Dewi Rohaiyu bahagia sekali saat ini kerana Dewi Rohaiyu boleh melawat ayahanda dan bondanya. Dewa Sinonghim dan Dewi Teratai juga selalu melawat Dewi Rohaiyu dan Dewa Rahamad. Dewi Rohaini juga sudah selamat berkahwin. Dewa Rafiki dan Dewi Aulia masih meneruskan perkahwinan mereka. Tanpa disangka perkahwinan tanpa rasa cinta mampu menghasilkan sebuah cinta selepas sebuah perkahwinan. Untuk Dewi Rohaiyu pula, bercinta dan pasangannya jatuh cinta dengan wanita lain, dikahwin paksa namun cinta Dewa Putra tetap ukuh kepada Aqualia. Sejak ketemu Adip, Dewi Rohaiyu kenal apa itu erti cinta dan bahagia, bukannya cinta berlandaskan nafsu dan tanggungjawab semata-mata.
"Bonda ada bawa berita gembira untuk Dewi Rohaiyu dan Dewa Rahamad." Dewi Teratai berkata sambil tersenyum gembira. " Berita gembira bonda?" soal Dewi Rohaiyu. "Dewi Aulia selamat melahirkan seorang Dewi...." Dewi Rohaiyu dan Adip tersenyum gembira begitu juga dengan Dewa Rahamad. " Bertambah lagilah cucu bonda..." tambah Dewa Rahamad. " Dewi Aulia dan Dewa Rafiki sudah memberi nama untuk Dewi mereka?" soal Dewi Rohaiyu dengam agak teruja. " Dewi Tahlia...." Dewi Rohaiyu menganghuk perlahan. " Pasti Dewi Tahlia comel sekali seperti Bonda dan ayahandanya." Nafiki berkata sebaik sahaja duduk disebelah Dewa Rahamad. Dewa Rahamad mengambil Dewi Kemboja dari Nafiki dan membelai anak kecil itu.
Dewi Teratai dan Dewa Sinonghim seronok sekali bermain dengan Dewi Kemboja, Iman Ismail dan Intan Izaara. Istana Dewa Sinonghim begitu riuh dengan keluarga besar yang tinggal di Istana tersebut. Dewa Rafiki dan Dewi Aulia mengejutkan mereka dengan kedatangan mereka. " Dewi Tahlia.... " Dewi Rohaini berkata dengan agak gembira. Dewi Aulia hanya tersenyum kelat. " Dewi Rohaini.... Dewi Mawar.... Dewi Mawar..." belum sempat Dewi Aulia menghabiskan ayatnya. Dewi Aulia sudah menangis. "Dewi Mawar gembira kerana anakanda Dewa Rafiki bukan seorang Dewa tapi sebaliknya Dewi. Dewi Mawar mahu merampas taktha kerajaan kayangan jika Dewi Mawar berjaya melahirkan seorang Dewa." Dewi Teratai dan Dewa Sinonghim terkejut dengan apa yang dikatakan Dewa Rafiki. " Dewi Aulia takut kalau Dewi Tahlia... Dalam bahaya...." Dewi Aulia berkata lagi. Dewa Sinonghim menggeleng kepala. "Tidak... Ayahanda tidak akan benarkan Dewi Mawar menyentuh cucu Ayahanda." Dewa Sinonghim berkata lagi. Dewi Aulia mengucup Dewi Tahlia. Dewi Rohaini terus meminta Dewi Tahlia untuk didukung. Dewi Aulia menyerahkan Dewi Tahlia kepada Dewi Rohaini.
Dewa Rafiki dan Dewi Aulia mengambil keputusan untuk terus menginap di Istana Dewa Sinonghim dan Dewi Teratai. Memandangkan Dewi Rohaiyu dan Dewa Rahamad ada bersama keluarga mereka masing-masing. "Puteri Aqualia apa khabar?" soal Dewi Rohaini. " Puteri Aqualia baik-baik sahaja." Dewi Aulia berkata dengan nada lembut. " Dewa Putra dan Puteri Aqualia akan kembali ke kerajaan air buat aementara waktu. Permaisuri Suriati sudah rindu dengan anak sulungnya." tambah Dewi Aulia. " Bila Dewa Putra dan Puteri Aqualia berangkat ke kerajaan air? Ayahanda ingin ketemu mereka." Dewa Sinonghim berkata lagi. " Besok." Dewi Aulia membalas ringkas. Tidak lama Dewi Aulia meminta diri untuk ke kamar beradu, sejak mengandungkan dan melahirkan Dewi Tahlia Dewi Aulia selalu sahaja penat. "Dewa Rafiki... Bawa Dewi Aulia jumpa Dok Uk Kun besok." Dewa Rafiki memandang kearah Dewi Rohaini dengan wajah yang pelik. " Dewi Rohaini risau yang Dewi Aulia sepertinya tidak sihat. Pergilah bawa Dewi Aulia berubat sebelum terlambat. "Baiklah Dewi Rohaini. Dewa Rafiki masuk kamar dulu." Dewa Rafiki berkata. Dewi Rohaini menyerahkan Dewi Tahlia dan Deea Rafiki membawa Dewi Tahlia bersama ke kamar beradu.
YOU ARE READING
Mystical Beauty
FantasyDiantara seorang Puteri Kayangan dan Seekor Puteri Duyung siapakah pilihan Dewa Putra bakal pemerintah alam kayangan. Bagaimana cinta boleh berubah dalam sekelip mata. Bila kuasa dan taktha melebihi segalanya segala rasa kasih akan hilang sekelip ma...