Bab 20

284 7 0
                                    

                     "Aqualia juga tidur disini malam ini?" ceria sahaja suara Puteri Amanda. Putera Arnold dan Puteri Amelia sibuk bermain di dalam rumah. Puteri Aqualia hanya memberikan senyuman kelat. Nenek Puteri Aqualia iaitu Mila terus memeluk Puteri Aqualia dengan begitu erat. "Cucu nenek sudah lama tidak ke sini. Aqualia terlalu sibuk di kerajaan air?" Puteri Aqualia hanya menganguk lemah. " Puteri Aqualia kenapa? Aqualia ada masalah?" wajah Puteri Aqualia terlalu sedih. "Nek... Aqualia tidur dulu ya..." Mila memeluk dan mencium pipi Aqualia. "Baiklah Aqualia. Tidur dulu. Nanti kita makan sama-sama. Nenek masak sedap-sedap hari ini." Aqualia hanya menganguk. Senang dengan neneknya yang selalu memanjainya.

            Di tilam empuk, Puteri Aqualia seronok beradu. Sani iaitu Datuk Puteri Aqualia membelai rambut Puteri Aqualia. " Cucu atuk sudah besar... Lama sangat cucu atuk tidak kemari. Atuk rindu sangat dengan Aqualia." Puteri Aqualia masih boleh dengar apa yang Sani katakan . Ada rasa bersalah menjengah perasaan halus Puteri Aqualia. Dulu Puteri Aqualia berasa iri hati sejak Amelia dan Amanda selalu ke sini, perhatian terhadap Puteri Aqualia berkurang sejak mereka selalu ke rumah Sani dan Mila. Aqualia membuka matanya. " Atuk..... Maafkan Aqualia... " suara Puteri Aqualia serak-serak basah. Sani terus menarik Puteri Aqualia ke dalam pelukan erat.

                 " Aqualia... Datuk dan Nenek sentiasa sayang Aqualia." Meja makan terus senyap apabila Sani bersuara. Amelia, Amanda dan Arnold begitu seronok menjamu selera masakan nenek mereka. Aqualia memandang Datuk dan Neneknya. Sungguh Aqualia rasa bersalah. Lama juga Puteri Aqualia merajuk, apabila Amanda dan Amelia selalu ke sini, Aqualia akan mengelak. Aqualia terasa apa yang berlaku beberapa tahun lalu.

                "Suriayati... Comelnya Amanda dan Amelia." Sani berkata sambil mencium pipi bayi duyung yang dalam dukungannya. Amanda terus mengekek ketawa. Mila pula yang sibuk mendukung Amelia hanya lalu sahaja dihadapan Aqualia tanpa menghiraukannya. Sedih Puteri Aqualia ketika itu. "Atuk.... Aqualia... Mau main dengan Atuk..." Wajah polos Aqualia dipandang Sani. " Nantilah Atuk main dengan Aqualia. Atuk nak main dengan cucu baru Atuk ni...." Aqualia menundukkan wajahnya. "Nenek... Boleh anyam rambut Aqualia???" Aqualia cuba mengambil perhatian neneknya pula. " Aqualia kan sudah besar... Aqualia harus belajar anyam rambut Aqualia sendiri...." Aqualia sungguh terasa. Sakit hati juga Aqualia melihat rambut Amelia sudah dianyam cantik. Sejak itu, jarang sekali Aqualia datang melawat datuk dan neneknya.

             "Aqualia... Kenapa termenung... Ayuh makan...." Arnold mengejutkan Aqualia dari lamunannya. "Maaf...." Itu sahaja Puteri Aqualia katakan. Aqualia mengunyah nasi dengan perlahan. Sudah lama Puteri Aqualia tidak makan nasi, Ayam goreng dan sayur-sayuran. "Atuk... Nenek...aqualia minta maaf sebab jarang ke sini." Mila dan Sani tersenyum senang. "Aqualia... Tidak salah... Aqualia cucu kesayangan nenek dan datuk. Nenek dan Datuk akan sentiasa sayang Aqualia." Puteri Aqualia tersenyum senang.

           Selesai makan, Mila menganyam rambut perang yang panjang miliknya Aqualia. "Sudah lama nenek sepatutnya menganyam rambut Aqualia." Aqualia memeluk Mila dengan erat. " Nek... Aqualia sudah jatuh cinta nenek..." malu-malu Puteri Aqualia memberitahu Mila.  " Ibu Aqualia sudah cerita semuanya. Aqualia... Dewi Rohaiyu sudah kahwin dengan Pak Cik Adip kamu. Mereka tinggal dihujung kampung sana." Aqualia terdiam mendengar apa yang dikatakan neneknya.

             "Nenek.... Aqualia mahu ketemu Dewi Rohaiyu esok. Aqualia mahu minta maaf." Aqualia menundukkan wajahnya. "Aqualia.... Tidak salah... Ini dinamakan takdir.... Cuma Dewa Sarno sahaja tidak mahu menerima hakikat ini. Aqualia... Berilah Dewa Putra peluang dan jangan menyiksa diri Aqualia lagi." Sani mencelah perbualan Aqualia dan Mila. "Betul kata Atuk kamu Aqualia... Tanah atuk luas... Aqualia dan Dewa Putra boleh berbincang... Dewa Putra dan Aqualia bisa sahaja buat rumah dan tinggal di kerajaan bumi." Tambah Mila pula. Puteri Aqualia hanya mendiamkan diri. "Aqualia fikir dulu Nek... Atuk...." itu sahaja jawapan Puteri Aqualia.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now