Masa berlalu begitu cepat, macam sekelip mata je pasangan Adelia dan Nubhan selesai majlis persandingan mereka belah Adelia.
Walau penat lelah senyum dan melayan tetamu yang hadir, seri pengantin mereka masih kekal dan sudah nampak yang mereka telah biasa dengan status mereka yang baru iaitu sebagai suami dan isteri.
Tetamu belum beredar masih ada yang menikmati hidangan dan ada yang masih berbual bual dengan saudara mara mereka.
Adelia dan Nubhan duduk di pelaminan melihat semua yang hadir dengan senyum tidak lari dari bibir mereka.
Kawan kawan Adelia pula telah penat duduk di meja yang khas disediakan untuk mereka.
Nampak sungguh keletihan di wajah mereka. Para lelaki sudah membuka butang atas baju dan tidak lagi memakai songkok manakala yang perempuan tidak lagi memakai kasut tinggi dan berjalan kaki ayam.
"Maaf ganggu. Saya memohon perhatian semua.."
Bualan dewan dihentikan dengan satu suara yang datang dari Khairul.
Hayati melihatnya dengan pelik. Sejujurnya sejak apa yang berlaku mereka berdua belum bertegur sapa.
Ianya sungguh sukar untuk mengelak memandangkan Khairul telah menjadi kawan Nubhan dan Hayati pula kawan baik kepada Adelia.
Hayati yang seringkali cuba menjelaskan perkara yang sebenar kepada Khairul akhirnya kepenatan mengejarnya dan membiarkannya mencari masa aman.
Khairul mendapat perhatian semua dan dia melihat tepat pada Hayati
"Nur Hayati.. maafkan saya kalau selama ni saya bukan boyfriend yang awak nak." Perlahan lahan Khairul menuruni tangga pelamin dan berjalan ke arah Hayati.
"Maafkan saya selama ni saya duduk jauh dari awak walau sebenarnya saya nak duduk sebelah awak.."
Kawan kawan perempuan yang lain tersenyum senyum terasa akan ada perkahwinan lagi yang berlaku.
"Saya dah cinta awak selama 10 tahun, dan saya takkan sia sia kan 10 tahun saya stalk awak"
Ibu dan ayah Hayati sudah tahu tentang perkara ni dan membenarkan Khairul meneruskan rancangannya.
"Selama 10 tahun saya bayangkan perkara ni berlaku dan akhirnya ia berlaku"
Semakin hampir Khairul kepada Hayati yang terdiam ternganga.
"Dan kini saya berada dihadapan awak, dengan saksikan semua saya nak tanya satu soalan.."
Degupan jantung Hayati sangat laju membuatkan dia terharu dan takut pada masa yang sama.
Adakah apa yang difikirkannya pertanyaan Khairul?
"Nur Hayati binti Mohd Yusuf.. sudikah awak jadi ibu kepada anak anak saya?"
Satu dewan sunyi.
Hayati melihat Khairul yang melutut dan memegang cincin seperti terlihat hantu..
Dia seakan tidak percaya yang hari Khairul melamar sudah tiba.
Sejak hari pertama Khairul mengajaknya keluar Hayati sudah terbayang Khairul melamarnya..
"Say yes!!" Jerit Adelia dari pelamin.
Lepas jeritan Adelia tetamu dan kawan kawan yang lain juga menjerit mengarahkan Hayati mengatakan iya.
Hayati ingin membalas tetapi dia tidak dapat mengeluarkan suara kerana terlalu terharu maka dia mengangguk kepalanya..
Izzat dan Hadi meletopkan confetti yang mereka sediakan.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "