terimalah Permaisuri Dewi Dalelai." Dewi Mawar berlalu meninggalkan Dok Uk Kun.
************************************
Dewi Dalelai, Dewi Aulia, Dewi Satriya dan Dewi Marlia memeluk Dewa Putra dan Puteri Aqualia. Begitu juga dengan Dewa Sarno. Hari ini mereka akan pulang ke kerajaan kayangan. "Anak bonda harus membawa Puteri Aqualia ke kerajaan kayangan... " Dewa Putra menganguk dan Puteri Aqualia tersenyum manis. "Bonda... Selesai segala urusan disini. Aqualia dan Dewa Putra akan pergi melawat bonda... .ayahanda di kerajaan kayangan." Selesai berpelukan sekali lagi. Raja Barahman dan Permaisuri Suriati menghantar Dewa Sarno, Dewi Dalelai, Dewi Aulia, Dewi Satriya dan Dewi Marlia ke air terjun gunung agungan. Sebaik sahaja sampai di kerajaan bumi ekor mereka sudah bertukar menjadi sepasang kaki dan sayap mereka munjul semula. Raja Barahman dan Permaisuri Suriati melambai ke arah mereka sebaik sahaja mereka mula terbang kembali ke alam kayangan.
Dewi Mawar yang sedang khusyuk menganyam rambutnya terkejut mendengar bunyi trumpet. Dewa Sarno, Dewa Rafiki dan Dewi Aulia pasti sudah kembali. Dewi Mawar memandang ke luar istana. Alangkah terkejutnya Dewi Mawar melihat Dewi Dalelai bersama Dewi Marlia dan Dewi Satriya. Sebaik sahaja menyambut mereka dimuka pintu, Dewi Mawarnmenjadi kaku. Dewa Sarno menarik Dewi Mawar ke dalam pelukannya. "Dewa Sarno rindu sekali dengan Dewi Mawar." Dewi Mawar masih diam tidak menjawap apa-apa. " Dewi Mawar... " Dewi Dalelai berkata sambil menarik Dewi Mawar ke dalam pelukkan. Dewi Dalelai kasihankan Dewi Mawar. Dewi Dalelai memang rasa iri hati tetapi Dewi Dalelai tahu Dewi Mawar tidak bersalah. Dewi Mawar membalas pelukan Dewi Dalelai dan menangis. "Bonda... Ayahanda... Dewi Marlia sama Dewi Satriya ke kamar beradu dulu ya." Dewi Marlia berkata sambil menarik Dewi Satriya untuk mengikutinya. Deea Rafiki dan Dewi Aulia sudah kembali ke kamar mereka.
Dewi Dalelai menyusun barangannya dalam kamar baharu. Pintu lamar Dewi Dalelai dibuka. Dewi Aulia terus masuk dan memeluk bondanya. "Bonda... Dewi Aulia rindu dengan bonda... Bonda bahagia pindah ke alam kayangan kembali?" Dewi Dalelai menganguk kepalanya. "Bonda bahagia... Kerana dapat bersama Dewi Aulia...." Dewi Dalelai mengusap perut Dewi Aulia. "Tidak lama lagi bonda akan menjadi seorang nenda. " Dewi Aulia tersenyum manis. "Dewa Rafiki layan Dewi Aulia dengan baik?" Dewi Dalelai bertanya lagi. Dewi Aulia mengangguk dan melebarkan senyumanya. "Bonda... Masa bonda, Dewa Putra, Dewi Marlia dan Dewi Satriya meninggalkan alam kayangan Dewi Aulia terlalu tertekan. Dewi Aulia terlalu sedih. Dewa Rafiki selalu menenangkan Dewi Aulia saat Dewi Aulia lemah. Sebab itu Dewi Aulia jatuh cinta dengan Dewa Rafiki." luah Dewi Aulia. "Bonda senang sekali, Dewi Aulia sudah menemui bahagia Dewi Aulia. Bonda harap perkahwinan Dewi Aulia dan Dewa Rafiki akan bertahan selamanya. " Dewi Aulia menganguk perlahan. Dewi Aulia pasti bondanya masih kecewa dengan ayahandanya. " Bonda... Dewi Aulia rasa... Dewi Mawar tengah sedih. Kadang kala, Dewi Aulia benci Dewi Mawar. " belum sempat Dewi Aulia menghabiskan ayatnya Dewi Dalelai terus memotong. "Dewi Aulia... Memang susah untuk kita menerima Dewi Mawar sebagai permaisuri muda, kemungkinan besar suatu hari nanti keturunan Dewi Mawar dan Ayahanda juga akan memerintah kerajaan kayangan. Dewi Aulia... Kita harus berbaik dengan Dewi Mawar... Kerana Dewi Mawar juga mangsa keadaan. Biarpun bonda sakit melihatnya bersama ayahanda. Bonda tahu Dewi Mawar sekali juga menderita kerana semua ini. Jadi sebab itu Dewi Mawar lebih suka memberontak kerana Dewi Mawar rasa tergugat dan tersepit." Dewi Aulia terdiam sejenak memikirkan apa yang dikatakan Dewi Dalelai. "Bonda... Terima kasih bonda.... Mengajar Dewi Aulia sesuatu hari ini... Dewi Aulia pulang ke kamar dulu ya. Dewi Aulia mahu rehat." Dewi Dalelai tersenyum dan mengucup dahi Dewi Aulia. "Terima kasih juga Dewi Aulia... Kerana prihatin sama bonda." Dewi Aulia terus pulang ke kamar beradunya selepas itu.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasyDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...