Hari ni mulanya fitness untuk dapatkan 'body bridal'. Jujur aku rasa badan aku okay. Aku cukup confident dengannya. Come on it's 2019 people embrace your badeeeeeh! Tapi deep down hati aku, aku nak juga badan aku kalau boleh lagi langsing walaupun aku dah ada curve.
Bila aku berikan alasan tu pada kawan aku diorang kata "Cukup! Tapi tak cukup supaya Nubhan tak cari lain!" Kurang hajo betul! 3 tahun tau dia tunggu aku! Haih sabar je lah. Sementara aku kena seksa aku ingatkan diorang pun ikut kena seksa rupanya tidak!
Diorang boleh picnic depan aku makan keropok bagai manakala aku kena seksa dengan segala work out yang aku tak tahu pun pernah wujud! Hari pertama kelas tu memang seksa gila, habis peluh keluar. Kalau dalam hidung ni dapat berpeluh mungkin dah keluar kot.
Badan aku memang sakit sana sini. Selepas selesai diorang bawa aku kat super market untuk beli makanan sehat yang aku sepatutnya makan. Diorang ambil 2 troli. Dia bagi aku satu dan diorang 1
"Asal pula aku lain lain troli?"
"Kau makanan sihat. Kita beli keropok!" Balas Afrina.
"Also, kau bayar sendiri kitaorang kongsi" waaah ni buat aku geram. Tak pe tak pe nasib aku bawa duit kalau tak terpaksa lah jual salah satu daripada diorang. Aku berjalan seorang diri melihat bahan bahan yang sihat segala sayur aku ambil.
Seronok seronok aku seorang diri tiba tiba ternampak seorang perempuan ayu yang aku paling kenal. Aku tengok cermin. Eh aku. Well..
Selepas tengok cermin aku sambung membeli belah. Bahagian sayur sudah cukup sekarang untuk bayar. On the way ke kounter pembayaran aku terserempak dengan Mira.
"Kak Lia!" Tegurnya.
"Eh jangan lah berakak. Kita sama umur kot.. Sini seorang?"
"Hehehe tak lah ada tadi kawan tapi ni entah kemana dia pergi" dia juga menoleh kanan kiri mencari 'kawan' yang dia maksudkan..
"Awak sorry tadi saya pergi tandas.." Tiba tiba satu suara dekat dengan kami dan berdiri sebelah Mira.
"Eh tak pe. Ni saya terjumpa Adelia.." Kata Mira.
Aku melihat mereka berdua. Aku ship aku ship. Sokong secocok padan!
"Cik Adelia.. Seorang ke?"
"Tak. Ada je kawan tapi entah pergi mana. Kalau macam tu saya pergi dulu ye" aku melepaskan genggaman di troli dan menyalam mencium pipi dengan Mira terus aku berbisik..
"Rasyid is a good guy. Good choice. Saya doakan ke jinjang pelamin ye.." Aku senyum kepada mereka dan membayar semua barang. Pipi Mira terus bertukar merah.
Tiba di kounter pembayaran ianya seorang lelaki. Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal. Jujur aku tak selesa kalau dengan lelaki tetapi sebab ni je kounter yang buka terpaksalah. Takkan nak keluar tak bayar memang masuk penjara sebelum kahwin
Lelaki tu berbadan segak dan membelakangi aku. Aku ingatkan dia akan automatik pusing bila dengar aku letakkan semua barang di atas kounter. Ni tidak. "Er- encik.. Saya nak bayar"
Dia memusingkan badan aku terkejut beruk "Awak! Dah buang tebiat ke kerja kat sini!" Aku terus memegang dada ku yang bergerak laju.
"Saja je nak usik awak. Kenapa seorang mana yang lain? Saya rindu awak lah. Nak text tak boleh. Nak jumpa apa lah lagi" bibirnya di juirkan
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "