Third person P.O.V
4:30 A.M
Adelia selesai membersihkan diri dan bersedia untuk solat subuh, matahari belum bangun tetapi Adelia sudah melakukan banyak kerja dan sekarang untuk menghadap yang Maha Esa. Selesai solat subuh dia teruskan dengan solat Hajat yang afdal dilakukan ketika sunyi..
Adelia yakin kawan kawannya belum bangun jadi dia berdoa mengeluarkan suara dengan lembut, memenuhi kriteria adab adab ketika berdoa.
Di dalam doanya, setitis air mata terkeluar yang kemudiannya menjadi esakan. Rasa rendah diri akan Tuhan, rasa lemah, rasa syukur. Dia meminta untuk dipermudahkan lagi urusannya dalam berumah tangga esok hari.. Kawan kawannya tidak dilupakan, apatah lagi kedua ibu dan ayahnya. Semua orang di nyatakannya dalam doa.
Dengan khusyuk dan esakan, ada yang memerhatikannya melalui pintu yang dikuak sedikit. Tidak sanggup melihat Adelia yang bersungguh sungguh berdoa pintu ditutup dengan perlahan..
Haziqah yang mengesat air matanya yang turut jatuh berkata "Jom siap breakfast, tak baik kita tengok dia macam tu.." Yang lain mengangguk dan menuruni tangga. Esakan tangis Adelia masih terdengar dari luar, Haziqah yang belum bergerak memeluk tubuhnya. Dalam hatinya berkata
"Ya Allah kau telah beri banyak ujian kepada kawan ku Adelia, berikanlah dia kebahagiaan dengan suami dan keluarganya selepas ini.." Dengan menghela nafas Haziqah berlalu pergi..
6:15 A.M
Adelia. P.O.V
Dengan jubah hitam dan tudung hitam aku melihat diriku di cermin untuk terakhir kali, walaupun dengan mata dan hidung yang merah aku masih tidak menutupinya dengan segala make-up.
Tangga aku turuni dan aku melihat yang lain dah bangun, berasa hairan aku membelek tabir yang hampir dan nampak matahari sudah mula naik..
"Awalnya bangun?" Sapa ku kepada semua..
"Assalamualaikum kawanku. Kami kan anak dara mestilah awal bangun.." Shasha berkata dengan senyuman dilemparkan kearahku. Kerusi yang kosong aku duduki dan memakan sarapan yang ada..
Kami makan dengan senyap dan aman, satu benda yang hairan juga. Kawan kawanku tidak pernah senyap! Literally mulut mengalah kan punggung ayam tapi pagi ni diam pula.
Aku meletakkan sudu dan garpu disisi pinggan dan bersuara "okay kenapa korang senyap? Ada korang sorokkan something dari aku ke?" Jari jemariku digenggam bawah dagu.
"Kami.." Seorang bersuara..
"Kami.." Seorang lagi mengulang.
"Kami apa?" Aku bersuara dengan sedikit tegas.
"Kami tak percaya yang besok kau akan jadi isteri orang.." Perlahan suara Amalina menjawab. Terdetiknya rasa sedih meninggalkan mereka.. Walaupun aku takkan sekali kali pun ada niat atau terfikir nak meninggalkan dorang.
Sebaik saja perkataan itu keluar dari mulut Amalina, yang lain menganggukkan kepala dan ada yang mengeluh.
Aku turut mengeluh, dan membuka mulut "Aku sayang korang, sungguh. Korang lah tulang belakang aku, yang bagi aku semangat dari aku kecil sampai besar nak kanwin dah aku. Aku takkan lupa korang. Serious, jangan lah sedih.."
"Kami happy cuma, lepas ni kau terpaksalah berkepit dengan laki kau.. Kami bila nak berkepit dengan kau lagi?" Hasyimah berkata dengan nada yang sedih
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "