Bab 28

256 10 0
                                    

Bonda,

Bonda... Dewi Aulia rindu dengan bonda... Dewi Aulia juga rindu dengan Dewa Putra, Dewi Marlia dan Dewi Satriya. Bonda... Untuk Dewi Aulia ketemu bonda payah sekali Dewi Aulia dikurung diistana ini. Bonda... Dewi Aulia sudah ada rancangan tersendiri. Bonda jangan bimbang kerana Dewa Rafiki sudah berjanji untuk menjaga Dewi Aulia walauapapun terjadi. Bonda Dewi Aulia hamil. Bonda... Dewi Aulia berharap agar Dewi Aulia berjaya untuk memperjuangkan hak Bonda. Bonda... Dewi Aulia dan Dayang Mawar tidak pernah ada hubungan yang baik. Dewi Aulia benci Dayang Mawar sebab mengambil kesempatan dengan kesusahan kita. Bonda... Dewi Aulia tahu ayahanda tidak akan kembali kepada ibu. Ayahanda sudah kemaruk dengan Dayang Mawar. Bonda... Dewi Aulia akan berusaha menjadi Permaisuri kerajaan kayangan. Dewi Aulia akan kembalikan hak Bonda diistana kerajaan kayangan. Bonda, Dewi Aulia ingin tahu dimana Dewi Aulia boleh mencari bonda. Agar satu hari nanti Dewi Aulia boleh ketemu sama bonda. Bonda jagalah diri baik-baik. Dewi Aulia sayang Bonda... Dewa Putra...Dewi Marlia dan Dewi Satriya.

Dewi Aulia Maladewa

Dayang Dalelai memeluk surat yang diterimanya sebentar tadi dengan begitu erat. Dewi Aulia seorang yang begitu tabah. Dayang Dalelai terkejut dengan berita kehamilan Dewi Aulia. Bagaimana hendak membawa Dewi Aulia ke pangkuannya Dayang Dalelai tidak pasti. Namun apa yang pasti Dewa Rafiki menjaga Dewi Aulia dengan baik.

" Bonda... " Sapa Dayang Marlia dengan wajah yang penuh kehairanan. " Ada apa Dayang Marlia..." Dayang Marlia menundukkan wajahnya. " Bonda... Itu surat dari Dewi Aulia? Bonda... Tidak perlu lah Bonda ingat Dewi Aulia lagi. Hidup Dewi Aulia senang disana. Sudah pasti Dewi Aulia sudah lupa pada kita. Dayang Marlia sakit hati bonda. Ayahanda buang kita dan cuma sayang Dewi Aulia."

" Dayang Marlia... Sampai hati Dayang Marlia katakan begitu. Dewi Aulia sayang sangat dengan kita. Dayang Marlia harus bersyukur sebab Dayang Marlia juga yang tengah hidup lebih senang dari Dewi Aulia. Dayang Marlia bacalah surat ini." Dayang Dalelai memujuk Dayang Marlia. " Bonda... Dayang Marlia tidak mahu baca surat ini. Sudahlah bonda. Kalau benar Dewi Aulia sayang kita Dewi Aulia akan mengikut kita." keras sahaja suara Dayang Marlia.

" Dayang Marlia!!! Masuk ke kamar Dayang Marlia sekarang!!! Bonda tidak suka dengan sikap Dayang Marlia. Dayang Marlia tahu sendiri yang Dewi Aulia ditahan hari itu. Dewi Aulia tersiksa sekarang. Sanggup Dayang Marlia hilang hormat kepada Dewi Aulia!!!" "Bonda memang hanya sayang Dewi Aulia dan Dewa Putra sahaja!!! " Dayang Marlia memotong. Disebabkan Dewa Putra Dewi Marlia... Dewi Satriya dan Bonda tersiksa!"

Dayang Dalelai memegang dadanya. Dayang Marlia benar-benar mencabarnya. " Sampai hati Dayang Marlia buat bonda begini. Dayang Marlia... Ayahanda Dayang Marlia yang salah.... Ayahanda..." belum sempat Dayang Dalelai menghabiskan bicaranya Dayang Dalelai terus rebah. "Bonda!!!!" Jerit Dayang Satriya. " Dayang Marlia sudah melampau tengok bonda jatuh sakit sebab Dayang Marlia." Dayang Satriya berkata sambil air mata laju sahaja jatuh ke pipi Dayang Satriya. "Bonda bangun...." Dayang Dalelai perlahan-lahan membuka matanya. " Dayang Satriya...." lemah sahaja suara Dayang Dalelai. "Bonda... Rehatlah bonda... Bonda terlalu lemah. Bonda tidak salah...." secara perlahan Dayang Dalelai melelapkan mata.

"Sekarang Dayang Marlia puas hati? Bonda lemah disebabkan kata-kata Dayang Marlia. Dayang Marlia harus tahu kalau ada sahaja sesuatu bonda boleh lakukan, sudah pasti bonda melakukannya. Tetapi bonda tersepit. Bonda tidak bisa melawan ayahanda. Bukan senang tahu bonda hendak melalui semua ini. Jadi Dayang Marlia bukan sepatutnya menjadi racun kepada bonda tetapi sebaliknya Dayang Marlia patut menjadi kekuatan kepada bonda." Dayang Marlia tertunduk melihat amatah Dayang Satriya.

"Dayang Satriya... Dayang Marlia sudah penat hidup begini. Dayang Satriya rindu kamar di alam kayangan. Dewi Marlia rindu istana besar. Kenapa bonda tidak bawa kita ke rumah Nenda di alam kayangan kenapa ke sini..." sedih sahaja suara Dayang Marlia. " Dayang Marlia... Terimalah kenyataan. Nama Dayang Marlia bukan Dewi Marlia lagi. Biarlah ayahanda buat begini suatu hari nanti Ayahanda akan menyesal. Dewi Mawar juga akan menyesal. Sebab menghancurkan keluarga kita." Dayang Satriya memeluk Dayang Marlia untuk memberi kekuatan kepada adiknya.

Mystical BeautyWhere stories live. Discover now