Derita sekali lagi

534 30 51
                                    

Adelia P.O.V

" Tu lah kau. Tak elak kan dah purple mata tu " aku berjalan sambil membawa mangkuk berisi air dengan tuala kecil sekali.

" Elak?! Kau rasa aku ada masa untuk elak?! Dan dia pulak satu apa hal buka pintu terus tumbuk orang? Ada ke pernah orang buat macam tu?! " Naqib melawan.

" Ha! Melawan melawan nanti sebelah mata pulak aku bagi kang baru tau " aku kata sambil duduk disebelahnya memerah tuala.

Abang Adli yang duduk diam dengan muka acah acah tak bersalah hanya melihat kami berdua bengang

Aku mengangkat tuala hendak menolong Naqib dan bila tuala tu terkena kulit mata dia Naqib dah berdiri menjerit jerit.

Dan dengan itu selama 15 minit aku jerit jerit memarahi Naqib yang dha nak nangis dah.

" Kau pondan bagitahu awal awal. Tak payah lah aku meragu ragukan kelelakian kau " aku berdiri hendak menuju ke dapur.

" Heh. Lelaki ni lah nanti buat hati kau melt tau! "

Aku berhenti memalingkan badan ku dan menaikkan kening. " Kau nak aku tumbuk lagi? Eh kau ni menguji kesabaran aku eh malam ni. Ya Allah aku bersyukur sangat Abang Adli tumbuk kau! "

Aku memberikannya pandangan tajam manakala dia hanya tersengih sengih dengan lasung pipit yang manis tu! Urgh geramnnya aku!

Dengan hentakkan kaki aku berjalan kedapur.

Adli P.O.V

Selepas Adelia berjalan kedapur dengan marah Naqib terus berpaling kearah ku dengan muka yang tegang.

" Kau apahal tumbuk aku? "

" Kau apahal sama Adelia? "

" Suka hati aku lah "

" Well then suka hati aku tumbuk kau "

" Cis, Kau nak apa kat Adelia! "

" Aku yang patut tanya soalan tu. Lepas buat Adelia menderita dan kawan kawan dia kau berani tunjuk muka kau? "

" At least aku tak patah kan hati perempuan yang aku sayang lepas tu tinggalkan dia untuk perempuan yang aku fikir aku sayang! "

Aku cuba untuk memikirkan apa maksudnya dan baru lah aku faham..

Syafiqah..

" Kenapa kau buat dia macam tu? Kau tau tak, dia sanggup khianati kawan kawan dia yang dah berkawan dengan dia sejak Darjah 1 demi kau! Tak sakit ke tu untuk kawan kawan dia? "

Aku hanya berdiam diri. Mata ku tidak berani melihat mata Naqib yang merenung ku dengan tajam.

" Dia ada kata kat aku yang dia sayang kau. Saat kau lupa ingatan dan tak menyedarkan diri, dia yang jaga kau. Bukan Adelia. Dia yang teman kau. Bukan Adelia. Apa yang kau tak nampak lagi kat dia? Tak cukup ke dia jaga kau macam orang gila tidur di hospital. "

Aku merenung kelantai memikirkan kata-kata Naqib.

" Adli. Aku bukan nak hasut kau ke apa tapi Syafiqah is the one for you. Aku bukannya tau jodoh kau siapa. Tapi aku pasti ianya bukan Adelia "

Di saat kata akhir Naqib aku menaikkan kepala dengan pantas. Entah kenapa kata kata Naqib membuatkan ku terkedu. Aku dapat rasakan apa yang dia kata tu betul tapi aku belum pasti apa yang aku rasa ni betul atau tidak..

" Abang! Abang nak makan apa apa ke? " jeritan Adelia terdengar dari dapur. Biasanya suara tu yang selalu membuatkan ku tersenyum. Itulah panggilan yang aku impikan keluar sari bibir Adelia.

" Dia panggil kau abang pulak! Ah sakit nyee " Naqib pura pura sakit dan baring diatas sofa sambil memegang dadanya.

Aku tersenyum sedikit dan kembali berfikir.. Syafiqah..

Argh. Aku perlukan masa..

" Dah takdanya kau perlukan masa. Memang dah ada jawapan kau yang tangguh tangguhkan " Naqib kata

Tanpa membalas soalan Adelia aku berlari keluar rumah..

Naqib P.O.V

" Adelia!! Apa sal kau lambat ni! " aku menjerit tetapi tidak terdengar suara Adelia pun.

Selepas memberikan Adli sesi kounseling slash kelas penyedar hati slash Mr. Right dia pecut keluar rumah. Laa kejar cinta hati lah tu. Ni masa aku ambil hati cinta hati aku pulak..

Asyik asyik aku bercakap seorang diri aku mula sedar Adelia tidak menjawab dan bunyi bunyi aneh mula terdengar.

" Adelia? " aku bersuara

Suara terdengar tetapi tidak jelas. Aku berdiri berjalan dengan mata yang tak berapa besar. Dah lah seper semakin sepet lah mata aku.

Aku hanya melihat dengan sebelah mata berjalan perlahan lahan menuju kedapur.

Bila aku tiba di dapur aku terus berlari kearah Adelia yang terlentang dilantai dengan darah mengalir dari tumut kakinya.

Tidak dapat diabaikan surat kecil diatas perut Adelia.

Kenapa dia pilih kau?

Tertulis dengan tulisan yang sangat sangat aku kenali.

Third point of view P.O.V

Nubhan bergerak lambat sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan dengan minuman berwarna kekuning kuningan tidak lepas dari tangan.

" Baaabee " Seorang perempuan berbaju ketat tidak memampan bahu dan hanya mencapai paras atas lutut.

Nubhan hanya menoleh kearahnya dengan kening dinaikkan badan tidak berhenti daripada menari.

Tangan perempuan tadi meraba raba bahagian atas tubuh Nubhan menggoda untuk membawanya kesuatu tempat.

" Awak tak bosan ke? " tanya gadis yang tak sedar akan maksiat yang hendak dibuatnya.

Nubhan menoleh kearahnya dengan senyum sinis. Nampaknya dia pun berfikir benda yang sama. Nubhan merendahkan diri membisik sesuatu kearah telinga si gadis dan serta merta gadis itu membawanya kesuatu tempat yang hanya akan ada mereka berdua.

Wahai anak muda sesungguhnya setan sedang melihat kamu berdua sambil memakan popcorn.

Perkara ini tidak berlaku sekali dua tetapi setiap hari. Adelia tidak mengetahui tentang perkara ini. Cincin janji dijari manis tidak pernah ditanggalkan.

Tangisan perit tidak pernah tidak tertitis. Senyuman tidak lagi ada diwajah Adelia. Kawan kawannya cuba sedaya upaya untuk memujuknya supaya memberitahu mereka apa yang berlaku. Hanya Naqib yang mengetahui perkara sebenar.

Berbalik kepada dulu bila Nubhan muncul di dalam hidup Adelia. Naqin adalah orang yang menjaga Adelia sepenuh hati dengan hati yang ikhlas dan berbunga. Tetapi dia juga merasa sakit melihat orang yang dia sayang disakiti dan dia sedar yang dia tidak dapat berbuat apa apa. Haidar pulak semakin marah dengan keadaan yang Naqib buat.

Naqib sentiasa ada di sisi Adelia, walaupun perkara yang berlaku tahun lepas adalah disebabkan olehnya tetapi Adelia ada seorang yang pemaaf dan redha akan perkara yang berlaku.

Malam yang hujan ialah malam yang Adelia akan curahkan segala perasaanya dengan mengeluarkan air mata dan sedakan tangisan.

Naqib hanya mampu melihatnya dan memberikannya nasihat. Soalan yang sering kali bermain main di mindanya adalah Adakah ia layak menggantikan Nubhan di mata Adelia?

NubhanWhere stories live. Discover now