Nubhan P.O.V
Aku menutup pintu bilik kami dengan keluhan. Letihnya, baru akad nikah, belum lagi majlis sanding yang dua tu.. memikirkannya membuatkan aku mengeluh lagi sekali.
"Abang? Okay tak?"
Aku hanya mengangguk dan berjalan kearahnya yang duduk di hadapan cermin. Aku meletakkan kedua tanganku kedua bahunya.
Dari pantulan cermin kami bertentangan mata. Tanganku di ahunya ditindihnya dengan tangannya sendiri. Aku merendahkan badan dan berdiri separuh badan.
"Abang nak sayang tahu, yang abang sayang awak sangat sangat. Lebih dari nyawa abang. Abang selalu doa sayang jodoh abang.." aku melihat tangan kami yang tidak ada sedikit jarak pun.
"Abang tak nak hilang sayang lagi.." secara tidak langsung satu air mata mengalir di pipiku.
Kedua tangan Adelia yang ku genggam tiba tiba aku dapat rasakan di kedua belah pipiku. Mengelap air mata yang menurun.. aku memejamkan mata dengan rapat..
"Abang juga mesti tahu yang Lia sayang abang sangat sangat. Lia sungguh tak sangka kita dah jadi suami isteri. Hampir 4 tahun menderita baru lah kita bersatu.. Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu cantik abang.."
Aku hanya mengangguk dengan kata katanya dan memeluk tubuh kecilnya.
"Dah jom tidur, Lia nak buka tudung dulu.."
Dengan itu pergerakkan ku terhenti dan mata ku membulat.
Aku tak pernah liat dia tak bertudung..
Aku menelan liur dan berdiri berjalan ke katil.
Aku memerhatikan segala gerak gerinya yang satu persatu mengeluarkan pin yang dipakai.
Shawl yang dililit telah dibuka lilitannya menampakkan rambut hitan Adelia yang disanggul rapi..
Setelah dia selesai melipat shawl tadi dan meletakkannya atas meja dia membuka pula sanggul rambut, dan disitu lah aku tidak berkelip mata.
Rambut paras bahunya beralun jatuh. Dari jauh aku dah dapat tengok kelembutan rambutnya. Kemudian Adelia memakai bedak di leher dan berdiri berjalan kesebelah katil.
"Kenapa abang liat Lia macam tu?" Katanya sambil duduk dan hendak menyelimutkan badannya.
Aku tidak berkata apa apa dan meniru perbuatannya.
Ya Tuhan.. adakah ini dugaan setiap suami? Macam mana dorang boleh tahan?
Aku menelan liur lgi. Sekarang kami lampu disebelah telah Adelia tutup. Dan cahaya yang menerangi bilik hanyalah cahaya dari lampu luar..
"Selamat malam suami.." Adelia yang menghadapkan badannya kearah ku berkata.
Aku menghadapnya dan memeluk tubuh kecilnya sehingga kepalanya dibawah daguku
"Selamat malam sayang"
Kami hampir terlelap tetapi tiba tiba terdengar bunyi diluar pintu..
Arif P.O.V
"Aku rasa diorang sedang ehem ehem" aku mengakhirkan kesunyian selepas pengantin baru meninggalkan kami
"Eww Arif!"
"Kau ni! Tak boleh ke tak fikir benda tu!"
Aku mengangkat kedua tangan "kajian mengatakn 8 dari 10 pasangan mengambil keputusan untuk berkahwin sebab nak buat benda tuuuut"
Mereka semua melihat kearah ku "kajian siapa?!"
"Kajian ku."
Bantal dari arah yang berbeza terus dibaling kearah ku. Dan aku hanya ketawa.
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "