Dengan menggambungkan kedua dua company mereka terpaksa menguruskan banyak benda..
Dan semuanya mengambil masa dalam 3 bulan untuk semuanya selesai.
Adelia juga terpaksa ikut menolong Nubhan dengan semuanya kerana pekerja mereka teruja ingin disatukan dengan company baru..
Raudhah's venture bukan sahaja menjadi satu company yang melakukan bisnes tetapi setengahnya juga menguruskan hal hal untuk kebajikan.
Apabila Adelia dan Nubhan membuat sidang media tentang itu banyak yang menyokong dan ada juga yang salah sangka tentang apa yang mereka katakan..
Adelia membaca komen komen yang ada pada video live mereka
"Alhamdulillah ada juga yang nak buat macam tu, kalau Nubhan ni tak jumpa Adelia takkan dia buat macam ni"
"Ada sebab diorang jodoh"
"Tahu lah duit banyak, kalau duit tu berkepuk kepuk dan nak buat baik tak payah lah nak buat persidangan bagitahu korang sedekah"
"Nubhan dulu tak macam ni pun, ni mesti bini dia yang nak. Nubhan takut bini guys"
Membaca semua komen itu membuatkan Adelia senyum ada juga membuatkan ketawa dan ada yang menusuk kejiwa.
Tapi dia tidak memedulikannya kerana dia sudah berniat ingin menolong Brunei dan Malaysia..
Dia mengusap perutnya yang sudah mencecah 6 bulan, 3 bulan lagi dia akan mengeluarkan insan mereka itu..
Bulan ni Syameel dan Hasyimah memilih 5.6.2029 untuk bernikah dan sudahpun selamat menjadi suami isteri..
Bulan depan pula Haziqah dan Nadzirul punya giliran..
Tidak pernah mereka bayangkan yang mereka akan kahwin berturut turut dan Alhamdulillah rancangan mereka berjalan dengan lancar..
Hari sudah malam dan Adelia masih berseorangan di katil. Jam yang menunjukkan jam 11 malam membuatkan Adelia mencari keberadaan Nubhan..
"Abang!" Jerit Adelia tetapi tidak ada sahutan. Perlahan lahan dia berdiri san berjalan keluar
Mungkin dia ada dalam ofis dia?
Adelia menuju ke ofis Nubhan..
"Bini aku mengandung! Takkan aku biarkan dia jumpa diorang!"
Langkah terhenti apabila terdengar kata kata Nubhan dari luar. Adelia meletakkan telinganya di pintu
"Kau takkan faham! Aku takkan letakkan anak dan isteri aku dalam bahaya lagi sekali.." keluh Nubhan.
Dengan siapa dia ber call ni
"Besok?! Memang tak lah! Syameel dengan Hasyimah sanding. No and no. Kami busy dan Adelia will stay by my side titik"
Adelia rasa dia kena tahu apa yang berlaku jadi dia mengetuk pintu ofis Nubhan membuatkan Nubhan terkejut dan terus meletakkan telefon.
"Sa-sayang? Tak tidur lagi?"
"Siapa tu abang?" Adelia berjalan kearah Nubhan dan berhenti di hadapannya..
"Takde apa apa" Nubhan mengeluh dan duduk.
Rambutnya di serabutkan dan dia bengan melihat siling..
Perbuatan Adelia duduk di pehanya mengejutkannya. Serta merta dia memeluk perut Adelia dan mencium baunya..
"Cerita lah abang.."
Nubhan tahu isterinya tidak akan lari selagi dia belum memberitahunya tapi dia takut kalau Adelia tahu emosinya akan terganggu..
Pipi Nubhan diusap Adelia "We do this together" kata Adelia dengan lembut
Nubhan menutup mata dan menarik nafas "Mereka dah keluar dari penjara.. semua sekaligus"
Adelia yang mendengar kata kata yang keluar dari mulut Nubhan terhenti bernafas untuk seketika..
Nubhan dapat rasakan Adelia tiba tiba terasa tegang..
"Tak pe, abang takkan ada kaitan dengan diorang lagi" pujuk Nubhan
"Siapa call tadi?" Suara Adelia tidak lagi ada unsur unsur lembut dan Nubhan selama berkahwin dengannya tidak pernah mendengar suara yang digunakan Adelia
"Zed.. Apparently diorang semua nak jumpa sayang. Diorang menyesal dan nak berbaik.."
Kenangan pahit dahulu kembali bermain di minda Adelia apabila dia menutup mata, entah kenapa air matanya turut jatuh juga..
"Sayang jangan lah nangis" pujuk Nubhan lagi
Adelia hanya duduk diam. Untuk seketika mereka hanya diam masing masing memikirkan perkara ini
"Adelia nak jumpa diorang.."
Kata kata itu membuatkan Nubhan terkejut
"No. Abang takkan bahayakan sayang apatah lagi sayang bawa baby"
Nubhan juga tegas dengan kata kata nya dia tidak faham kenapa isterinya ingin hadap lagi orang yang sudah membuatnya derita
Nubhan sendiri memalingkan wajah nya dari Adelia lalu Adelia menarik balik wajahnya di hadapkan dengan wajah Adelia
"Sayang akan bawa Zed dan abang boleh bawa berapa orang bodyguard abang nak, tapi kita akan jumpa diorang"
Adelia serba sedikit tahu perasaan Nubhan khawatir akan keselamatannya..
"Abang boleh juga bawa spy abang yang abang upah selama ni" ejek Adelia membuatkan Nubhan tersenyum
She knows everything
"Kenapa? Kenapa sayang nak jumpa diorang?"
Adelia pun terfikir kenapa hatinya tiba tiba ingin berjumpa diorang..
"Adelia tak nak ada kesusahan bila Adelia melahirkan nanti, Adelia juga mahu semua orang berbaik walaupun sejahat mana diorang akan ada baiknya dalam hati diorang"
Mendengar jawapan isterinya Nubhan mengeluh "kenapa lah bini aku baik sangat ni. Ni nasib bini tau nasib sayang kalau tak.."
Adelia hanya tersenyum sengih dan mencium pipi Nubhan
"Bila nak jumpa?"
"Lusa.."
"Okay! Dah jom tidur!"
Nubhan yang mengikut isterinya yang riang..
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "