Malam mereka hendak pergi berkhemah di Tasik semua sudah bersedia membawa barang barang yang mereka perlukan untuk disana.
Apa yang mereka tahu Amalina yang atur semua ini. Dia kan orang nya tersusun bukan macam yang lain kucar-kacir.
Memandangkan Amalina yang menguruskan semuanya mereka yakin yang dia orang akan mempunyai reunion yang sangat menyeronokkan.
Dah lama mereka tidak berkumpul sejak mereka sudah lama tamat kolej. Masing masing sibuk dengan hal atau kerja sendiri.
The trio ( Izatul, Syafiqah & Hasyimah ) mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pihak atasan di bank. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan sijil yang bersih tidak ada masalah. Ye lah dia orang kan budak baik.
Aliah pulak baru membuka bisnes tuition dia tersendiri, Alhamdulillah dah maju dan semakin hari semakin banyak murid mendaftar.
Haziqah dan Shasha pulak kebetulan mendapat tawaran disebuah kolej untuk menjadi pensyarah. Tetapi hanya Haziqah menerimanya, Shasha mendapat satu lagi tawaran iaitu untuk menjadi penolong CEO company tunang dia sendiri. Kebetulan? Hell no. Kerja Si Wafi Mateen lah tu tak nak berjauhan dengan Shasha.
Hadi pula Alhamdulillah tercapai cita citanya untuk menjadi seorang pilot manakala Khadijah telah bergelar seorang engineer bahagian pesawat. Comel kan? Hidup dia orang dah macam Suri Hati Mr. Pilot pulak.
Izzat menyambung pelajarannya Master dalam jurusannya Physical Education sama lah seperti kekasih hatinya tetapi lain bidang, Maria dalam Fashion & Design dan juga Sebagai Journalist.
Nuzul dah lama tak ada khabar. Sebaik saja kolej tamat dia balik ke negeri kelahirannya iaitu Malaysia. Ye dia bukan pure Brunei. Entah datang ke dia ke Tasik tu. Takkan Amalina nak lupakan dia kan.
Hayati sekarang ada 2 kerja yang berbeza. Sebagai guru mengajar bahasa Inggeris dan kerja sambilan tuition mengajar kanak kanak membaca. She's an angel yes. Tapi harap harap lah dia sabar menghadapi perangai budak budak yang comel tu.
Amalina pulak disebaliknya dia sudah menjadi guru Bahasa Melayu di salah satu sekolah yang terkenal. Sewaktu kolej ia mendapat keputusan paling tertinggi dalam jurusannya iaitu Sastera dan Malayu.
Afrina pulak dah jadi girlfriend mithali. Zed membuka bisnesnya sendiri iaitu gym nya tersendiri dengan Cafe sekali yang menyediakan makanan makanan berkhasiat. Afrina yang menguruskan bahagian Cafe.
Amaliyana mengambil keputusan untuk menolong ibunya dalam perniagaan keluarganya. Keluarganya ada bisnes makanan dan kuih muih turun temurun jadi dia yang akan mengendalikan bisnes itu.
Sesiapa yang ada kekasih itu dia orang bawa siapa yang takde memang lonely lah dia orang dalam Tasik tu.
Keesokan paginya Adelia bangun awal dengan senyuman terukir dibibir. Dia tak sangka walau dia kena culik dia dapat kebebasan sebegini. Thariq dah kata bahawa kawannya yang lain sudah tahu dimana keberadaannya tetapi dia dapat merasakan yang Thariq tidak berkata jujur dengan sepenuhnya.
Setelah ia luahkan segala rahsianya Adelia menjadi lebih rapat dengan Thariq. Terdetik didalam mindanya yang dapat kah dia lupa Nubhan dan menggantinya?
Adelia menggelengkan kepala. Tak tak itu takkan jadi. Dia pergi bersiap siap hendak pergi ke Tasik. Tidak lama selepas dia selesai bersiap terdengar Thariq memanggilnya.
" Lia! Kalau kau lambat aku tinggalkan kau! " dengan pantas Adelia mengambil beg tangan dan bagasi nya dan turun kebawah. Terlalu cepat dia menarik beg bagasi nya sehinggakan terlepas dari genggaman dan tergolek lah beg bagasi itu terkena belakang badan Thariq dibawah tangga
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "