49th

418 23 49
                                    

Zed P.O.V

Sekarang masalah sudah bertambah dengan the Trio masuk hospital keadaan kritikal dan bapa kepada Hayati masih belum menyedarkan diri.

Maria sungguh berdendam dengan Adelia. Masalah dia entah apa kat Adelia. Adelia tak pernah buat jahat pun atau menyakiti hatinya mungkin dari perspektif Maria Adelia sudah mengambil Nubhan darinya adalah satu kesalahan yang patut diberi hukuman mati kot.

Tapi banyak lagi kot lelaki di luar yang lagi kaya lagi handsome dari Nubhan. Aku duduk di dalam ofis ku dan bunyi ketukan pintu membangunkan ku daripada angan angan ku..

Aku membenarkan nya masuk dan Izzat menutup pintu.

Contohnya Izzat, dia cinta mati dengan Maria. Apa salahnya dengan Izzat seorang yang baik setia berpelajaran..

" Aku jumpa something kat cctv rumah Maria.. " dia menghulurkan tablet ditangannya dan tayangan video mula ditunjukkan..

Pada awalnya ia hanya menayangkan ruang tamu rumah Maria sampaikan Maria masuk dengan seorang lelaki..

Haidar.

Mujurlah cctv tersebut dapat merakam suara sekaligus.

" Aku tak dapat teruskan plan kita. Kemalangan Izatul, Syafiqah dan Hasyimah sudah melampau! Aku nak Adelia bukan membunuh kawan aku! Aku mungkin jahat tapi tidak sejahat ini! Aku langsung tak nak maut berlaku dalam semua ni! Kalau kau nak buat plan tu sekarang kau patut berhenti. Aku tak nak libatkan kawan kawan ku apatah lagi melibatkan maut! " tegas Haidar menjerit.

" Aku dah cakap awal awal kalau kau nak Adelia kita kena guna cara kasar! Kau asyik main lembut! Sekarang kau kena ikut arahan aku. Aku tak peduli kau kena tolong aku dapatkan Nubhan! " Maria menghentakkan kaki dan meninggalkan Haidar berseorangan.

Untuk seketika Haidar hanya berdiri tanpa bergerak dan tiba tiba dia melihat tepat kearah Cctv tersebut. Memandangkan dia tinggi dia dapat mengangkat tangannya untuk melihatkan sesuatu.

Dia mengeluarkan seperti kertas dari poket baju dan melihatkan kata kata yang tertulis pada kertas tersebut. Dia berjalan dekat kearah Cctv dan aku dapat membaca serta merta mata ku membulat besar dan berdiri berlari keluar..

Afrina P.O.V

" Assalamualaikum " aku menutup pintu utama rumah dan menyangkitkan kunci kereta dibelakang pintu.

Tidak ada seorang pun yang menjawab salam ku. Hmmm mana diorang ni..

Aku berjalan menuju ke dapur apabila mendengar bunyi seperti sudu jatuh.. langkah ku terhenti apabila telefonku berdering menunjukkan Zed menelefon ku.

" Sayang jangan pergi mana mana! I will go to your house now! Jangan keluar rumah! "

" Ze- " tidak sempat aku berkata apa apa dia sudah meletakkan telefon jadi aku terus berjalan ke dapur.

Laci sudu dan dapur sudah bersepah. Aku terus khawatir. Ada orang ke dalam rumah ni?

Dengan hati hati aku berjalan dan melihat kucing kucing ku yang sedang mengambil beg makanan daripada laci bawah.

" Haih Syuri kau ni buat aku takut je lah "

Aku terus mengangkat kucing ku yang bernama Syuri dan memeluknya langsung menciumnya.

" Aku tukar baju dulu okay. Jangan nakal lagi " aku mengusap usap badannya dan berdiri.

Aku berjalan hendak naik tangga sehingga satu suara mengehntikan pergerakkan ku

" Where do you think you're going? "

Aku menoleh kearah pemilik suara tersebut..

" Arif.. "

Nubhan P.O.V

Selepas Adelia menjemputku untuk menghadiri majlis Nikah nya aku hanya mengunci diri ku di dalam bilik.

Hati ku cukup sakit dengan kata katanya dan aku tidak rela melihatnya jadi milik orang lain apatah lagi milik Naqib.

Kenapa mesti Naqib daripada semua lelaki dalam dunia ni? Eleh walaupun lelaki tu bukan Naqib memang sudah pasti aku akan membencinya..

Pintu bilikku di ketuk dan mama masuk terus duduk di hujung katil ku.

"Maria kat bawah nak jenguk Nubhan "

Kening ku berkerut dan aku bangun duduk

" Buat apa dia kat sini. Bukan Nubhan dah kata jangan jumpa Nubhan lagi ke!? Mama apasal suka sangat kat dia yang menggedik tu ha!? Mama tak tahu siapa Maria yang sebenar! " aku marah. Mungkin aku sudah meninggikan suara kat mama tetapi dalam hal ni mama yang degil.

" Mama cuma nak yang terbaik untuk anak mama. Mama cuma ada seorang anak"

" No! Mama lupa Nadzirul ke?! "

Mama terdiam. Datin Rosnita yang asyik membebel sana sini sudah terdiam.

Aku menatap wajah mama yang sayu. Mata nya tidak melihat mataku dan apabila dia memejam matanya aku nampak air mata telah jatuh.

Tidak membuang masa aku terus memeluknya dan menenangkan hati mama. Semenjak dia bercerai dengan papa, dia asyik menyibukkan dirinya dengan kerja. Pagi patang malam tak henti henti kerja.

" Mama perlukan rehat. Sudah cukup tekanan yang mama tanggung. Biarlah Nubhan jaga hidup Nubhan sendiri. Nubhan tahu siapa yang terbaik untuk Nubhan dan siapa yang bukan. Dan Nubhan pasti Maria bukan yang terbaik untuk Nubhan "

Mama sekarang sudah nangis sebak berkata dia rindu kat Nadzirul.

" Mama tolong jangan lagi ajak Maria atau paksa Nubhan kahwin dengan dia.. "

Tangisan mama semakin sebak..

" Mama minta maaf. Mama terpaksa buat macam tu "

" apa maksud mama? "

Mama merenungku dengan mata yang merah " Mama sudah sign perjanjian untuk mengahwinkan kamu dengan Maria dari dulu lagi. Tapi mama baru ingat bila ibu kepada Maria mengingati mama"

What!?

" habistu apa jadi kalau mama tak sign? Tak jadi apa apa kan! Kenapa mama sign! "

" Kalau mama tidak sign butik mama akan di ambil! "

" Tak masuk akal lah mama! Siapa kawan mama tu! "

" Awak tak kenal dia dah tak ada.. "

" Suami dia siapa nama! "

" Tengku Mohammad Hezryl "

NubhanWhere stories live. Discover now