"Adelia pregnant?!" Jerit semua perempuan
"Yes! Dan aku jadi bapa! Wohoo" Nubhan menaikkan tangannya ke udara
"Waah bro tahniah! Patut kau alah bau, tanda hamil kat suami rupanya" Sufian menepuk bahu Nubhan
Apabila Sufian berkata begitu dia hampir dengan Nubhan yang terus menutup hidung nya..
"Ye aku pun tak tahu juga boleh alah kat suami, by the way kau pakai lagi tak perfume kau?" Masih Nubhan menutup hidungnya
"Tak aku tak pakai hari ni"
Nubhan mengeluh lega dan melarikan jarinya di bawah hidung.
Semua mereka duduk hampir dengan pasangan mereka tetapi Amalina duduk dengan cawan di tangannya berseorangan.
Dia tidak terasa cuma dia terfikir tentang Ad
"Oh yea guys, aku invite assistant aku ke sini for lunch" kata Adelia mengambil perhatian semua
Mendengar apa yang Adelia kata mata Amalina membulat besar. Dia merasakan dirinya hari ini tidak ada keyakinan dari segi penampilan kerana dia fikir hanya kawan kawan mereka
Dia berdiri "ur korang aku balik dulu yea, aku t-tak rasa sihat lah"
"Awal nye Amalina makan lah dulu baru balik" tegur Izatul
"Tak pe lah aku tak ada selera makan" senyum Amalina lemah dan berjalan kearah pintu tanpa mengucap selamat tinggal atau memeluk mereka perempuan
Apabila dia membuka pintu langkah nya terhenti dan dia bertentangan dengan lelaki yang ingin dihindarinya..
"Hi Amalina.." Ad menyapa
Amalina seakan akan tidak tahu apa apa perkataan. Dia hanya kaku berdiri melihat wajah kacak Ad
Nampak nya dia baru balik dari kerja sebab tali lehernya tidak dipakai dan baju kemeja lengan yang panjang dilipat hingga ke siku menampakkan tangannya yang ber urat
Bagi Amalina itu adalah suatu yang membuatnya terpikat lagi dengan Ad.
Ad nampak hairan apabila Amalina hanya melihat wajahnya dan melambaikan tangannya depan wajah Amalina membuatkan dia sedar
Sebelum Amalina dapat membuka mulut ada suara dibelakang mereka
"Ad! Sampai pun! Masuk lah kita dah nak makan dah ni" Adelia kata berdiri sebelah Amalina
Adelia kemudian memusingkan badannya kearah Amalina yang tidak bergerak sejak tadi "Amal, tunggu lah walau kau tak sihat makan lah dulu dengan kami okay?"
"Aa.. urr a-aku"
"Tak pe jom masuk" Adelia menarik tangan Amalina masuk membuatkan Amalina tidak mempunyai pilihan lain tetapi hanya untuk patuh saja.
Yang lain sudah duduk di meja makan yang besar dan tempat duduk yang kosong hanyalah di hadapan Adelia dan Nubhan.
Apabila Ad memasuki ruang tempat makan dia nampak kerusi kosong dihadapan Adelia dan langsung duduk di sana.
Lagi sekali Amalina tidak ada pilihan lain tetapi untuk duduk dihadapan Nubhan iaitu sebelah Ad..
Dia mengeluh sebelum menarik kerusi dan duduk.
Mereka semua membaca doa selamat kemudian menikmati jamuan mereka.
Adelia dengan Nubhan asyik berdua walau di meja makan ramai orang. Kemesraan mereka membuatkan Ad menyesal dia setuju untuk datang ke sini..
Amalina pula merasa kaku dan janggal duduk di sebelah lelaki idamannya.
"Lepas ni apa rancang korang? Nak design bilik baby?" Tanya Haziqah kepada Adelia dengan menepuk tangannya..
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "