2 tahun kemudian..
"Mana Akid abang?" Adelia berdiri mencari anak lelakinya sambil menggaru kepalanya
"Tak tahu sayang, mungkin dengan Tisya?"
Adelia naik keatas menuju ke bilik Tisya, dari luar pintu terdengar suara tawa Akid. Adelia pun membuka sedikit pintu Tisya.
Mereka berdua berada di atas katil dan Tisya sedang bermain dengan Akid sehinggakan ketawanya sangat lunak. Tercungap cungap Akid mencari nafas.
Melihat mereka berdua mesra Adelia menggosok perutnya yang besar "nanti sayang mama akan happy dengan family ye"
Terkejut Adelia apabila tangan Nubhan tiba tiba di bahunya dan Nubhan melihat apa yang dilihat Adelia lalu dilepaskan Raudhah yang awal nya didukung..
Raudhah terus berunggau kearah Tisya dan Akid dan mereka bertiga nampak sangat bahagia bermain sesama sendiri..
"We made them.." Nubhan membuka mulut memeluk Adelia dari belakang.
"Number 3 is coming.."
"And there's 7 left to come"
"Abang nak 10!? Patah pinggang Lia abang.."
"Kita tukar pinggang baru"
"Senang dia cakap"
"Senang lah kita minta dan buat je" jawab Nubhan
Adelia menampar tangan Nubhan membuatkan suaminya itu tertawa
"Tak pe sayang, selagi ada rezeki kita terima"
Ting! Tong!
"Ha tu mungkin diorang.." Nubhan menuruni tangga selepas mencium dahi Adelia.
Sementara Nubhan mempelawa orang yang datang Adelia terpaksa menghentikan gelak tawa anak anak nya
"Okay dah dah, jom diorang dah datang." Adelia mengangkat kedua dua kembar menuruni mereka dari katil dan mereka berempat turun menyambut tetamu.
Banyak yang berlaku, semua kawan kawan mereka tidak lagi status available, malah tidak lagi bujang.
Izzat dan Maria nikah tahun lepas dan sekarang mereka belum merancang untuk ada anak. Masih ingin berdua duaan.
Nuzul pula tak lagi kerja di Malaysia, stay di Brunei dengan keluarga isterinya. Selepas ibu dan anak angkatnya sudah tiada dia menjauhi kawan kawan untuk menenangkan diri. Bila balik Brunei tup tup dah ada girlfriend. Lepas 3 bulan terus nikah. Bapa kepada perempuan tu imam jadi dia tak nak anak dara nya lama lama bersama lelaki sesuka hati.
Nabil pula rupanya diam diam dah lama ada isteri. Pecaya tak? Dia dah lama kahwin masa kolej rupanya dia dah kahwin. Bila kawan kawan Adelia tahu eeeeee rasa nak tumbuk terjang semua ada.
"Apasal kau tak bagitahu kami!"
"Aku tak nak lah!"
"Eeee kalau tu perempuan dari tadi dah aku kerjakan kau!"
"Siapa bini kau?"
"Gigi Hadid"
"Gigi kepala hotak kau! Jangan sampai kau balik rumah tak da gigi lepas ni"
"Ish ye lah! Bini aku.... Ish tak payah lah tahu!"
"Okay fine. Kita orang tak payah tahu hari ni. Tapi bila kita ada majlis berkumpul kau janji akan bawa!"
"Hmm..." jawab nya sahaja
"Janji ke tak?!" Jerit semua
"Okay okay janji!"
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "