Air mata Nubhan turun tidak henti henti
"Ya Allah ujian mu berat Ya Allah, aku takkan dapat kehilangan Adelia. Kau berikanlah dia kekuatan, ya Allah kau berikanlah kami semua kekuatan. Kau selamatkan lah isteriku, kau panjangkanlah umurnya, kau berikanlah dia pertolongan. Kuatkanlah aku ya Allah Sesungguhnya kau Maha Mendengar dan Berkuasa"
Mendengar doa Nubhan jemaah dibelakang yang terdiri dari keluarga dan kawan kawan Adelia juga turut menangis. Tidak sangka perkara ini akan berlaku apatah lagi selepas berita yang baru diberitahu oleh dokter
"A-apa jadi Nubhan? Macam mana boleh Adelia jadi macam tu!?" Wajah Haziqah basah. Emosi dia tidak stabil sehinggakan dia menyalahkan Nubhan
Nubhan berdiam diri, bahunya terhinjut hinjut dan dia menggelengkan kepala kerana tidak percaya..
Pintu bilik operasi terbuka dan dokter perempuan yang menolong Adelia melahirkan keluar
Senua orang mengelilinginya dan menanyakan khabar mengharapakan yang terbaik adalah harapakan mereka
"Macam mana dengan isteri saya dokter?"
"Saya ada berita baik dan buruk"
"Berita baik?"
"Anak anak kembar encik selamat, sepasang kembar lelaki dan perempuan" mendengar ini terdetik kegembiraan dihati mereka dan terus mengucapkan syukur
"Isteri saya?"
"Puan Adelia tidak bernyawa selama hampir 10 minit tetapi dia kembali bernyawa"
"Alhamdulillah.. boleh kami masuk sekarang?"
"Umm saya takut tidak, Puan Adelia dipindahkan ke wad ICU sebab dia berada dalam koma"
Ko-koma?
Nubhan terus jatuh ke lantai lemah. Mungkin itu lebih baik daripada seketika Adelia tidak bernyawa. Nubhan cuba untuk redha..
Selesai mereka solat mereka melawat bayi yang dilahirkan. Bersebalahan mereka di letakkan. Sebelum yang lain dapat melihat mereka Nubhan azan dan iqamat kan dahulu.
"Comel nyaaa"
"Omg cucu aku!"
"Aaaaa sebiji dengan muka bapa dia! Tak lawa karang anak ni!" Arif berkata memegang bayi perempuan yang dengan comelnya menguap
"Dah ada nama ke Nubhan?" Tanya papa Nubhan Dato' Kamaluddin
Jari telunjuk Nubhan dipegang erat oleh bayi lelaki iaitu anak sulungnya, jarak diantara kedua dua hanya 3 minit.
"Anak sulung, Muhammad Rauf Akid" kata Nubhan sambil meneliti wajahnya. Rambutnya tidak lebat hidung nya ikut Nubhan mancung, mata dan bibir seperti mamanya.
Dia beralih pula kepada bayi perempuan yang sekarang dicium cium oleh nenek nenek nya "Anak kedua.. Raudhah Adrina"
"Waaah lawa nama diorang, initials je sama. Okay okay ninda setuju. Assalamualaikum cucu ninda Raudhah cantik nama Raudhah kan. Hidung Raudhah sama macam mama comel!"
Untuk seketika mereka terlalai dengan kebahagiaan kecomelan kedua dua bayi itu tetapi tidak Nubhan. Dia mengangkat Akid dan membelai pipinya
Kalau ada mama happy kan papa sekarang. Papa bayangkan mama dengan papa yang akan pegang kamu berdua.
Papa bayangkan depan mama papa azan dan iqamat. Papa bayangkan mama angkat Raudhah dan papa angkat kamu sama sama. As one family.
Akid.. mama koma sayang. Doakan mama ye.
Mama Nubhan melihat anak nya yang mengendong Akid sendirian. Dia tahu perasaannya sedih kerana Adelia sedang koma.
Mama Nubhan berjalan kearahnya
"Nubhan pergi lah jenguk Adelia, biar kami jaga baby"
Nubhan mengangguk dan Akid merengek seketika apabila tidak lagi didakapan papanya.
Nubhan berjalan keluar dengan tangan didalam poket seluar menuju ke bilik Adelia entah apa yang hendak difikirkan..
Dia terfikir kata kata Adelia bulan lalu yang dia meminta maaf, kalau melahirkan adalah kali terakhir dia bernyawa..
Kenapa sayang cakap macam tu? Jantung sayang betul betul berhenti!
Tiba di bilik Adelia Nubhan merasa hatinya lemah, sedih..
Tangan Adelia yang tidak bergerak di pegang dan dicium..
Rambutnya dibelai.
"Assalamualaikum sayang. Kita dah jadi parents yeayy" bisik Nubhan
"Walaupun apa yang abang bayangkan tak jadi kenyataan apa yang penting sayang masih akan ada di sisi abang dan jadi mama kepada Akid dan Raudhah"
"Oh ye sayang! Nama anak pertama kita Rauf Akid.. yang kedua Raudhah Adrina. Cantik kan? Abang nampak nama ni sayang tulis dalam buku diary sayang. Sorry sayang abang baca diary sayang, abang nak tahu apa yang sayang buat"
"Diary tu rupanya sayang start tulis bila sayang tahu sayang ada baby.. abang baru baca sebelum kita ke hospital.." Nubhan terhenti apabila kata kata selepasnya menyakitkan hatinya
"Selepas sayang minta maaf kat Abang, selepas sayang kata sayang mungkin akan tinggalkan abang. Abang nak sayang tahu selama 10 bulan kita bersama satu salah pun sayang tak buat. Tapi abang yang banyak buat salah."
"Abang baca diary sayang. Sayang lonely.. maafkan abang kalau abang selalu kerja dan tinggalkan sayang dirumah.."
Mata Nubhan berkaca teringat kembali diary Adelia
Dia mengeluh dan menarik nafas "tak tak abang tak sedih, abang okay. Abang kat sini kalau sayang buka mata okay? Jangan tidur lama lama sayang.. 9 bulan sayang tanggung beban bawa anak anak kita, abang biarkan sayang rehat dulu okay. I love you"
"Eh sayang kebetulan kan nama baby kita Raudhah, company kita nama Raudhah juga." Nubhan tertawa sendiri
Dia masih ingin berbual dengan Adelia. Banyak lagi yang ingin dikatakannya tentang anak mereka
"Sayang tahu tak! Raudhah muka dia sebijik dengan muka abang!" Dan dia menyambung lagi
Maria, Haziqah dan Amalina berdiri diluar pintu bilik menangis lebat. Bahu diorang terhinjut hinjut mendengar luahan suami Adelia.
Bukan diorang yang koma tapi mendengar luahan Nubhan rasa macam semua nya akan menjadi okay padahal benda dah jadi teruk.
Dengan Adelia koma, bayi mereka tidak dapat melihat mama diorang, Nubhan seorang. Banyak yang telah dilalui..
Nadzirul, Ad dan Izzat yang kebetulan mencari mereka bertiga terus berlari kearah mereka. Nadzirul dan Haziqah telah sah bergelar suami isteri jadi Nadzirul memeluk Haziqah yang langsung menangis didalam pelukannya.
Ad dan Izzat hanya menarik bahu mereka dan mengusap. Kata kata semangat diberikan
"Guys, jangan lah nangis.."
"Sayang. Kalau Adelia tahu sayang nangis takkan dia sedih tu?"
"Babe, be strong please."
Nubhan di dalam mendengar apa yang Ad, Izzat dan Nadzirul katakan.
Bibirnya digigit supaya dia tidak berbunyi menangis. Dia senyum melihat Adelia "abang okay, don't worry. Rest well my dear" Nubhan mencium dahi Adelia dan cuba melelapkan matanya
YOU ARE READING
Nubhan
Teen Fiction* Sebelum baca buku ni sila baca Adelia dahulu ye * Sequal kepala ' Adelia ' " Awak tak nak kahwin?! "