64th

376 24 58
                                    

Adelia P.O.V

"Tapi kau okay kan.. i mean nak jaga anak dia yang bukan anak kau?"

"Aku okay lagipun boleh practise" balas Haziqah

"Amboii dah plan nak anak kau"

"Of course"

"Dulu aku ada kata dalam hati kau ni selalu sejak kecik lagi sama sama ngan aku. Fail sama sama. Kolej sama sama entah entah laki pun sama. Tapi Alhamdulillah adik beradik pun jadi lah"

"Gila memang tak lah aku nak bermadu ngan kau. Tak kuasa aku"

Aku tergelak "Now kita ada asuh anak yang bukan anak kita sama sama!" Balas ku teruja.

"Betul juga. Kau apa khabar Lia? Kau ngan Nubhan okay?"

"Aku okay je. Entah Nubhan"

"Eh kau ni. Apa pula kau okay dia tak?!"

"Ala ada lah tu"

Sebenarnya kami tak ada masalah pun. Saja nak kena kan kawan aku ni.

"Adelia kau jangan curang Lia. Aku tahu kau laku tapi Nubhan dia tu susah payah nak dapat kan kau!" Boleh pula dia back up Nubhan.

Kawan akhirat hak pui.

"Aku main main je lah. Ye kami okay. Nak kahwin ni apa tak okay nya?"

"Kau nak kahwin? Ha pastikan kahwin kali ni jadi betul!" Eh eh...

Sempat dia ungkit benda tu lagi.. Aku hanya diam. Aku terasa sebenarnya. Aku masih rasa Naqib meninggal sebabkan aku..

"Lia.." panggil Haziqah tapi aku masih diam. Macam tu ke orang fikir kat aku?

Sejak ayah meninggal aku memang sudah rasa aku ni sial. Selalu bawa benda tak baik kat orang.

Aku terus mematikan panggilan dan menyandarkan badan kearah kerusi ofis.

"Adelia masuk kereta."

"Eh eh suka suka hati dia je! Nanti awak culik saya lagi! Tak nak tak nak!"

"Apa benda culik culik ni? Tu dulu lah! Awak tu yang penculik! " tuduh Naqib.

" Saya?! Bila masa saya menculik?!"

" Awak dah culik hati saya. "

Kalaulah Naqib hidup. Aku sudah bergelar isteri. Aliah takkan marah kat aku. Tisya akan bahagia.

Nubhan dan Ad akan berhenti mengejar.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

"Puan, saya ada berita buruk."

"Kenapa?"

"Projek kita kat Kiulap partner up with the Europe Company has been cancelled"

"What!? Macam mana boleh?!"

Ad mengangkat bahu "sponsorship projek kita kat Muara yang bernilai 300 ribu ditarik dan mereka mahu kita berhenti bekerja dengan diorang."

"Diorang lari kat siapa?!"

"Kamal holdings, puan"

Nubhan P.O.V

"Tuan!"

Aku yang duduk melihat wajah Adelia dalam telefon terlompat bila Maisarah menerjah masuk. Marah terus aku.

"Kenapa tak ketuk! Saya ni boss awak!" Tangan aku hentakkan diatas meja. Kacau betul aku berangan.

Maisarah tidak melihatkan reaksi takut sedikit pun. Wajah nya cemas. Tapi bukan kerana marah ku.

NubhanWhere stories live. Discover now