Bab 23

243 9 0
                                    

                     Dewa Sarno memandang wajah jelita dihadapannya Dewi Mawar. Dewi Mawar menghadiahkan senyuman manis kepada Dewa Sarno. Sebenarnya Dewi Mawar mengharapkan perkahwinannya dengan Dewa Putra namun Dewa Sarno melamarnya. Dewi Mawar tidak kisah kerana Dewa Sarno tetap tampan. "Terima kasih kerana sudi menjadikan Dewi Mawar Permaisuri Dewa Sarno." Dewa Sarno terpukau dengan kecantikan Dewi Mawar terus mencium bibir Dewi Mawar. Dewi Mawar terus merebahkan diri di atas katil besar miliknya raja kerajaan kayangan. Dewa Sarno dan Dewi Mawar terus bermadu asmara di kamar tidur Dewa Sarno. Dewa Sarno terus lupa tentang Dewi Dalelai atau sekarang sudah dikenali sebagai Dayang Dalelai. " Mungkin Dewi Mawar mengharapkan Dewa Putra..." Dewi Mawar terus membelai rambut Dewa Sarno dan mencium bibir Dewa Sarno. " Dewi Mawar pasrah dengan siapa sahaja jodoh Dewi Mawar. Lagipun  Dewa Sarno masih tampan tidak ada bandingnya dengan Dewa Putra. Cuma Dewi Mawar berjanji untuk memberikan seorang Dewa yang bakal menjadi raja kepada Kerajaan kayangan suatu hari nanti." Dewa Sarno tersenyum senang dan meneruskan lagi mencium Dewi Mawar.

               Awal pagi tersebut Kuli-kuli di Istana besar menghantar sarapan ke kamar tidur Dewa Sarno. Dewa Sarno cepat-cepat membalut badan Dewi Mawar yang bogel dengan selimut. Dewi Mawar perlahan-lahan membuka mata. "Dewa Sarno...." Lemah suara Dewi Mawar. " Dewi Mawar... Tidak perlu keluar hari ini... Dewi Mawar boleh berehat... Dewa Sarno juga tidak keluar." Dewi Mawar tersenyum malu. " Dewi Mawar tidak pernah buat pekara semalam dengan sesiapa...." Dewi Mawar menundukkan wajahnya . Dewa Sarno memeluk Dewi Mawar erat. " Dewa Sarno tahu... Marilah... " Sekali lagi Dewi Mawar kalah dengan godaan Dewa Sarno.

             Dewi Aulia sudah bangun dan di dalam bilik yang sama Dewa Rafiki masih tidur di lantai. Dewi Aulia cuba membuka tingkap biliknya tetapi dikunci. Sebaik sahaja Dewi Aulia keluar dari kamar tidurnya, ada pengawal yang menjaga pintu kamarnya. "Dewi Aulia maaf... Atas arahan Dewa Sarno, Dewi Aulia tidak bisa keluar." Dewi Aulia menelan air liur pahit. Lama Dewi Aulia duduk dihujung katilnya. Kasian pula melihat Dewa Rafiki yang tidur di lantai. Dewa Rafiki juga tidak pernah minta semua ini.

                  Air mata Dewi Aulia sekali lagi jatuh. Dewa Sarno terlalu ego sehingga memecah belahkan keluarga mereka. "Bonda... Mana bonda pergi..  Dewi Aulia tidak sanggup untuk hadapi semua ini Bonda... Bonda tolonglah Dewi Aulia." Dewa Rafiki terjaga dari tidurnya mendengar tangisan Dewi Aulia sekali lagi. Dewa Rafiki memegang bahu Dewi Aulia dan cuba memujuk Dewi Aulia. Dewi Aulia menepis tangan Dewa Rafiki. Dewa Rafiki kaget dan terus duduk di hujung katil.

                   "Dewa Rafiki masih untung sebab boleh jumpa Bonda Dewa Rafiki. Dewi Aulia tidak tahu dimana bonda Dewi Aulia begitu juga dengan Dewi Satriya dan Dewi Marlia. Sanggup ayahanda halau mereka. Kenapa ayahanda tidak halau Dewi Aulia sekali." Pucat sahaja wajah Dewi Aulia. Dewa Rafiki lama memandang Dewi Aulia. Dewa Rafiki terus jatuh kasihan dengan Dewi Aulia. "Dewi Aulia... Dewa Rafiki janji untuk bantu Dewi Aulia." Dewi Aulia diam, tidak mahu menaruh harapan tinggi.

               Pengawal Istana menghantar makanan ke kamar Dewi Aulia dan Dewa Rafiki. Dewa Rafiki yang lapar terus makan apa yang dihidangkan. Dewi Aulia protes dan tidak mahu makan. " Dewi Aulia tidak mahu makan. Dewa Rafiki sahaja habiskan makanan Dewi Aulia. Mesti Bonda, Dewi Satriya dan Dewi Marlia tidak makan makanan sesedap ini sudah." Dewa Rafiki yang khusyuk makan terhenti seketika.

                 "Dewi Aulia, janganlah putus asa. Marilah makan. Dewi Aulia harus kuat. Dewa Rafiki janji untuk cari jalan keluar untuk Dewi Aulia dari sini. Tetapi Dewi Aulia harus bijak dan tidak menunjukkan tanda protest. Sekali gus kita siasat bonda, Dewi Marlia dan Dewi Satriya berada dimana." mata Dewi Aulia terus bersinar mendengar cadangan Dewa Rafiki. Dewa Rafiki baik orangnya. "Dewa Rafiki... Terima kasih kerana sudi membantu Dewi Aulia." Dewa Rafiki memandang wajah Dewi Aulia yang jelita itu sambil menghadiahkan senyuman manis.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now