75th

283 19 26
                                    


Semua mata menumpukan perhatian dan ada juga yang memberikan pandangan yang tajam kearah jejaka ini.

"Haidar. Kau masuk tak bagi salam, kau expect us to believe you macam tu je?" Maria membuka mulut..

"Tsk tsk look who's talking.. The girl that i think a few months back then forced me to kill these people" Haidar membalas.

Maria menundukkan kepalanya, Izzat menahan amarah. Bukan kearah Maria tetapi Haidar. Dengan kepala yang tertunduk "Was. Past tense. Aku dah berubah" kedua tapak tangannya digenggam menahan geram.

Haidar perlahan lahan berjalan kearah Maria dan menundukkan separuh badannya sehingga bibirnya setaraf dengan telinga Maria. Dengan nada berbisik dia berkata..

"Aku dah berubah huh? Well i can say that too"

Krrrt~ "oi Khalid mana kau! Perempuan tua tu dah tunggu kau tak!"

-------------------------------
Manakala di hujung simpang sana dengan suasana yang gelap seorang perempuan tua masuk kearah bilik orang orang upahannya "Mana diorang!? Kenapa lambat sangat bawa yang lain?!"

Orang orang upahannya tergopoh gopoh berdiri dan mencapai walkie talkie memanggil manggil nama kawan mereka yang ditugaskan.

"Sa-saya dah panggil kata dia on the way"

"Tak jauhkan rumah anak aku tu! Apa yang buat lambat!"

"Di-dia kata ada yang terbangun semasa masukkan badan dalam van"

Perempuan tua itu meneliti orang upahan yang menjelaskan tadi.

Perempuan ni tau ke aku tipu. Ish khalid ni pun satu apahal lambat sangat! Dia nak aku mati kena tembak dengan perempuan ni ke!

"Huh. Kalau diorang dah sampai kumpulkan dengan yang ada ikat kat kerusi. Dalam 10 minit tak ada korang semua mati!" Pesannya sebelum menutup pintu dengan kuat.

Yang lain tadinya menahan nafas menghelakan nafas. Dah rasa macam tadi tu nafas terakhir dah.

----------------------

"Okay kita ikut apa yang kita plan tadi. Polis is on their way. Harap harap inilah kali terakhir kita-"

Kata kata Izzat terhenti kerana perkataan yang akan dikatakan adalah benar tetapi setiap seorang menafikan. Kemudian dia menyambung

"Harap harap lah ni kali terakhir kita menderita.."

Thariq P.O.V

Aku, Haidar dan Izzat memandu kereta yang dibawa untuk membawa badan badan ini. Manakala yang lain ada yang pura pura pengsan dan ada yang menunggu polis datang.

Tiba dirumah hujung simpang tu kami memakai cap berwarna hitam dan menundukkan wajah. Setibanya selesai parkir dalam 10 orang lelaki keluar.

Aku menuruni kereta dan terus membuka pintu belakang kereta. Ketika aku hendak mengangkat sesuatu ada tangan yang menepuk bahu aku.. "Oi Khalid apa hal lama sangat!"

Aku melirik kearah Izzat yang turut sama kaku. Air liur ditelan, aku berdaham "banyak lah yang nak diangkat berat tau badan diorang!" Aku mengubah nada suaraku.

NubhanWhere stories live. Discover now