Puan?!
"Siapa puan puan. Ni ibu aku lah!" Adelia mecegah terus memeluk lengan ibunya.
Ibu melihatnya dengan senyuman.
Haih puteriku, haraplah kau tidak terkejut terkentut dengan identiti ibu.
Thariq dan the trio hanya berdiri memandang Adelia dan ibunya berulang alik. Ragu ragu sama ada mereka patut memberi tahu hal sebenar.
"Lia.." lembut ibunya memulakan.
Adelia memandang ibunya dengan hairan. Suara bertukar lembut. Mesti ada sesuatu yang hendak dibincangkan.
Dalam hati Adelia dia sudah tidak merasa selesa. Aneh perasaannya.
"Jom kita duduk dulu. Nubhan jom. Thariq bawak diorang siasat bangunan ni." Arahnya ibu dengan tegas suara tetapi lembut dengan Adelia dan bakal menantu.
Adelia dan Nubhan berpandangan dan duduk perlahan lahan. Masing masing bengang.
Bila yang lain sudah keluar ibu memulakan dengan menarik nafas.
"Ibu tak pandai nak ceritakan semuanya dari awal tetapi yang ibu tahu dan akan bagitahu. Ibu kerja..."
Terhenti kata katanya.
Macam mana nak bagitahu anak aku ni.
"Ibu spy ke?!" Nubhan tiba tiba berkata. Yang duk diam tadi terus membuka mulut.
"Macam tu lah. Tetapi ibu tak kerja untuk siapa siapa"
Adelia setia diam.
"Ibu kerja sendiri?"
"Ha macam tu lah...tapi semua ni ayah punya"
"Ayah? Kenapa ayah di bawa pula?" Adelia membuka mulut. Nak rasa marah sebab membawa arwah tapi itu ibunya yang dia hendak marahkan. Jadi kena sabar.
"Ayah kamu tahu lahir didunia dengan keluarga yang berharta adalah bahaya. Dia tak nak satu pun benih dia iaitu kamu dan Aqil lahir sebab dia takut orang akan hancurkan hidup korang.."
Aku diam. "Jadi dia buat satu kerajaan rahsia yang mengintip setiap seorang yang dia sayang. Thariq adalah orang yang dia sempat hantar untuk jaga kamu sebelum dia pergi"
Adelia P.O.V
Aku menutup mulut yang ternganga dengan tangan. Thariq sudah mengenaliku sebelum aku tahu kewujudannya?
"Ketika kamu lari Malaysia dia fikir misinya sudah berakhir kerana ayah sudah meninggal sebab tu dia tidak bersedia jadinya banyak perkara yang menimpa kamu..Ayah selalu pesan dengannya 'jaga puteriku seperti kau jaga hatimu dari dilukai'"
Ibu berhenti dan tergelak "tetapi ibu tak tahu pula Thariq sudah melukakan hatinya sendiri dengan jatuh cinta kepada anak bossnya"
Aku pun tersenyum langsung didalam hati meminta maaf kearahnya sebab tidak dapat membalas balik cintanya.
Kejap.. kalau betul itu betul. Macam mana dengan Syahirah?
"Syahirah ibu? Itu benar yang dia ada hubungan dengan Thariq?" Aku bertanya
"Benar dan sangat menyedihkan. Syahirah meninggalkan Thariq kerana dia mempunyai penyakit dan kemudian meninggal. Syahirah sebenarnya rakan sekerja Thariq"
Wow.. wow.
"Naqib datang untuk menutupi cerita tetapi dia bekerja dengan adik ayah kamu. Tengku Hezryl.."
Aku hanya mengangguk.
"Tengku Hezryl Pak Su kamu juga satu otak dengan ayah kamu sebab tu sampai sekarang single." Ibu tertawa dan senyum. Macam rapat pula diorang.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "