"Kita honeymoon di mana?" tanya Adelia ketika menaiki kapal terbang milik mereka.
"ikut je sayang." balas Nubhan.
"lama ke?"
"Entah"
Kening Adelia hampir sahaja bertemu mendengar jawapan suaminya. Kapal terbang yang mereka naiki hanya ada mereka berdua sebagai penumpang.
Adelia duduk ditempat yang dia inginkan selepas meletakkan beg tangannya dan ingin melelapkan mata.
Dia teringat tadi pagi dimana Nubhan membawanya ke kubur untuk menziarahi arwah ayah dan Naqib.
"Sayang bangun, kita solat subuh jom" Nubhan menggoyangkan bahu Adelia dengan perlahan.
Adelia menguap dan perlahan lahan duduk, "pukul berapa ni?" Tanya Adelia
"Pukul 5. Awak pergi wudhu saya nak susun tikar untuk kita sembahyang berjemaah"
Adelia hanya mengangguk dan berjalan ke tandas untuk mengambil wudhu.
Selesai mereka sembahyang Adelia hendak melompat ke katil semula menyambung tidurnya sebab penat lelahnya selepas majlis masih terasa.
"Eh- pergi siap lah sayang.." kata Nubhan yang sudah siap dengan ju ah hitam dan bersongkok.
"Nak kemana?" Sekali lagi Adelia menguap.
"Ziarah kubur ayah dan Naqib.. tak jadi?"
Mata Adelia yang tutup tadi membeliak buka dan dia terus mengambil jubah hitamnya juga dan selendang hitam..
"Okay sayang dah siap"
"Wei cepatnya.." terkejut Nubhan, sebab dia tahu perempuan kalau bersiap memang lambat.
"Of course.. Abang pun kena handsome handsome tau! Abang first time- eh second time jumpa bapa mertua"
"Abang dah handsome macam mana nak buat handsome lagi?"
Adelia berjalan kearah suaminya dan berhenti tepat dihadapannya. Kedua tangannya naik ke songkoknya untuk mengelokkan lagi penampilannya. Kemudian Adelia mengusap bahunya Nubhan yang tidak ada habuk pun tapi diusap juga.
Nubhan melihat kebawah kearah isterinya dengan penuh kasih sayang. Macam berada dalam kayangan, dibelai dan disayang
"Okay dah handsome Jom! Ke kubur!" Suara Adelia teruja dan terus keluar pintu tanpa menunggu Nubhan.
Nubhan hanya menggelengkan kepalanya dan mengikut Adelia.
Selamat sampai di perkarangan kubur dan sampai di tempat yang mereka inginkan mereka terus membaca Surah Yasin.
"Assalamualaikum ayah.. Lia bawa suami Lia. Heheheh jangan bagitahu dia tapi dia handsome kan ayah? Lia selalu doakan keamanan ayah disana, ibu baik baik je. Dia sekarang tinggal di Temburong dengan nenek, Aqil pula sekolah masih. Dia pun semakin besar semakin handsome" kata Adelia dalam hati
"Sayang kenapa tutup mata tu?"
Nubhan melihat isterinya dengan aneh yang tengah senyum senyum sambil menutup mata.
"Tengah mengumpat lah ni dengan ayah tentang awak.."
Tidak lama selepas tu Nubhan menoleh kearah Naqib..
Dia merendahkan badannya dan menuang air khas ke tanah.
Dia juga menutup matanya kemudian berbicara dalam hati
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "