Puteri Aqaira memeluk Puteri Aqualia dengan erat sekali. "Aqualia... Lama sekali kita tidak berjumpa..." Puteri Aqaira sudah lama tinggal di Daerah Pafisica bersama dengan Bohogur dan Syaidah iaitu ibu bapa raja Barahman. Bohogur dan Syaidah turut datang bersama. Bohogur dan Syaidah memeluk Aqualia dengan erat sekali. Sebaik saja Bohogur dan Syaidah melepaskan pelukan "Nenek... Atuk... Kenalkan... Dewa Putra..." Puteri Aqualia berkata sambil memeluk lengan Dewa Putra. Bohogur dan Syaidah menyalam tangan Dewa Putra.
" Nenek bahagia kerana akhirnya Aqualia akan nikah lusa." Aqualia tersenyum malu-malu. Aqaira hanya memandang Dewa Putra sekilas. "Aqaira... Bagaimana?? Sudah ada calon?? " Aqualia mula mengorek Aqaira. Aqaira tersenyum hambar sambil menggeleng. "Aqaira... Anak ibu......" Permaisuri Suriyati memeluk Aqaira dengan erat. Aqaira tersenyum hambar sekali lagi. Jauh perjalanannya dari daerah pasifica hanya untuk datang ke acara nikah diraja Puteri Aqualia dan Dewa Putra. Ada masa Aqaira terkilan kerana dia berjauhan dari keluarganya yang lain. Sedangkan Sani dan Mila jarang jumpa Aqaira jaga. "Ibu... Aqaira ke kamar dulu yah..." Permaisuri Suriati hanya menganguk.
Amelia dan Amanda cepat-cepat berenang ke kamar Aqaira. "Aqaira.... rindunya..." Amelia dan Amanda berkata serentak sambil memeluk Aqaira. "Aqaira juga rindu Amelia dan Amanda..." lemah saja suara Aqaira. "Aqaira... Kenapa Aqaira tidak tinggal sini..." Amanda berkata dengan manja. Aqaira mengusap pipi Amanda. "Ayah dan ibu suruh Aqaira jaga atuk dan nenek. Lepas ni... Aqaira balik dengan Atuk dan nenek." Aqaira menundukkan wajahnya. "Amelia... Amanda... Pergilah ke pesta itu... Nanti Aqaira datang... Lagipun lusa... Majlis nikah." Aqaira berkata lagi. Amanda dan Amelia meninggalkan Aqaira sendirian.
Jelas sekali perubahan sikap Aqaira yang dikenali dahulu. " Aqaira... Aqaira... Anak ayah..." Raja Barahman memeluk Puteri Aqaira dengan erat. "Ayah apa khabar..." Puteri Aqaira berkata sebaik sahaja Raja Barahman melepaskan pelukan. " Ayah sihat sahaja Aqaira. Aqaira.... Ayah rindu sangat dengan Aqaira. Aqaira sudah tiba masanya Putera Arnold mengambil alih tugasnya Aqaira." Aqaira membatukan diri, sebenarnya malas hendak berbincang hal ini. " Nanti sajalah kita bincang ayah. Aqaira mahu tidur dahulu. Aqaira penat." Raja Barahman seakan-akan dapat menghidu yang Aqaira merajuk dengannya dan juga permaisuri Suriati. Aqaira terus menutup bilik beradunya Raja Barahman terus kembali ke pesta.
Aqaira melihat gaun berwarna merah jambu yang sama bentuk dengan ekornya. Gaun ini akan dikenakan pada hari bahagia Puteri Aqualia. Puteri Aqualia sangat untung. Sepatutnya puteri Aqualia yang tinggal di daerah Pasifica bersama nenek dan datuk mereka. Air mata mula menitis di pipi Aqaira. Aqaira terkilan sekali kerana dia hanya berjumpa dengan Raja Barahman dan Permaisuri Suriati sekali sekala. 'Aqaira rindu Ibu... Ayah... Semuanya... Tetapi kenapa Aqaira kena lalui semua ini?' bisik hati kecil Aqaira. Katil berbentuk kerang terhias indah Aqaira pandang dengan hati yang sayu. Sudah lama Aqaira rindu katil ini. Dulu, Aqualia selalu menemani Aqaira disini. Mereka selalu sahaja bermain. Walaupun Aqualia ada bilik sendiri, Aqualia selalu tidur di bilik ini bersama Aqaira. Namun sejak Aqaira berpindah ke daerah Pasifica Aqaira tidak dapat merasa moment indah itu lagi."Aqaira.... Boleh ibu tidur dengan Aqaira malam ini???" Aqaira terkejut apabila melihat permaisuri Suriati berada di pintu kamar Aqaira. Lama Aqaira memandang Permaisuri Suriyati. " Tak apalah ibu. Aqaira tidur sendiri saja. Lagipun... Aqaira sudah biasa tidur sendiri." Permaisuri Suriyati kelihatan agak hampa dengan sikap dingin Aqaira. " Aqaira... Aqaira marah ibu??" Permaisuri Suriyati mula berani bertanya. Aqaira mengetap bibir, sebenarnya malas hendak bertekak dengan ibunya. " Ibu... Aqaira penat Aqaira nak tidur. Perjalanan Aqaira jauh. Mungkin Ibu tak tahu berapa jauh sebab ibu tidak pernah menjenguk Aqaira di daerah pasifica. "Ibu kecewa Aqaira rasa terbeban sebab ibu dan ayah menghantar Aqaira untuk belajar memerintah daerah pasifica. Aqaira ingat ibu tidak rindu Aqaira lansung? Ibu tidur dulu. Selamat malam Aqaira." Permaisuri Suriyati terus berlalu meninggalkan Aqaira di kamarnya sendiri.
"Aqualia... Ini Dewa Putra ingin hadiahkan kepada Aqualia." mata Aqualia bersinar melihat rantai emas dalam tangan Dewa Putra. "Dewa Putra... Dewa Putra tidak perlu menghadiahkan Aqualia apa-apa. Aqualia bahagia kerana Dewa Putra sudah berada disisi Aqualia." Aqualia berkata sambil memeluk leher Dewa Putra. Dewa Putra mengenakan rantai tersebut dileher Aqualia. " Marilah kita tidur. Esok banyak persediaan kita perlu lakukan." Dewa Putra berkata sambil membawa Aqualia baring di sebelahnya. "Dewa Putra... Maafkan Aqualia kerana selama ini Aqualia keras hati.." Dewa Putra mengusap pipi Aqualia. "Dewa Putra sayang sangat dengan Aqualia. Dewa Putra harap tidak ada halangan untuk kita selepas ini." Aqualia memeluk Dewa Putra dengan erat, begitu juga dengan Dewa Putra dan akhirnya mereka tertidur.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasyDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...