66th

420 19 61
                                    

Thariq P.O.V

"Woi! Sudah sudah lah memekak terlolong malam malam buta ni!" Aku menjerit dari atas

"Biarlah! Kau sibuk pehal!" Orang bawah balas balik.

"Jangan sampai aku suruh korang tidur luar! Biar Anjing gigit bontot korang! Flat terus!"

"Ha gigitlah aku tak ada bontot aku flat tak ada nak gigit!" Izatul menyahut

Subhanallah. Hampir dua minggu tinggal dengan diorang naik gila aku dibuatnya.

Ni dah pukul 12 tengah malam. Diorang boleh gaduh remote kontrol tv. Sabar je lah puan amanahkan aku jaga diorang.

"Aku dah fed up ah dengan kau Izatul! Asyik kau yang dapat remote tu! Tahu lah jari panjang!" Terdengar suara Syafiqah bergema

"Siapa suruh jari pendek! Lagipun aku paling tuakan antara kita! Hormat lah sikit!" Izatul pula membalas.

Aku sudah menutup kedua telingaku dengan bantal dan muka disebamkan ke katil. Kalau Hasyimah buka mulut memang masak dua ekor tu.

Hasyimah penyabar sikit tapi bila sabar dia hilang. Anjing yang menyalak tu boleh berdoa dia dilahirkan kucing.

Bila dia marah hal agama semua masuk. Habis diceramahi.

"Tua tak sedar diri mengalah lah!"

"Ni balasan kau sebab makan maggie aku waktu tu!"

Pulak maggie kena bawa

"Dah lama kot benda tu! Dah aku berakkan maggie tu!"

"Kalau aku kata aku nak balik maggie aku tu?!"

"Ha pergi cari dalam lobang jamban. Tapi aku rasa warna dia coklat gelap."

"Siol kau!" Terdengar jeritan Syafiqah dan tapak berlari juga diikuti selepas itu.. dah bekejaran macam cerita bollywood? Haih perempuan perempuan.

"Korang dah lah." Terdengar teguran Hasyimah lembut tetapi tetap nyaring. Bunyi tapak orang berlari masih lagi terdengar.

Aduhh lama pula dia ni nak marah. Aku tabik tahap sabar dia!

"Mari sini kau! Aku cincang badan kau sedekah daging korban kat uncle Raju biar daging kau jadi daging Nasi Briyani!"

Bunyi furniture bergerak berlanggaran sudah terdengar. Jangan sampai ada benda yang pacah aku yang turun.

Feel my wrath!

Macam mana boleh aku kekal atas katil ni? Sebab aku nak tunggu Hasyimah marah. Heheheh serious kalau dia marah wuish! Hebat!

"Woi perempuan sudah lah!" Jerit Hasyimah. Masih juga diorang berlarian

"Izatul! Syafiqah! Aku kata sudah sudah lah! Pe hal bebal ni! Korang tak penat ke?! Tak tahu orang malam malam kot kot sembahyang tahajjud ke sembahyang hajat ke! Korang jadi setan memekak melolong berlarian!"

Bingo! Hal agama memang dia kaitkan! Mawahahahah diam terus izatul dan syafiqah

"Kau Izatul dah besar panjang! Aku rasa terlebih panjang dari kacang panjang kot! Tu pun tak nak mengalah!"

Aku tahan ketawa. Memang sentap lah dia ni!

"Syafiqah! Yang kau nak ungkit lobang jamban pehal!? Aku suruh kau korek kang baru tau!"

Eww terbayang aku. Blueek

"Dua dua dah besar! Perempuan! Mature lah sikit! Kalau tak nak tengok cerita ni dah tutup tv tu! Dah tengah malam mata baru nak buka! Tadi petang tidur tunggang terbalik! Tak ingat orang sekililing! Jiran sebelah yang ada baby tu entah entah dah terbangun! Aku suruh korang susukan dia baru tahu!"

NubhanWhere stories live. Discover now