" Mama kenapa tak tinggal sini lagi? " tanya Tisya dengan wajah yang sedih. Mata besar bulat dan pipi yang gebu memang tak dapat nak tipu dengan dia ni.
" err.. mama tak dapat sayang. Mama ada kerja. " aku membelai belai rambutnya dengan lembut. Aku melihat Naqib yang melihat kami dua dengan senyuman.
" Ye lah Tisya, mama sibuk. Kenapa Tisya tak suka tinggal dengan papa ke? " tanya si ' Papa ' kepada sang ' Anak '
" Tisya suka.. tapi bosan lah bila papa kerja lepas tu Aunty Mira jaga... kalau mama ada Tisya dapat main kejar kejar dengan mama atau main masak masak. Aunty Mira tak bagi Tisya masak kat dapur.. "
Aku melihat kearah Naqib dengan mata yang besar. " Memang lah sayang. Nanti terbakar pulak rumah ni. " gelak Naqib dengan menggelengkan kepala.
Tisya menajamkan matanya kearah Naqib dan berdiri keatas lututnya hendak membisikkan sesuatu kearah ku.. " Mama.. " bisiknya..
Aku hanya menyumbangkan telinga sedia untuk mendengar apa saja yang hendak dia beritahu. " Papa pernah sekali masak kat dapur lepastu terbakar. Dia ingat Tisya tak pandai masak ke. Eleh dia lagi teruk. " aku tergelak kecil.
" Kalau nak kutuk orang tu jangan depan orangnya terasa pulak nanti. "
Tisya berjalan kearah Naqib dan menaruh kedua tangannya di pinggangnya " Papa ni tak pernah support Tisya kan. " dengan jari nya menunjuk Naqib.
" Pasal apa pulak? Papa support Tisya lah! "
Tangan Tisya menyilang ke dada " Eleh apa yang papa support? Bukan dari segi pelajaran. " lalu Tisya berpusing kearah ku " Mama tahu tak papa support Tisya untuk mengorat lelaki satu kelas dengan Tisya. Papa suruh ajak dia ten- " kata kata Tisya terhenti apabila Naqib menutup mulut Tisya dengan tangannya.
" Kenapa awak ajar anak macam tu! Awak ni. Mari sini anak mama " aku membuka kedua tangan supaya Tisya dapat duduk dipangkuan ku.
Tisya pun duduk lalu memeluk leherku tidak lupa mencium pipi kananku. " I love you mama. Jangan tinggalkan Tisya lagi okay? "
Aku melihat kearah Naqib dan dia melihatku. Isyarat mata yang dia berikan sangat jelas ' awak tak payah jawab kalau tak nak '..
Tapi kalau aku nak move on dari Nubhan aku kenalah mula terima orang.
" Ye mama takkan tinggalkan Tisya lagi. "
Riak wajah Naqib berubah. Agak terkejut juga tetapi bahagia juga. Tisya serta merta memelukku dengan erat dan aku membalas pelukannya.
Selepas semua tu berlaku Tisya pun terlelap, Adelia hendak balik. Sebelum dia balik Naqib sempat memberitahunya sesuatu.
" Kenapa awak buat macam tu? Nanti Tisya akan fikir awak mama dia. " Naqib tegur dengan cemas sebaik sahaja aku melangkah keluar pintu rumah dia.
Aku memusingkan badan melihatnya sempat lagi aku menjelingkan mata atas kerisauanannya. Tetapi dia tidak berhenti membebel dah macam pak cik samad hilang kambing dah.
" Awak tak patut cakap macam tu! Nanti dia fikir awak mama dia lepastu awak tinggalkan saya! Macam mana saya nak pujuk dia! Nanti dia merajuk lagi macam tahun tahun lepas! Awak dah tinggalkan dia beberapa kali Adelia, bukan sekalai! Lepas awak tinggalkan dia lepas ni siapa nak jadi mama dia?! Mira?! Dia- "
" Naqib! I will be her mom. And no one else could replace the mother place in her life except for me. " aku bercakap dengan tegas. Dia terdiam.
" A-awak buat lawak ke? Adelia kalau benda macam ni saya tak buat lawak. Saya serius tau! "
" Saya lagi serius. " aku menayangkan wajah serius.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "