" Maria! Kalau kau sayang dengan Izzat ni takkan jadi kau tau tak?! Apa sal kau tak pernah hargai dia dalam hidup kau eh?! Kau sedar tak yang dua tiga hari ni kau asyik tergedik gedik je nakkan Nubhan?! Kau tak sedar Izzat dah nangis meraung sayang kan kau?! Dan kau? Tak peduli pun! Sekarang dia dah jadi arwah baru kau nak menyesal!? " Jerit Naqib dengan penuh marahnya.
Maria hanya memandang lantai dengan wajah bengang tetapi apa yang semua sedar dia tak titiskan setitis air mata pun.
" Naqib dah lah. Ni bukan masanya. " Adelia kata dengan lembut. Dada Naqib masih berombak dengan hembusan nafas kasarnya dan amarah. Tangan diangkat meraup wajah dan rambut yang sudah kusut dengan kasar.
" I-izzat dah tinggalkan kita.. " Bisik Maria untuk entah keberapa kali. " Dia dah tinggalkan aku... "
" Ye lah! Kau lah punya pasal S!al ! "
" Naqib! " Marah Adelia kerana perkataan kasarnya.
" Adelia, sebab perempuan ni kawan aku sejak Form 1 mati. Sebab perempuan ni kawan yang selalu ada sebelah aku sedih! Sebab perempuan ni kawan yang selalu buat aku happy sakit! Awak takkan tahu apa rasa nya kehilangan seseorang yang kau sayang " tertitis air mata Naqib sambil melihat mata Adelia.
Mahu saja dia meletakkan kepalanya dibahu wanita kesayangannya, Adelia tetapi belum halal. Sama juga dengan Adelia mahu saja dia menenangkan hati sahabat karibnya tetapi mereka hanya kawan.
Maria berdiri kemudian berjalan keluar tidak lupa mengheret Nubhan sekali keluar.
" Bodoh! Masih lagi dia nakkan Nubhan! " Tak habis habis Naqib menyumpahnya.
Adelia membesarkan matanya memberi amaran atas bahasa kasarnya tetapi tidak diperdulikannya. Adelia melihat tubuh Nubhan yang diheret lengan oleh Maria dengan sayu.
Aku tak kejar dia pun. Hati aku dah puas sakit ke hingga aku tak dapat rasa kan rasa sakit tu.
" Maria! You buat apa keluar dari bilik tu! Boyfriend you dah tak ada takkan tu pun you nak abaikan!? " Tegur Nubhan dengan sedikit kasar.
Dia sedar yang sekarang bukan masanya untuk mengejar wanita ini. Boyfriend dia dah tak ada, dapat lah dia ambil gadis yang dia inginkan. Tapi terdetik seorang lagi perempuan di hatinya yang membuatkan dia ragu ragu.
" I dah single sekarang. I nak kahwin dengan you. " tanpa fikir dua kali Maria bercakap.
" What?! Awak gila ke?! Kita muda masih! I want to have fun! "
" I tak kesah. Mama you dah call i nak masuk meminang dan mama i dah terima pinangan you tu. Nubhan i sedar lah dari dulu you nakkan i sekarang awak dah ada peluang nak lepaskan pulak? "
" I-i know tapi sekarang bukan masa yang sesuai. Yes i admit i like you tapi- "
" Tapi apa lagi? Jom mama dah tunggu kat rumah. " Maria menarik lengan Nubhan keluar perkarangan hospital meninggalkan teman lelakinya yang baru sahaja meninggal dunia.
Nubhan sedar yang Maria sekarang tidak berfikir dengan waras tetapi dia hanya berdiam diri sahaja. Ni yang dia nakkan sejak pertama kali dia melihat gadis ini tetapi kenapa sekarang rasa tak sedap hati?
Pada hari itu juga majlis tahlil untuk Izzat diadakan dirumahnya sendiri. Apabila keluarganya mengetahui tentang perkara ini mereka berasa amat sedih, terutama sekali ibunya. Izzat merupakan anak bongsu dan mereka sangat tidak menyangka dia dahulu yang pergi.
Nubhan dan Maria tidak datang majlis tersebut, membuatkan Naqib mengeluarkan perkataan perkataan yang kasar lagi. Khadijah sedang menenangkan Hadi yang masih lagi tidak dapat menerima hakikat. Sama lah juga dengan Naqib, Nuzul dan percaya atau tidak Haidar, Arif dan Nabil turut bersedih dan sakit juga.
" Dah lah korang. Kalau Izzat ada dia takkan nak korang sedih macam ni " Pujuk Aliah.
" Dia dah tak ada sekarang mana lah dia tahu " balas Nuzul tanpa perasaan.
Sudah puas mungkin mereka menangis sehingga air mata tidak tertitis lagi. Yang perempuan hanya mengeluarkan keluhan sedih. Sudah puas mereka memujuk tetapi tidak ada hasil. 6 pinggan yang berisi makanan diambilkan untuk dia orang pun tidak disentuh.
" Kenapa dia pergi dulu? " Naqib tanya. Adelia memandang kearahnya dengan mata yang sayu. " Allah sayang dia, kita kena lah terima hakikat okay? "
" Kalau aku pergi Lia, kau takkan pernah lupa aku kan? "
" Astaghfirullah. Eh apa pulang cakap macam tu! Dah lepas ni makan okay? " Adelia berdiri dan hendak melangkah pergi tetapi lengannya dipegang Naqib.
" Aku suka kau Lia. "
Adelia memandang kearahnya terduduk semula. " Errr.. i like you too?? " jawabnya Adelia.
" Tak i mean. Bukan sebagai kawan. Aku sayang kau. Sejak dulu lagi. Sejak aku culik kau... "
Mulut Adelia menjadi bulat. " Aku minta maaf sebab tak dapat balas perasaan kau tapi- "
" Lupakan Nubhan, be with me. "
Senang je budak ni cakap. " Naqib kau tak faham. A-aku tak dapat janjikan yang aku akan suka kau. "
" Then just give me a chance. "
Adelia terdiam untuk seketika. Pandangan dijatuhkan kelantai. Hatinya masih lagi mencintai Nubhan tetapi Nubhan dah berubah dan mungkin takkan kembali ke hatinya. Dia menaikkan pandangan melihat Naqib yang sudah melihatnya dengan serius.
" You always have a chance. "
Adelia considerate Naqib? Habis aku? Macam mana?! Ish! Omelan dalam hati membuatkan dia marah.
" Woi! Haidar jom balik. Kau skodeng siapa tu? " Tanya Arif.
Ah potong lah dia ni! " ye lah ye lah. Kejap. " Haidar berjalan kearah Arif tetapi terhenti bila nampak Thariq berseorangan bersandar kedinding.
Idea jahat mula mengusik. Dia mula bertukar arah, berjalan kearah Thariq. " Kau kawan Adelia kan? "
Thariq melihat Haidar dari atas hingga kebawah dengan wajah yang menunjukkan dia dah tidak suka dengan lelaki ni. Eleh ingat aku tak tahu ke dia ni siapa? Haidar.
" ha' ah kenapa? " jawabnya acuh tak acuh.
" Aku nampak Adelia ada dengan Naqib tadi. Sweet sangat do! Aku ship! " tu menarik perhatian Thariq tetapi dia tidak akan bertindak tanpa berfikir. Haidar saja je nak usik ni. Haih Haidar Haidar aku tak bodoh lah.
" So? " keningnya diangkat.
" Kau tak jealous ke? "
" Buat apa aku nak jealous? Dia bukan bini aku... lagi "
Jari jemari Haidar mula merapatkan kegeraman. Thariq senyum senget. Baru kau tau!
" Aku dengar dia nak bagi Naqib peluang. Kau tak takut ke Adelia kena kebas oleh Naqib? "
" Buat apa nak takut? Kalau dia suka suka lah. Tak payah nak pakai jampi bagai. Dah sah sah dia tak suka jangan lah kacau lagi. " Sindiran Thariq membuatkan Haidar tersentak.
Air liur ditelan. Macam mana dia tahu ni!? " Dah lah aku balik dulu! " Sergah Haidar.
Selesai melihat Haidar seratus peratus hilang fikiran Thariq beralih kearah kata kata Haidar.
Sejujurnya dia sendiri juga takut jika Adelia jatuh ketangan Naqib tapi mungkin jodoh kot. Haih.
Sebaik saja Haidar dipanggil Arif, Naqib dan Adelia masih lagi berpandangan. Tanpa Naqib sedar hidung dia berdarah.
" Eh Naqib hidung kau darah lah! Muka kau pucat ni " Adelia serta merta mengeluarkan tissue dari beg tangannya.
" Aku deman dari semalam dah. Tak lama aku okay lah ni. Tengok awak hati saya dah berbunga bunga. "
" Kau ni bukan masa nak berlawak lah. Nak pergi klinik tak? "
" Tak payahlah. Panas dalam je ni. "
" Sure? " Naqib membalas dengan mengangguk kepalanya dan senyum. Bila Naqib tersenyum tergerak hati Adelia melihat kesungguhannya untuk memikat hatinya.
Kenapa aku tak dapat buka hati aku untuk orang yang sudah mencintai ku? Kenapa mesti aku masih mengharapkan Nubhan akan kembali?
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "